Jatuh Talak Atau Tidak?
Bertanya seseorang....Jatuhkah talak jika si suami berkata sedemikian rupa.
Suami bercakap dengan abang kandung si isteri dengan berkata "Jika enkau tidak mengambil barang dirumah aku dalam masa 3 hari, aku terpaksa ceraikan adik engkau"
Adakah talak akan jatuh selepas 3 hari jika si abang si isteri tidak membuat apa yang disuruh. Ataupun tidak jatuh talaknya selagi si suami tidak lagi menyatakan hasratnya selepas 3 hari kerana ada perkataan "terpaksa"
****************************
thtl
alJawab:
Lafadz ta'liq itu tidak membawa sebarang implikasi di bawah Hukum kekeluargaan Malaysia: nikah/cerai/rujuk. Ini kerana prosedur perceraian dan rujukan hanya berlaku di kamar Pendaftar nikahcerai atau Mahkamah syari'ah. Abang kandung isteri hendaklah berbincang dengan adik iparnya, apakah dia ingin menyelamatkan perkahwinannya atau ingin menamatkan. Jika dia ingin menamatkan dan tiada lagi perundingan, maka mereka berdua (suami-isteri) hendaklah memfailkan kes di pejabat qadhi. Prosedur agak panjang dan berliku, akan ada sesi kaunseling dsbnya dan jika muktamad pasangan itu tidak berminat lagi meneruskan perkahwinan mereka, maka proses perceraian akan dilakukan. itulah caranya di Malaysia, menjadi kesalahan melafadzkan talaq di luar pejabat pendaftar.
sekian
_________________
tytsezh
Panel Feqh
Sekadar info tambahan -
Lafaz yang dilakukan diluar mahkamah tak kira taalik atau tidak-hendaklah di buat pengesahan lafaz tersebut di MS-( di hadapan Hakim Syarie)-bisanya selepas pengesahan dibuat dan didapati sabit lafaz tersebut-maka pihak pendakwaan(Jabatan Agama) akan mendakwa pelafaznya atas tuduhan melafazkan cerai(tak kira taalik/biasa)-luar mahkama dan/tanpa kebenarna Mahkamah. Perlu djelaskan perceraian hanya boleh dilafazkan(dari segi peruntukan U2) di MS sahaja. Jika dilafazkan didepan Pendaftar Nikah/cerai/rujuk(dulunya QAdhi)-dikira berlafaz diluar mahkamah.
Proses perceraian mengikut U2 Keluarga ada 4 jenis-
Cerai biasa-perlukan lafaz dari suami(s.47)-yang in memakan masa agak panjang jika suami enggan lafaz-perlu pada jawatankuasa pendamai-dan jika didapati perlu cerai tapi suami enggan-maak proses hakam perlu dijalankan-(Hakam lelaki ada kuasa melafazkan talak)-proses ni dinamakn Tahkim dalam penyelesaian syiqaq antara pasangan tersebut.
Kaunseling atau rundincara keluarga adalah pilihan pada pasangan-pada saya jika dah nekad nak cerai tak perlu ke Pejabat Agama lagi-terus je failkan perceraian di MS.
Kedua-Taalik-(S.50)-Lepas nikah lelaki akan berlafaz taalik-(Taalik di WP-dalam pernikahan TOk K-baru ni-ada sedikit pembaharuan lafaz)-baguslah camtu.
Elemen yg perlu dibuktikan-
1-Adanya pernikahan yang sah-dan lelaki bertaklik.
2-Wujudnya perlanggaran taklik
3-Aduan isteri
4-Ketaatan isteri(kaitan dgn soal nafkah)-
Perlu dijelaskan sabitan nusuz-perlu pada-/mengikut hukum syarak DAN pengesahan MS.
Ketiga-Tebus Talak-(s.49)
Keempat-Fasakh (s.50)-
Alasan fasakh antara lain-
Mati pucuk,gila,penjara,paksaan hidup cara lucah,deraaan-penyakit bahaya/ berjangkit-dll.
Wanita menjadi MC
Salam...Minta pendapat syeikh2 protaz tentang hal nie..adakah wanita dibenarkan menjadi MC di dalam suatu majlis yg ada laki2 & wanita..jazakallah khair
*************************
thtl
Wassalam
aiwah, khusus kepada protaz aje..hehehe, yang sebenarnya panel al-ahkam juga dibintangi oleh TazPro (ustaz yg profesional)
Mengenai soalan anda mengenai wanita menjadi Master of Ceremony (MC) atau Pengacara Majlis, sebenarnya sudah kami sentuh dalam bab kerjaya wanita, di mana wanita spt di Turki, Mesir, Malaysia, Indonesia, Morocco, Algeria, Tunisa, Khaleej, Lebanon, di mana wanitanya sudah jauh ke hadapan berbanding wanita Afghan, Saudi, Sudan, Bangla, pakistan dan India yang agak konservatif. al-Qardhawi banyak membicarakan kerjaya wanita yang lebih mencabar seperti pemilihan ke Dewan Rakyat atau menjadi Pemimpin Negara.
Apa juapun kerjaya wanita, ia hendaklah menjaga adab-adab yang dirincikan oleh Prof al-Qardhawi terutama bila ia melibatkan percampuran gender dan apatah lagi bila wanita tampil kemuka menjadi pengacara majlis. Adab-adab dan etika wanita Islam ini sudah acapkali kami paparkan. Kita ringkaskan:
1. Adab berpakaian, mestilah menutup aurat
2. Tidak memakai perfume
3. Menjaga nada suara
4. mengelakkan tabarruj (berhias yang berlebihan)
5. serius dalam penyampaian
Ini ada diperincikan dalam Fatawa Mu'asirat mengenai etika wanita bila keluar dan bekerjaya. sekian
komen...ada jauhkan dan tinggalkan...
Tempat diharamkan bertindik
Ada kawan tanya, ade ke tempat2 yang diharamkan untuk bertindik bagi perempuan? Nak kata semua anggota halal ditindik..tak masuk akal jugak. Kalau ada ahli panel yang tahu harap bantu.
Terima kasih
Wassalam
HambaAllah
************************
thtl
Wassalam
alJawab:
Bab bertindik ni adalah bab Uruf (adat), atau dalam bahasa al-Qur:an ialah dalam surah anNuur: 31 (janganlah mereka menampakkan perhiasan, kecuali apa yang biasa nampak daripadanya.)
Uruf bertindik dalam masyarakat Melayu hanyalah dua telinga sahaja.
Kemudian sekarang datang pula budaya punk, rock dan hedonis yang dinamakan body piercing (tindik badan) yang kemungkinan berakar/berasal dari budaya hindu dan afrika, tindik di lidah, hidung, kening, pusat, dan tindik tambahan di telinga hatta kemaluan mereka pun ditindik. Budaya sub-culture ni beriringan dengan seni tatoo badan. Maka bertindik jenis ini adalah tidak boleh ditiru oleh umat Islam.
Kita pun maklum akan larangan hadith:" sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia tergolong darinya" (Imam Ahmad dari Ibn Umar, dinilai shaih oleh al-Albani) sekian
9 comments:
-
macam mana jika sesoarang individu itu pernah bertindik dibahagian hidung, lidah dan sebagainya?dan kesan tindik itu kekal dibahagian terbabit..adakah sepanjang itu individu terbabit akan mananggung dosa??
-
kesan yang tinggal tak boleh dihilangkan, dimaafkan... asal tidak mengulangi kesilapan...
Allah maha pengampun lagi maha penyayang... kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya...
WA -
macam mana jika seseorang tu bertindik lebih dari satu di telinga.apa hukumnya?
-
bagi orang perempuan tak salah apa-apa bertindik lebih dari satu di telinga... asal tidak memperagakannya kepada yang bukan mahram...
