Doa Yang Sabit Untuk Memohon Zuriat
Fauzisalamz-nak mintak ahli AFN memberitahu adakah doa yang rasulullah ajar khas untuk memohon zuriat?
***************************************
Doa yang berkaitan dari al-Qur’an:
Rujuk Surah al-Furqan, 25: 74
Rujuk Surah Ali Imran, 3: 38
Boleh juga berdoa dengan lafaz yang umum:
Doa Sebagai Sarana Dikurniakan Anak Yang Sholeh
Doa adalah salah satu sarana yang agung yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman sebagai suatu bentuk penghubung dirinya kepada Allah s.w.t.. Melalui doa, Allah s.w.t. memberi peluang kepada kita untuk memohon sesuatu yang diperlukan dan diingini. Malalui doa jugalah Allah akan membantu kita dengan mengabulkan (memperkenankan) apa yang diingini oleh hati-hati kita. Allah s.w.t. berfirman:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (al-Baqarah, 2: 186)
Melalui al-Qur’an sendiri, terdapat banyak kisah-kisah dan doa-doa yang boleh menjadi contoh kepada para keluarga, pasangan suami isteri, dan mereka yang berkaitan, tentang kehebatan doa agar dikurniakan cahaya mata serta meraih kurniaan anak yang sholeh.
Sebagai contoh, di sini diutarakan dua kisah dan doa yang berkaitan;
1 – Doa Nabi Ibrahim ‘alaihis salam (a.s.),
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: “Dan kepada orang yang kafirpun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.” (al-Baqarah, 2: 126-128)
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.” .... “Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.” (Ibrahim, 14: 35 & 39)
2 – Doa Nabi Zakaria ‘alahis salam;
Di sanalah Zakariya berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa." Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakariya, sedang ia tengah berdiri melakukan shalat di mihrab (katanya): "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang saleh." (Ali Imran, 3: 38-39)
Isteri Nabi Zakariya adalah seorang yang mandul dan dia sendiri adalah seorang yang sangat tua, namun dengan kuasa dan izin dari Allah, doanya telah diperkenankan. Menurut Sheikh Abdur Rahman as-Sa’di, “Kedua hal itu (tua dan mandul) merupakan penghalang, namun Allah berfirman (maksudnya) “Demikianlah, Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya”. Bahawasanya sebagaimana telah berlaku hikmah-Nya dengan berjalannya segala sesuatu itu menurut sebab-sebabnya yang wajar, maka Allah juga berkuasa merubah hukum alam tersebut menurut kekuasaan dan apa yang dikehendaki-Nya.” (Tafsir as-Sa’di (Judul Asli: Taisir al-Karim al-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan), jil. 1, m/s. 490)
Sumber: Ust Nawari http://fiqh-sunnah.blogspot.com/ dan Al-Fikrah.net.
--------------------------------
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sekiranya seseorang itu ingin bersetubuh dengan isterinya hendaklah dia membaca بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا Yang bermaksud: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya..HR Imam Muslim: 2591
Adakah Wanita Tidak Boleh Solat Jemaah Di Masjid?
ummu_wijdan wrote:soalan:
ada ke pandangan mana2 mazhab yg mengatakan perempuan tidak boleh solat berjemaah?
****************************************
Wanita Mendatangi Solat Jamaah di Masjid
465. Dibolehkan wanita datang ke masjid solat berjamaah, namun demikian solat mereka di rumahnya adalah lebih utama. Hal ini berdasarkan pada sabda baginda ,
“Janganlah kamu melarang kaum wanita keluar menuju ke masjid (untuk solat berjamaah), dan rumah-rumah mereka itu adalah lebih baik baginya.” [Riwayat Ahmad No. 5448, Abu Dawud No. 567, dan asal hadith ini terdapat dalam dua kitab Shahih (Shahihain) dengan adanya perbezaan lafaz.]
465. Mereka sebaiknya datang ke masjid dengan tanpa memakai minyak wangi (parfum), hal ini berdasarkan sabda baginda,
“Janganlah kamu melarang kaum perempuan datang ke masjid dan hendaklah mereka keluar dengan tanpa memakai wangi-wangian.”[ Riwayat Ahmad No. 9362, 9794, 10454, Abu Dawud No. 565, Darimi No. 1279, lihat Al-Irwa’ No. 515.
Dan juga berdasarkan sabda Nabi.
“Wanita yang mana saja memakai wangi-wangian, maka janganlah dia ikut solat Isya’ yang akhir bersama kami.