-
apakah hukum bertindik di lidah pada bulan puasa
-
Kenapa pula haram kalau tidak pernah terdetik niat untuk meniru ?
-
"Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia tergolong darinya". Pada pandangan saya, perkara ini sangat 'kelabu', ia perlu dan masih boleh didebat. Lelaki memakai kemeja direka oleh orang bukan Islam, kita tergolong dari kalangan mereka? Golongan bukan Islam? Kereta direka oleh mereka. Telefon. Komputer. Blog. Emel. Bagaimana?
Samalah juga dengan hukum lelaki bertindik. Kerap diutarakan hadis berkenaan haram menyerupai wanita. Namun adakah lelaki bertindik itu menyerupai wanita? "Wah, ganasnya lelaki itu bertindik". Tidak pernah kedengaran "Wah, kau bertindik! Macam perempuan".
Jika kita bercakap berkenaan kesamaan dengan jantina berlawanan, bagaimana dengan wanita yang memakai seluar? Umum tahu seluar itu asalnya pakaian lelaki. Ya, ada yang berkata seluar perempuan lain dari seluar lelaki (namun ada perempuan memakai seluar khas untuk lelaki, contohnya track suit). Begitu juga dengan tindik, rupa lelaki bertindik tidak sama dengan perempuan. Fikirkan juga tentang kain pelekat. Kain itu pakaian perempuan bukan? -
Islam memberi garispanduan berpakaian dengan menutup aurat, bukan hanya satu baju kemeja yang ada pilihan.
Adakah teknologi elektronik/IT sama dengan kategori teknologi bertindik telinga lelaki?
Hiasan telinga khusus untuk perempuan tidak boleh dinafikan. Bukan budaya barat tapi budaya dari kaum pribumi afrika dan india. Berapa ramai lelaki bertindik telinga yang solat berjamaah di masjid? hampir tiada langsung betul tak?
Bukan berseluar dan berkain yang dipertikaikan dalam pakaian tetapi Islam menekankan solat aurat. Track suit bukan khas untuk lelaki tetapi kain pelikat khusus dipakai oleh orang lelaki di luar rumah, tidak dipakai oleh orang perempuan... harap maklum
WA -
bertindik di lidah adalah budaya lucah dari barat.
Bertudung Labuh Masih Ingin Cantik
SalamSaya ade kemusykilan sedikit tentang aurat wanita, seperti yg kita ketahui aurat wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Tapi bagaimana pula yg dah tutup aurat tapi masih nak kelihatan cantik. Dengan memakai baju yg berwarna warni contoh baju kurung dan sebagainya. Tudung yg berfesyen dan sebagainya.
Sesiapa boleh huraikan demi kepentingan bersama.
Terima kasih
******************
alitantawi
setakat pengetahuan ana yang terbatas, ia dibolehkan selagi mana menutup aurat. apa yang disepakati ialah kewajipan menutup aurat iaitu seluruh badan kecuali muka dan tangan sehingga ke pergelangan. mudahkanlah, jangan menyusahkan. wallahu a'lam. boleh rujuk Fatawa Mu'ashirah dan juga Fatawa Lil Mar'ah al Muslimah oleh SYeikh al Qaradhawi.
Tambahan (thtl):
Apa yang ditimbulkan oleh am ialah bagaimana memadukan dua fungsi pakaian: fungsi pakaian sebagai perhiasan vs fungsinya sebagai alat menutup aurat.
Pakaian sebagai perhiasan terbahagi dua:
1. pakaian tabarruj (apakah ia digunakan untuk menjadi daya penarik kepada lawan jantinanya)
2. pakaian syuhrah (menurut Imam al-Albani, ialah pakaian yang dipakai untuk mendapat pujian dan kemegahan)
Berkata Prof Dr Abdul Halim Abu Syuqqah (Tahrirr alMar'ah jld 4) pemilihan warna dan fesyen busana muslimah banyak ditentukan oleh uruf. aku dapati wanita Sudan, Syria, mahasiswi Mesir dan Kuwait memakai pakaian yang berwarna warni dan tidak menjadi apa-apa masalah di kalangan masyarakat tsb.
Dasar umum ialah busana muslimah (baik pilihan fabrik, warna dan fesyennya) biarlah ia unik untuk wanita Islam dan tidak menyerupai wanita2 non-muslim.
Keliru Tentang Onani
salamsaya dalam kekeliruan tentang hukum perbuatan onani.saya pernah terbaca ada mengatakan onani hukumnya tak haram kerana ia adalah salah satu cara melepaskan nafsu yang membuak-buak dikalangan orang yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin.di sini apakah hukum sebenar perbuatan ini?
****************************
alitantawi
saya copy fatwa ni dari www.islamonline.net . jawapan oleh SYeikh Mustafa al Zarqa'.
------------------------------tambahan thtl
Fatwa Fadhilah Syaikh almarhum Ali Tanthawi, KSA:
1. Allah meletakkan dalam tubuh kita insting atau naluri untuk melindungi diri kita dari kematian dengan memberi rasa lapar. Allah juga meletakkan insting meneruskan keturunan dgn memberi isting syahwat sebagai tanda kehausannya. Ia dalam bentuk energy atau tenaga. Jika letrik, ialah suatu energy yg menggerakkan peralatan dan mesen, maka energi dalaman manusia ini mampu menghasilkan kelangsungan generasi manusia. Maka tenaga /energy seks ini tidak boleh dibuang ke tanah dan disia-siakan melalui onani.
2. Kata Emanuel Kant (aku banyak mengkaji Emmanuel Kant, filosuf German ketika dikuliah Falsafah) berkata: " bila anda ingin mengetahui hakikat sesuatu perkara (baik/buruk), maka perhatikan amalan tradisi orang ramai. Maka jika ditakdirkan ramai orang melakukan onani dalam masyarakat, maka akan lumpuhlah tradisi pernikahan, terputuslah keturunan, dan pincanglah umat. Atas dasar ini, kita katakan onani adalah suatu perilaku yg buruk, bukan kebaikan, terlarang dan tidak disyari'atkan.
3. Apakah ia haram sebagaimana zina?
jawabnya, TIDAK, cuma terlarang tapi tidak termasuk DOSA BESAR, Sesiapa yang dalam keadaan stabil (normal) lalu merancap, maka ia berdosa, tapi bukanlah dosa besar.
4. Bagaimana jika ia sedang dikuasai gelojak nafsu syahwah sementara ia tidak mampu mengekangnya kecuali onani? jawabnya: maka ia boleh saja melakukannya atas alasan dharurat tapi dharurat ini bukanlah sampai ke tahap dharurat lazim yang menghalalkan yg terlarang.
5. Bagaimana ia tiada pilihan antara onani atau zina? jawab: maka lakukan onani kerna ia termasuk mengambil kaedah ' mengambil yang lebih ringan dari dua kejahatan (akhaf adhdhurarayn)' . itupun jangan berlebihan hingga menyakitkan kemaluan.
6. Nasihatku utk pemuda:
a. menikahlah
b. puasalah, jika tak mampu menikah, kerana puasa mendinginkan gelojak
c. jauhi punca tumbuhnya gelojak nafsu seks spt bahan fornografi, lagu2 murahan, dan sembang2 dengan gerombolan pemuda yang rosak
Akhir sekali:
Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, Allahpun mencukupinya. Ia akan dibersihkan oleh-Nya dengan mimpi2 indah utk mendapatkan kelazatan tanpa berbuat dosa dan mendatangkan mudharat.
[Fatawa asy-Syaikh Ali TanThawii, susunan Mujahid Ma'mun, cetakan Riyadh: Dar alMinaret, 1990]
Jima' Dalam Keadaan Bogel
SalamApakah hukum berjimaa' dlm keadaan bogel merupkan perbuatan yang terdapat hadith yang melarangnya? Bagaimana pula dengan ayat al-Qur:an " Perempuan2 kamu seperti ladang bagi kamu"?
*******************
thtl
Wassalam
1. Hukum berbogel ketika bersetubuh.
Prof Dr Abdul Halil Abu Syuqqah, sahabat Dr Yusof alQardhawi dari universiti Qatar menjelaskan kekeliruan umat Islam:
" ...ramai yang faham jima' (hubungan seks) hendaklah dilakukan dalam malam yang gelap gulita, jika jima' di siang hari pula, hendaklah dilakukan dengan hanya membuka sedikit sahaja pakaian dan menutupi sebahagian besarnya, ada pula fatwa, tidak boleh memandang aurat satu sama lain dan hendaklah menjauhkan (mata) dari memandang alat kelamin masing-masing. Ini semua tidak disandarkan kepada dalil yang sahih. Sedangkan amalan ini bercanggah dengan keumuman nas-nas yang membolehkan:
" dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri dan sahaya miliknya." AQT 23:5
mafhum alhadith:
" jagalah kemaluanmu, kecuali terhadap isterimu dan budakmu." al-Albani, sahih Sunan Abu Daud, No 3391
alHafidz Ibn Hajar meriwayatkan hadith dari Aisyah ra. Sulaiman bin Musa pernah bertanya Atha' akan bagaimana seorang lelaki yang memandang faraj isterinya, lalu aku (Atha') bertanyakan akan Aisyah, lalu Aisyah meriwayatkan bahawa dia dan RasuluLlah saw pernah mandi bersama-sama. (alFath, 1/378)
Maka jelaslah bahawa boleh rupanya pasangan saling melihat aurat masing-masing.
2. Maksud ayat: AQT 2:223 (isteri-isteri kamu adalah sawah-ladang, maka kerjakanlah ladang itu sebagaimana yang engkau sukai.")
Ibn Abbas berkata, ayat ini turun menjelaskan kekeliruan mengenai tatacara jima' berhubung dgn kedudukan atau positioning semasa hubungan seks. Kaum Ansar (penduduk asal Madinah) mencontohi amalan Yahudi yang hanya bersetubuh dgn posisi miring sahaja. Jika suami mendatangi isterinya dari arah belakang, maka mata anak akan juling (mengikut kepercayaan Yahudi). Sedangkan kaum Muhajirin tidak mengetahui akan pantang larang penduduk Ansar dan Yahudi, lalu turunlah ayat ini membatalkan kepercayaan Yahudi itu. Maka dengan turunnya ayat ini, hubungan seks boleh dinikmati dengan apa jua posisi dan stail mengikut selera masing-masing. (al-Albani, Adab azZifaaf, 28)
sekian
Sunat (Khitan) Bagi Perempuan
assalamualaikumsaya ada lihat satu petikan video perbincgn mengenai sunat bagi perempuan.Oleh kerana ia berbentuk forum jadi ada pro dan kontra.xtau mana satu betul walaupun rasanya syeik al-azhar ru yang betul.Jadi ingin meminta penjelasan la mengenai sunat ni.
http://switch3.castup.net/cunet/gm.asp?ai=214&ar=1090wmv&ak=null
lagi satu,bleh x saya minta jasa bagi sesiapa yang tau mana nak download e-book karangan syeik yusuf al-qardhawi berbahasa malaysia sila beri tunjuk ajar.
sekian wassalam...
******************
thtl
Wassalam
alJawab:
Kita sudah banyak kali menjelaskan hukum sunat atau 'khitan' bg perempuan. Prof al-Qaradhawi dalam Fiqh Taharah menjelaskan hukum khitan kpd perempuan bukan wajib dan juga bukan sunat, cuma jaiz (harus) dan dilakukan dengan ringan sekali bukan sperti yang dilakukan di sebahagian pendalaman Mesir dan Sudan, apa yang dinamakan FGM (female genital mutilation).
petikan video (video clip) itu spt apa yang dipancarkan oleh ASTRO Channel 5.
----------------------------------------------------------------------------
Sila rujuk dalil-dalil mengenai khitan anak perempuan:
Khitan Bagi Anak Perempuan
Khitan (Bersunat)
Tanggungjawap Anak Perempuan yg Berkahwin
SalamSaya ingin mengajukan soalan pada ahli panel berkenaan tanggungjawap anak perempuan yang telah berkahwin ke atas ibu bapanya.
Saya difahamkan yang seseorang wanita setelah berkahwin harus menghormati/ taat pada Allah dan Rasul kemudian suaminya, ibu-bapa mertuanya dan barulah ibu bapanya.. betul kan?
Jadi persoalannya di sini, adakah menjadi tanggungjawap anak ini untuk memberi wang saku secara monthly kepada kedua ibu bapanya (bukan sedekah tetapi compulsory monthly payment) sedangkan dia telah berkahwin?
Dan soalan kedua apakah hukumnya jika si anak enggan memberi wang saku kepada ibu bapanya dengan alasan kedua ibu bapanya boros/ lagho dalam berbelanja (suka berhutang - credit card).
Sekian terima kasih..
Wassalam
*******************
tytsezh
Panel Feqh
Walaikumusalam,
Saya menjawab secara umum,ahli panel lain mungkin boleh menambah,
1-Ulama sepakat berpandangan wajibnya memberi nafkah(umum) kedua ibu bapa dan keatas, berdasarkan keumuman Firman Allah dalam Surah al-Isra`:23; Luqman: 15 dll dan juga dalam beberapa Hadis.
Perkataan`ihsan` `ma`ruf` berbuat baik termasuklah membiayai nafkah mereka.
Syarat:-
1-Usul(ibubapa) seorang yang faqir atau tidak mampu bekerja.(Ulamak Hanafi/Syafie dalam pendapat yg labih kuat ibu bapa dalam apa jua keadaanpun tetap wajib dinafkahi)
2-Furu`(anak-anak) ada mempunyai harta atau kemampuan bekerja.
3-Harta itu melebihi dari keperluan diri furu`
4-Ulamak selisih jika furu` dan usul berlainan agama,yg rajih tetap wajib juga menafkahi mereka sekalipun berlainan agama.
Di sisi Mazhab Syafie...kadar tanggungan samada anak lelaki atau anak perempuan adalah sama,Hambali dibahagi 2:1 bagi lelaki dan perempuan.Ulamak Maliki di pertanggungkan mengikut kemampuan atau kemudahan kewangan masing-masing.WA
Fiqh Islami-Dr Wahbah jil vii,ms1019-1022.
Dlm iddah bersekedudukan dgn suami
Moga dirahmati Allah SWT,
Soalannya:
Setelah menceraikan isterinya(talak rajie)...si suami tiada melafazkan kata2 ruju'....dan suami masih tinggal sebumbung dgn isterinya....adakah jika bersekedudukan sisuami dgn siisterinya di kira ia sbg berzina???
Sbb syafei kata tidak sah ruju' tanpa lafaz.......
Pohon pandangan dr ahli panel....
Wassalam
_________________
tytsezh
Panel Feqh
Hukum hubungan suami isteri dalam eddah.
Syafei dan pandangan masyhur dalam Maliki,tidak dibenarkan berseronok,sedapan,memandang apatah lagi tinggal bersama.
Hanafi dan Hambali-zahir mazhab dibenarkan berseronok,berkhalwat malah disisi hambali boleh bermusafir berhias pada suaminya,kerana keduanya masih dalam hukum suami isteri,wajib menafkahi dan beri tempat tinggal.
Di sisi Ulamak Syafie jika berlaku persetubuhan tidak dikenakan hukuman had ataupun ta`zir(melainkan suami tersebut tahu ttg haramnya persetubuhan itu dan berpegang dengan hukum haramn itu(lihat mughni muhtaj 3:337)(fiqh Islami-587).
Manakala dalam mazhab lain kita ketahui,sahnya rujuk dgn perbuatan.
Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Negeri
S.132 (1) (2) dan (3)
Jika sekedudukan dalam eddah dan pasangan tersebut tahu kedudukan mereka telah bercerai-suami boleh didenda 500@penjara 3 buka @ keduanya sekali
Jika suami tau dia adalam eddah sedangkan siteri tak tahu pun yang mereka telah bercerai.berlaku persetubuhan,suami boleh didenda 1000@6 bulan penjara@ keduanya sekali.
Jika perempuan bersubahat melakukan perkara (1) juga boleh didenda seperti suaminya iaiatu 500@3 bulan penjara @ keduanya sekali
WA
2 comments:
-
Salam. Bukankah jika bersekedudukan sms dalam iddah dikira rujuk?
Salam. -
sil rujuk - http://nasriahabdulsalam.wordpress.com/2010/03/ bg masaalah ini
Muda Lagi Nak Kawin
SalamYang Mulia Tuan,
saya mempunyai sedikit ujian dari ALLAH swt.ujiannya ialah...saya ingin kahwin secepat mungkin.untuk pengetahuan tuan, kuarga saya dengan kuarga pihak sebelah wanita sudah tau hal kami.malah kedua dua pihak pernah bertemu(ibu bapa kedua belah pihak).
bila saya persoalkan hal kahwin...memang keluarga tak larang.tapi keluarga suruh tunggu kedudukan kewangan kukuh.saya pernah menerangkan ttg rezki bila berumahtangga.keluarga faham.untuk pengetahuan tuan, umur saya 21thn...saya sudah bekerja walaupun dapat tawaran ke universiti.bagi saya rezki ALLAH ni luas.seperti yang termaktub dalam kitab suci AL QURAN dan Hadith serta kitab2 ilmu.jadi saya nak penjelasan/hujah yang kukuh utk saya terangkan pada keluarga.
jazakallah...
ilal liqa' wa maas salamah
Wassalam
**************************
alitantawi
waalaikumussalaam
saya mencadangkan supaya anda kaji kemampuan kewangan anda dengan teliti sebelum meneruskan langkah utk kawin. perbelanjaan yang perlu selepas berkahwin, semasa berkahwin, masa depan jg kena fikirkan. sbb dalam Islam pun tanggunjawab suami tu berat terhadap isterinya. jangan kita faham bahawa Islam suruh kawin je tanpa fikir soal kewangan. dalam hadith pun Rasulullah sebut tentang kemampuan. tak semua sahabat zaman Rasulullah kawin begitu sahaja tanpa kemampuan utk membiayai kehidupan isteri mereka (mengikut zaman tu memang agak mudah dan tak rumit mcm zaman kita).
rezeki Allah memang luas, tapi kita disuruh mencari rezeki...bukan tunggu rezeki.
[takhriij thtl:
Dari Ibn Mas'uud ra, (sabda saw), terjemahnya:
" wahai pemuda, barangsiapa yang telah MAMPU utk kahwin, maka hendaklah dia kahwin kerana kahwin itu lebih berupaya menundukkan pandangan dan lebih upaya memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang BELUM mampu kahwin, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu laksana perisai bagi dirinya." (Bukhari, kitabun Nikah; Muslim, kitabun Nikah), Kata alhafidz Ibn Hajar, " semua ulama berpendapat seseorang yg ada keinginan utk kahwin dan mampu membiayai kehidupannya (berkeluarga nanti) serta rasa bimbang akan keselamatan dirinya, maka sunnah berkahwin." (alFath 11/10-11) ]
wallahu a'lam
hukum bersahabat dengan ajnabi
Saya ade sedikit cerita yang ingin dikongsikan. Maklumat ini diberi oleh kawan lelaki saya. Dia memberitahu saya apabila dia pulang dari Yamen. Dia mengatakan bahawa dia mengetahui satu pendapat dari alim ulama' iaitu drpd. prof syed najib asybiti yang berpendapat haram hukumnya bagi seorang lelaki dan perempuan berkawan tanpa ikatan dan niat kahwin walaupun untuk tujuan belajar. Jadi,sejak itu kami tidak berkawan lagi. Maka,adakah benar hukumnya begitu?
Diharap sudi untuk menjawab persaoalan ini dan segala kerjasama saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Wassalam
**************************
thtl
Wassalam
alJawab:
Fatawa alQardhawi:
Pendapat dari Yemen itu termasuk pendapat yg keras yang tidak berpijak kepada nas, ia banyak menzalimi wanita dengan pelbagai fatwa yg keras dan ketat hingga wanita terpenjara di rumah-rumah mereka.
Ada juga di sana pendapat kaum Liberal/Women's lib yang berlawanan dengan fatwa Yemen itu, yakni menyeru wanita meninggalkan syari'at dan lepas bebas spt wanita Barat.
Pokoknya: kedua-dua golongan ini : liberalis yg membebaskan wanita semaksimanya dan aliran keTimuran yg mengongkong wanita, memenjara dan menzaliminya.
Adapun pendapat pertengahan Islam ialah wanita sejak zaman salaf assoleh tidak lepas bebas atau terpenjara di rumah mereka, bahkan mereka aktif keluar bersama kaum lelaki (dlm suasana terkawal) cthnya: ke mesjid utk solat berjama'ah, Juma'at, hari Raya, di mana mesjid tidak ada sebarang tirai pemisah, wanita keluar melakukan dakwah, amar makruf dan nahy mungkar, menghadiri majlis ilmu, menyertai perang jihad, mencari rezki atau berkerjaya, berpolitik, mendapatkan hiburan yg baik, menghadiri perayaan dan menyertai perkumpulan yg membawa manfa'at.
Inilah maksud firman Allah ta'ala"
" dan orang2 beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bg setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar." AQT 9: 71
Dalam konteks ini, tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan dan bersahabat serta liqa' atau pertemuan dalam bekerjasama dalam perkara2 kebaikan: menuntut ilmu, program2 kebajikan dan jihad.
Perincian Dr Abdul Halil Abu Syuqqah (sahabat Dr Qardhawi),
1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari'at (jilbab)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..
7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa
Etika khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:
1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara
Syarah Dr Abdul Halim* (Tahriir alMar'ah, Darul Qolam, Kuwait, 1990)amat panjang sekali bukunya membicarakan perihal etika pergaulan lelaki dan wanita secara Islam dalam bentuk rincian setebal 548 mukasurat dan saya ringkaskan shj. Juga Fatwa Dr Qardhawi setebal 22 halaman.
* Dr Abdul Halim Abu Syuqqah wafat 1995 adalah sahabat karib Dr Qardhawi di univ Qatar. Dr alQardhawi (80 tahun) adalah kelahiran Mesir dan menetap di Qatar. WA
sekian
2 comments:
-
Asalamualaikum! selalu penerangan hubungan lelaki dan perempuan adalah secara fizikal. tetapi bagaimana hubungan ini melalui hubungan maya. maksud saya melalui handphone dan internet. Dimana mereka tidak berjumpa dan bersentuhan, seperti yang kita maklum hubungan ini berlaku dengan meluas tanpa ade penerangan hukum yang sepatutunya.
-
Assalamualaikum,apakah hukum seorang lelaki(suami)berpergian dan berduaan di dalam sebuah kereta dgn seorang teman sepejabat iaitu seorang perempuan(kafir)tanpa memberitahu si isteri dengan sengaja(takut isteri cemburu)?
Poligami / Taat Pada Suami?
0Harap Panel dapat memberikan jawapan, kalu boleh, dgn cara ilmiah dan dalil2..Seperti yg dmaklumi ;
1. Isteri wajib mentaati suami (kecuali maksiat)..
2. Isteri juga wajib memberikan kebahagiaan kepada suami..
3. Suami pula wajib menanggung nafkah keluarga..
Ada seorang sahabat saya (muslimat) yang bertanya perihal keluarganya.. Suaminya orang terpelajar bidang agama. Namun kini suaminya teringin untuk beristeri lain.. Suami meminta persetujuan isteri untuk memberi kebenaran.. Namun si Isteri tidak dapat memberikan persetujuan.. bukan menolak keharusan poligami, namun pada pendapatnya;
a. Suami belum layak untuk menanggung nafkah keluarga
b. Dia tidak dapat memujuk hati untuk bersetuju.. meskipun demikian, dia tetap redha dgn ketentuan ilahi..
Beberapa persoalan timbul..
1. Apakah hukum sebenar poligami.. Sunnah?... Sunat ? Harus ?
2. Apakah hukum isteri yg tidak boleh mengatakan "Saya setuju.." - sedangkan itu adalah perkara yg membahagiakan suaminya..
3. Adakah isteri dikira Nusyuz kerana tidak taat kpd suami (dlm perkara bukan maksiat ini?)
4. Apakah hukum sebenar perbuatan isteri meminta cerai? (istilah gegar tiang arash.. dll)
Harap dapat membantu saya utk membantu mereka.. kalau boleh, beserta dalil2 kerana mereka orang terpelajar..
************************
thtl
alJawab:
cikgu memohon:
Quote:
kalu boleh, dgn cara ilmiah dan dalil2
kami balas: Usah dibimbangkan duhai cikgu, bahkan inilah tujuan al-Ahkam dibangunkan, ilmiyah dan berdalil, itulah manhaj ittiba'. Cuma thtl meringkaskan sedaya mungkin kerana itulah versi internet, tapi sentiasa di senaraikan senarai rujukan supaya pembaca boleh mendapatkan jawapan lengkap dan ilmiyah dari sumber asal. Panelis2 yg lain masih menulis dengan panjang dan lengkap.
4 soalan yg diajukan seputar Poligami/poligini & jawapnya:
1. Hukum sebenar poligami adalah masih kekal sebagaimana dalam AQ dan Sunnah. Sampai Nabi SAW wafat, ayat alQuran tidak menasakhkan dalil membolehkan poligami dan para muslimin sejak zaman salaf masih terus mengamalkan poligami. Di Malaysia, tok2 guru dan alim ulama' adalah mereka yg masih mempraktikkan poligami hingga ke hari ini tanpa sebarang masalah. Yang bermasalah ialah yg dilakukan oleh orang awam yang kurang agamanya. Dalil alQur:an yg dimaksudkan ialah:
AQ 4: anNisaa' ayat 3 (maka kahwinilah wanita2 yg kamu senangi: dua, tiga dan empat) dan 4:129 (dan kamu sekal-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri2 kamu)
Kemungkinan yg mengelirukan anda ialah sikap Syaikh dan Mufti Mesir, Syaikh Muhammad Abduh (Dr Muhd Imarah, Biografi Imam Muhammad Abduh,/240 (cairo, 1981), muridnya Syaikh Rashid Ridha (Tafsir alManar: IV/348-349) dan Shah Waliyullah alDihlavi yg mengharamkan poligami, begitu juga gerakan Feminisme (SIS dan Amina Wadud) atau gerakan Islam Liberal (JIL) yang mahu poligami dihentikan dan dihapuskan di atas persamaan gender (gender equality)
Namun pendapat yg rajih ialah hukum harusnya poligami tetap kekal sebagaimana asalnya dalam AQ jika syarat2 yg digariskan AQ dan asSunnah diberi perhatian.
tbc
_________________
2. Hukum isteri yang tidak bersetuju dengan keputusan suaminya ingin membuka cawangan.
Boleh, bahkan rang pindaan Hukum Kekeluargaan Wilayah yang heboh diperkatakan baru2 ini pun sebenarnya menjaga kepentingan isteri pertama dan si isteri tsb boleh mengadu kepada Hakim/Mahkamah akan situasi sebenar suaminya dan kenapa dia membantah hasrat suaminya berpoligami. Maka sikap isteri yg tidak bersetuju itu memang boleh jika ada alasan menasabah. Tidak ada nas yg melarang perasaan si isteri tsb. Bila-bila masa sahaja dia boleh mengadu kepada Hakim dan menyatakan ketidaksetujuannya dan enakmen kekeluargaan di Malaysia memperakuinya utk melindungi kaum wanita.
3. Apakah isteri dianggap nusyuz jika tidak ta'at dlm perkara bukan maksiat?
alJawab: Poligami, walaupun ia bukan maksiat tapi ia melibatkan banyak syarat-syarat. Antaranya, keadilan, nafkah, memelihara dan mentadbir keluarga (lama dan baru). Dalilnya: " jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang shj" AQT 4: 03
Jadi jika isteri tidak ta'at kepada hasrat suami utk berpoligami (sedangkan ia bukanlah maksiat) dan terbukti ada asasnya, maka ia bukanlah nusyuz.
Maka kenyataan nusyuz terhadap hasrat poligami walaupun ia bukan maksiat, tapi jika bantahan isteri ada asasnya iaitu berlaku maksiat selepas poligami di mana suami tidak berlaku adil dan mengabaikan keluarga isteri pertama.
4. Hukum sebenar (celaan terhadap) isteri meminta cerai ialah dalam perkara2 yg tiada asas syara'iy, maksudnya sebabnya remeh-temeh.
Dalilnya:
" Siapapun wanita yg meminta cerai kpd suaminya tanpa alasan yang benar maka haramlah atasnya bau syurga." HR Abu Daud dari Tsauban, disahihkan oleh al-Albani Sahih Sunan Abu Daud # 1947.
WA
________________
tytsezh
Panel Feqh
sekadar info tambahan kepada penanya..tapi yg ni bukanlah termasuk pindaan terbaharu .(S.23 1,2 dan...UKIP 1987)
3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan berkanun menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan serta tanggungan kewangannya yang dapat ditentukan, bilangan orang tanggungannya termasuk orang-orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan
Quote:
sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.
(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah
Quote:
hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuashati-
(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah
Quote:
patut dan perlu
, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, kelemahan jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
(b) bahawa
Quote:
pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syara' , semua isteri dan orang tanggungannya
, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;
(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut Hukum Syara' ;
(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; dan
(e) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan merendahkan secara langsung atau secara tak langsung taraf kehidupan yang telah dinikmati dan dijangka dengan munasabah akan dinikmati seterusnya oleh isteri atau isteri-isteri dan orang-orang tanggungannya yang sedia ada sekiranya perkahwinan itu tidak berlaku.
Menikah Ketika Hamil
SalamSaya ingin tahu apakah hukum / adakah dibenarkan dalam islam menikahi wanita yang sedang hamil. Jikalau bayi yang dikandung itu lahir,apakah boleh ia di bin atau bintikan dgn nama bapa itu? Berapa bulankah usia kandungan itu baru dilarang di binkan dengan nama bapa itu.
Untuk makluman tuan, soalan ini adalah dalam konteks keterlanjuran pasangan yang belum bernikah, secara mudahnya melakukan zina sehingga mengandung anak luar nikah, lalu setelah mengandung pasangan ini bernikah.
Sekian terima kasih
*******************
thtl
Wassalam
alJawab:
Ayat dalil dlm masalah kahwin selepas terlanjur ini tidak ada secara khusus, begitu juga dalam sunnah, kerana terlanjur dan hamil ini boleh dikatakan tidak ada di zaman terbaik Islam.
Ayat umum yang menjadi perbahasan fuqahaa' ialah:
"Dan perempuan2 hamil, iddah mereka ialah sesudah melahirkan" AQT atTalaq: 04
Madzhab Hanbali dan Malik amat tegas sekali, yakni tidak boleh dinikahkan perempuan hamil sehingga menunggu ia selamat melahirkan anak kerana mematuhi ayat ini.
Madzhab Hanafi pulak, boleh nikah dengan syarat jangan ada hubungan seks. Hubungan seks hanya dibolehkan selepas isterinya selamat melahirkan anak.
Mazhab Syafi'iy pulak membolehkan nikah dan juga hubungan seks seperti pasangan yg sah bernikah. Ini adalah madzhab paling longgar dalam isu terlanjur, hamil dan bernikah. [Majmu' Fataawa lil Syaikhul Islam Jilid 32]
Jadi oleh kerana Malaysia menerimapakai madzhab Syafi'iy dalam amalan harian mereka, maka begitulah pendapat madzhab ini. Namun pendapat Imam Ibn Taymiyah ialah pendapat Hanabilah dan Malikiah, tidak boleh diadakan pernikahan atas nama apa yg kita namakan sekarang 'perkahwinan menutup aib keluarga'. Pendapat inilah yang lebih benar terutama jika pihak lelaki tidak redha dgn pernikahan paksa tersebut.
Mengenai isu bin dan bintikan anak, dalam fiqh Syafi'iy dibolehkan kerana mereka membenarkan perkahwinan dan persetubuhan spt pasangan normal yg lain. Anak itu boleh dinasabkan kepada si ayahnya bila ia lahir dalam tempoh 6 bulan perkahwinan. jika kurang dari 6 bulan, maka tidak boleh dinasabkan. Cth: jika mereka berkahwin, selepas 4 bulan, berlakulah kelahiran, maka anak itu tidak diboleh dinasabkan kepada si ayah. sekian
Haid Masuk Masjid Dan Mani Wanita
SalamSedikit persoalan tentang haid yang saya btul2 belum yakini
1) persoalan tentang wanita dlm haid masuk masjid. Saya mengikuti kuliah fiqh mara'ah dari seorg dr yang faqih(komtemporari), dia mengatakan wanita haid boleh memasuki kwsn luar masjid shj dan haram memasuki tempat solat dan pengharaman itu bukanlah krn bimbang darah bertitik tapi krn telah di ttpkan haram..Dan saya juga mengikuti pembelajaran kitab jawahir thaniah( sheikh daud alfathani)(tradisional) dgn seorg ust, dan ust mengatakan wanita haid haram sama sekali memasuki kawasan masjid termask kawasan luar(halaman masjid)..maksudnya haram memasuki kawasan dalam pagar masjid dan sebabnya krn bimbang darah menitik, mengotori kwsn masjid...jadi saya masih keliru dan xyakin pendapat mana yang ingin saya pegang..krn saya bljr dari dua pendapat berbeza, tradisional dan kontemporari..harap ust dpt bantu saya..mana satu pendapt perlu saya pegang.
2) tantang air mani.. ada pendapat mengatakan air mani wanita hanya akan keluar apabila berlaku persetubuhan shj, berbeza dgn lelaki boleh keluar bila-bila shj apbl terangsang..betulkah pendapat ini?bolehkah ust terangkan dan bezakan antara air mani, air mazi dan wadi?..bagaimana untuk mengenalpastinya?
*************************
thtl
Wassalam
alJawab:
1) Hukum yg rajih mengenai wanita haidh masuk mesjid.
Pendapat fiqh dari dr fiqh kontemporari itu merupakan pendapat majoriti fuqaha'. Kerana hadithnya di nilai sahih dan ia merupakan ta'abuddi (mematuhi larangan RasuluLlah saw). Dalil yg masyhur ialah:
Dari Aisyah, " kerana aku tidak menghalalkan mesjid bg orang yg haidh dan junub." (HR Abu Daud).
Hadith ini dinilai sahih oleh sebahagian ahli hadith, antaranya Imam Ahmad, Syafi'iy, Ibn Qathan, Ibn Khuzaimah, alArnauth dan ben Baz.
Namun, muhaqqiq kontemporer terbilang spt al-Albani dan alQardhawi menilai semua hadith dalam larangan ini temasuk hadith Aisyah itu adalah bermasalah.
Dalam Tamam alMinnah, Albani menilai hadith ini hadith Mudhtharib (goncang), kerana kekeliruan perawinya Jasrah bte Dajajah.
Manakala pendapat dalam kitab 'jawahir thaniah' itu adalah tertolak kerana kerasnya (syadid)
Pendapat yang rajih ialah pendapat alMuhaddith Ibn Hazm, al-Albani dan Dr Yusof alQardhawi kerana mereka menilai semula dalil2 larangan adalah mudhtharib (goncang), dan dgn itu wanita haidh boleh menghadiri kuliah2 di mesjid. (Qardhawi, Fiqh Taharah/290/maktabah wahbah)
2) 18SX
2.1 Female ejaculation (terpancarnya mani perempuan) ia merupakan penemuan terbaru oleh saintis2 Barat akan ujudnya air mani yg terpancar di kalangan perempuan. Search internet, guna " female ejaculation"; walaupun begitu ia lebih common di kalangan lelaki. Ejakulasi perempuan berlaku baik ketika jima' atau ketika teransang.
2.2 jenis2 cecair kemaluan:
wadi=cecair putih kental yg keluar ketika kencing (baul) kemungkinan kerana keletihan atau udzur
madzi=cecair lekit yg keluar ketika bercumbu atau khayal yg ghairah
mani= cecair yg terpancar dan kemudian diiringi dgn rasa nikmat (orgasm)
(Dr al-Qardhawi, Fiqh Taharah; Dr al-Qahthani, Thuhur alMuslim, maktabah almalik Fahad, Riyadh)
sekian
Mencegah Mungkar Dengan Hati
Salam ustazkat sini ana ada dua soalan:
1: betulkah perempuan yg baligh dah belum kawin lagi dosa yg dbuat olehnya ditanggung oleh bapanya...ana dengar ramai ustaz cakap camni?
2. selemah2 iman ialah mencegah kemungkaran dengan hati. adakah kita berdosa kalau kita hanya mampu cegah dengan hati Yellow Sad , tambahan pula pada zaman yang banyak maksiat ni?
wassalam
************************
thtl
Wassalam
1. Cakap2 ustaz itu hendaklah terus dirujuk kepada Kitab ALlah dan Sunnah Nabi-Nya. Pabila kita rujuk alQuran kenyataan ini bercanggah dengan surah al-An'am: 164
(Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kpd dirinya sendiri; dan orang yg berdosa TIDAK AKAN memikul dosa orang lain)
Orang yang bercakap begitu ialah mereka keliru dengan konsep WALI kepada anak gadis. Wali/si ayah masih bertanggungjawab kepada keselamatan, nafkah dan penjagaan sebelum anak daranya itu dipinang dan bernikah. Mana-mana anak adam yg sudah baligh, maka buku amalan atas nama masing2 pun dibuka dan dialah kena bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan tak ada konsep ada orang tulung pikul dosa orang lain. sendiri kena tanggung. Ayah dan ibu akan memikul dosa jika dia cuai dalam pendidikan anak2 atau nafkah tapi bukan kena pikul dosa anak yg dah akil baligh! Kalau macam tu teruklah Nabi Nuh dia kena pikul dosa anaknya dan isterinya.
tbc
_________________
2. Fiqh amar makruf nahy mungkar
Apa yg anda timbulkan itu kemungkinan anda melihat hadith, antaranya dari Abi Sa'eed alKhudri yg dikeluarkan oleh Imam Muslim (#49) dalam sahihnya:
" B/siapa diantara kamu yg melihat kemungkaran, hendaklah merubahnya dengan tangannya, jika ia tidak sanggup, maka dgn lidahnya, dan jika tidak sanggup juga, maka dgn hatinya, demikian itu adalah selemah-lemah iman." (hadith #34, matn arba'iin anNawawiyah)
Jadi, kalau anda ada syarah hadith 40 Imam Nawawi, maka sila baca. dan kalau belum ada, kena belilah, paling kurang orang Islam kena baca dan faham 40 hadith ni, itupun dah cukup besar...ada beberapa edisi syarah hadith 40 dlm pasaran. Yang sudah diterjemah ialah karya Dr alBugho (pustaka Salam)
Berbalik pada apakah berdosa seorang muslim hanya sanggup mencegah dgn hati sahaja?
Jawabnya:
mengikut pensyarah2 hadith ini, tidak berdosa bg si fulan yg hanya mampu mencegah dgn hatinya atau membenci kemungkaran itu kerana dia tidak ada kesanggupan atau kemampuan mencegah dengan lisan (nasihat) atau tangan (kekuasaan).
Kata Imam alMunawi ketika mensyarah hadith ni dalam Faidhul Qadir (Jld 4/131), perasaan benci akan mungkar ini wajib ada bila ia melihatnya dan tercetus niat bahawa jika aku ada kuasa atau kemampuan lisan, maka aku akan mengubahnya dengan tangan dan lidahku. Tidak cukup dgn ada rasa benci, tapi dia hendaklah meninggalkan majlis itu jika mungkar itu berlaku dalam majlis yg dihadhirinya sbg menandakan kebencian hatinya.
Maksudnya kalau tidak ada perasaan benci akan mungkar itu bila melihat orang melakukannya, barulah berdosa. atau mungkar berlaku depan matanya tapi dia tidak menunjukkan hatinya benci yaitu dengan meninggalkan kemungkaran atau majlis kemungkaran itu sebagai tanda protes.
sekian
wanita terpaksa menumpang
salam ustazsaya ada persoalan, apakah hukumnya saya terpaksa menumpang kereta kawan sepejabat yg bukan mahram ketika melakukan tugas di luar daerah...hal ini terpaksa dilakukan sebab pekerjaan itu hanya memerlukan 2 org pekerja iaitu saya dan dia ditambah pula saya tidak ada kenderaan sendiri...WA
sekian
*************************
kamin
Panel Feqh
jawapan syeikh thtl dipetik dari milis lain :
Dalam hal ini perempuan itu boleh memilih utk menerima pelawaan itu atau menolaknya dan menimbangkan mudharat dan maslahat. Ini pernah berlaku kepada Aisyah ra ketika berlakunya peristiwa Ifk atau Fitnah
Mengenai Anak Angkat
SalamMaaf andai soalan saya ni mengulangi pertanyaan ahli yg. terdahulu.Saya mengambil anak angkat lelaki yg. lahir kurang bernasib baik iaitu di luar perkahwinan yg. sah. Saya belum ada anak lagi.
Soalan saya, adakah saya di sunatkan utk. mengaqiqahkan anak angkat saya ? sama spt. bapa kandung yg. lain.
Bolehkah di aqiqahkan selepas dr. 7 hari.Ada pendapat mengatakan mesti pd. hari ke 7 dan ada pendapat sehingga baligh.
Seorang wanita boleh menghasilkan susu badan walaupun tanpa hamil dan bersalin menggunakan kaedah moden.Apa pandangan tuan jika isteri saya mempraktikkannya agar isteri saya menjadi ibu susuan kapada anak angkat kami.
*******************************
thtl
Wassalam
alJawab:
Anak itu di atas fitrah dan dia tidak memikul dosa orang tuanya. apa yang anda lakukan adalah terpuji sekali.
2. Aqiqah di sisi madzhab Syafi'iy berlangsung hingga usia baligh. Manakala di sisi ahli hadith, afdhal ialah hari ke 7, jika ada keuzuran hendaklah dilakukan maksima pada hari ke 21.
3. Tidak ada tegahan syara' jika isteri anda ingin menggunakan kemajuan teknologi perubatan utk menyusui bayi tsb. sekian
Anggota Yang Sabit Dengan Zihar
Kaki Isteri saya mempunyai tumit yang lebih ke belakang. Kami telah dikurniakan seorang anak LELAKI yang juga mempunyai tumit yang sedemikian. SEKIRANYA saya menegur " tumit anak ayah / anak kita lebih,... turun ibu / ibunya". Maksudnya ikut (sama) macam ibunya. Adakah ianya dikira sebagai Zihar? Setahu saya Zihar adalah jelas jika disamakan dengan anak perempuan. Bagaimana pula dengan anak lelaki?
Saya telah rujuk jawapan-jawapan di Al-Ahkam tetapi saya tak dapat cari jawapan mengenai masalah seperti ini.
Bagaimana pula jika telah bersetubuh dengan isteri, sedangkan perkara itu tidak disedari sebagai Zihar?
Sekadar kemusykilan.
Sekian Was-Salam
mengikut permasalahan zihar ialah menyamakan fizikal isteri dengan wanita yang haram dikahwini (Ibu, Ibu Mertua, Nenek, anak perempuan,
kakak dan seterusnya...) masalah saudara tidak dikategori sebagai zihar...
wajib kepada kita umat islam mempelajari ilmu-ilmu agama .......
jika telah berlaku zihar maka hukuman hanya dikenakan kepada
suami sahaja .... hukuman ialah mengikut turutan:-
1. Memerdekakan hamba (tiada dizaman ini ) maka hukuman kedua
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika tertinggal sehari wajib diulangi
semula....dan jika tidak mampu
3. Memberi makan 60 orang fakir miskin..
inilah secara ringkasnya dan keterangan lebih lanjut mohon penjelasan
kepada ustaz yang mahir dalam bidang agama.
wallahualam
_________________
thtl
Wassalam
alJawab ringkas:
lafaz zihar yang sarih (jelas) ialah " engkau bagiku spt punggung ibuku" ia adalah ungkapan orang arab jahiliyah bila ia sudah bosan atau benci kepada isterinya.
lafaz yang spt di atas adalah lafaz kinayah (kiasan) yang memerlukan niat. Jika ia hanya memuliakan isteri bertujuan memuji dan menggembirakannya, maka ia bukan zihar. (aljaziri, fiqh ala madzhaahib arba'ah)
sekian
_________________
UZAR
salam,
berikut adalah jawapan saya terhadap soalan yang hampir serupa suatu ketika dulu pernah di utarakan kpd saya.
Jwpn saya seperti berikut :-
RUKUN ZIHAR
1. Suami
2. Isteri
3. Perkara yang diserupakan
4. Lafaz zihar
PERINCIAN
Rukun Pertama: Tidak disertakan kerana meyakini ianya jelas
Rukun Kedua: Tidak disertakan kerana menyakini kejelasannya
Rukun Ketiga: (Perkara yang diserupakan)
Untuk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami:
Syarat yang disepakati oleh jumhur ulama’ :-
1. Anggota-anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan di sekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan, kepala, kaki, rambut, dan lain-lain . Demikian pandangan kebanyakan ulama’, Ulama’ Hanbali dan Maliki mensabitkan seluruh anggota sama ada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar (Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, 9/7173) Pandangan yang rajih adalah pandangan jumhur.
2. Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan si lelaki sama ada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. Seperti Ibu, Anak, Adik beradik, Pak cik, Mak cik dan lain-lain yang berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hasan al-Basri, Ato’ Abi Rabah, As-Sya’bi, An-Nakha’ie, Al-Awza’ie, at-Thawry, Ishak Rahawaih, Abu Ubaid, Abu Thaur.
Pandangan Imam Syafie dalam 'qawl qadim’: Tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja… kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi Qawl Jadid Imam Syafie memindanya ijtihadnya dengan mengatakan jatuh zihar kerana wanita yang diharamkan tadi menyerupai pengharaman ibu (al-Muhazzab, As-Syirazi dan al-Majmu’, 19/45)
Manakala yang tidak muabbad seperti wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dan lain-lain. Tidaklah penyerupaan dengan mereka dianggap zihar. (Lihat Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah 4/500; Ad-Dusuqi ala syarh al-Kabir 2/439; Ashal al-Madarik 2/169; Kifayatul akhyar 2/71)
Ulama Maliki menambah bahawa binatang juga termasuk dalam kategori yang tidak boleh disamakan. Kerana asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dengan binatang. Maliki juga mensabitkan zihar kiranya menyamakan rambut isteri dengan rambut ibu dan lain-lain. Manakala jumhur tidak berpandangan sekian. (Ad-Dusuqi ala syah al-Kabir, 2/439)
Syarat yang diperselisihkan :-
* Mestilah diserupakan dengan anggota wanita.
Kiranya ditasybihkan dengan lelaki seperti “Belakang atau Punggung kamu seperti belakang atau punggung bapaku”. Ulama Hanafi dan Syafie mengatakan TIDAK JATUH ZIHAR.
Bagaimanapun Ulama’ Hanbali dan Maliki mengatakan JATUH ZIHAR DENGAN SYARAT MENYAMAKAN DENGAN SEBATANG ANGGOTA YANG TIDAK HALAL DILIHAT SEPERTI PERUT, PEHA, KEMALUAN, PUNGGUNG dan lain-lain yang seerti. Kiranya menyamakan dengan kepala bapa, rambut, hidung dan lain-lain, TIDAKLAH DIANGGAP ZIHAR (Lihat ashal al-Madarik 2/170; Juga al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah, 4/499). Semua mazhab mempunyai dalil masing-masing.
Ulama Syafi’iyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pada bahagian haram dilihat tadi, ia bergantung kepada niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar. (Kifayatul akhyar, 2/70)
Rukun Keempat: Sighah (Lafaz Zihar)
Syarat lafaz untuk untuk sabit zihar adalah :-
a. Perlu kepada niat, kiranya ia dibuat secara Kinayah (tidak jelas). Sighah Sorihah (terang, jelas) seperti: “ Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”. Lafaz seperti di atas tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.
Kinayah pula adalah lafaz-lafaz yang boleh diandaikan bermkasud zihar tapi mungkin juga tidak seperti:” Dinda ni seperti bondaku”. Lafaz seperti ini kemungkinan bermaksud zihar kemungkinan juga bermaksud memuliakan, hormat, penghargaan dan lain-lain. Maka ia bergantung kepada niat si suami.
Lafaz ini telah ijma’ di kalangan ulama’ tentang sabit zihar. Demikian menurut Ibn Munzir ( Lihat al-Majmu’ Imam Nawawi yang dilengkapkan oleh Syeikh Najib al-Mut’ie, 19/44)
b. Tidak disyaratkan untuk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yang memberi pengertian semasa.
Zihar jatuh dengan lafaz yang membawa pengertain semasa seperti : “Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”
Juga jatuh kiranya diikat dengan waktu tertentu seperti : “Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka Perut Dinda seperti perut bondaku”
Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan datang seperti : “Punggung Dinda seperti punggung bondaku sehingga awal tahun depan” atau “Perut Dinda seperti perut bonda Kanda dalam masa sebulan” .
Semua lafaz tadi cukup untuk menjatuhkan hukum zihar. (Rujuk Al-Bidayah al-Mujtahid 2/117; Matolib Uli An-Nuha 5/507 )
c. Mestilah lafaz tadi disandarkan kepada anggota tubuh wanita samada secara juzu’ atau sepenuhnya. (Bahagian yang diharamkan lihat tadi tanpa boleh di ihtimal lagi). ( Lihat Bada’I as-Sanai’ , 5/2129 )
HUKUM SETELAH JATUH ZIHAR
Setelah cukup syarat dan sabit jatuh zihar maka beberapa hukum berikut sabit :
Haram menyetubuhi isterinya (yang diziharkan) kecuali setelah dibayar kifarat. Ini adalah pandangan jumhur. Menurut tertibnya kirafat adalah membebaskan seorang hamba, puasa atau memberikan sedekah. Dalilnya adalah daripada Firman Allah SWT surah al-Mujadalah ayat 58.
Manakala istimta’ (bersedap-sedap, berseronok-seronok), sentuh dengan syahwat sebelum membayar kifarah juga tidak dibenarkan (Tahrim Wasail) di sisi ulama’ Hanafi dan Maliki ( Bada’I as-Sana’I, 5/2132; Ashal al-Madarik 2/170) Tetapi ianya harus di sisi ulama Syafie (Lihat Rawdah at-Tolibin 8/270; Fath al-Jawad 2/187; ‘Ianah at-Tolibin 4/37)
Pandangan yang rajih adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail, kerana dibimbangi akan tergelincir ke persetubuhan. Pandangan lebih selamat bagi fatwa untuk orang awam. Kiranya sangat yakin tidak akan tergelincir dan tidak dapat menahan kesabaran hingga dibimbangi memudaratkan, maka ketika itu ia menjadi rukhshoh.
Kesimpulan Jawapan Terhadap Soalan (Mengambil Pandangan yang Rajih)
1. Hanya jatuh (sabit) Zihar sekiranya menyamakan isteri dengan ibu, nenek, anak dan semua wanita yang diharamkan suami berkahwin dengannya secara kekal sama ada secara Keturunan, Susuan mahupun Musoharah.
2. Penyamaan anggota tertentu sahaja yang menyebabkan sabit zihar iaitu Seluruh atau juzuk dari anggota yang haram dilihat semasa mahram. Penyamaan dengan anggota selain itu tidaklah sabit zihar.
3. Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dengan mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dengan wanita sahaja sabit. Begitu juga menyamakan suara, rupa dan sebagainya.
4. Istimta’ dengan isteri yang telah dizihar sebelum membayar kifarah adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail. Dibimbangi akan terlanjur.
JUSTERU, MENYAMAKAN RUPA, HIDUNG ISTERI DENGAN RUPA DAN HIDUNG ANAK TIDAKLAH JATUH ZIHAR, BAGIAMANAPUN MENYAMAKAN PUNGGUNG ISTERI DENGAN PUNGGUNG ANAK PEREMPUANNYA, SABIT JATUH ZIHAR. Walaupun si suami tidak berniat. Masalah Kejahilan tentang hukum ini, mempunyai perbincangan yang lain yang agak panjang, kesimpulannya, menurut Tuan Guru kami As-Syeikh Prof. Dr. Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim, tiada keuzuran terhadap kejahilan. Menjaid kewajiban suami isteri sebelum berkahwin mengetahui hal yang berkaitan dengan hubungan suami isteri. Wallahu a’lam.
Yang benar daripada Allah, yang silap atas kelemahan penulis. Sekian,
Al-Faqir Ila Allah,
2 comments:
-
Assalamualaikum...
Saya ada 2 persoalan, yang pertama, jika menyamakan wajah isteri semasa kecil dengan anak saudara sebelah isteri. Adakah ianya termasuk dalam zihar.
Soalan kedua..untuk membayar kifarah, mengikut turutan adalah tidak mampu untuk memerdekakan hamba dan berpuasa.. jika membayar kifarah dalam bentuk wang ringgit, berapakah jumlahnya dan kepada siapa perlu diserahkan.
Terima kasih -
W'salam,
zihar bermaksud bila si suami melafaskan perkataan zihar dengan niat bahawa dia benci atau marah melihat isterinaya. Jika suami menyatakan sesuatu yang sama dengan maksud memuji isterinya, itu tidak jatuh zihar.
anak saudar sebelah isteri tidak termasuk dalam istilah zihar ini.
kafarah dengan kadar fidyah satu cupak beras satu hari atau pun nilai wang yang sama dengan harga secupak beras satu hari. WA.
jika seorang perempuan sudah becerai dan menjadi janda .. maka siapa yang menanggung dosa seorang janda? adakah ibu bapa nya ataupun janda itu sendiri ?
ReplyDelete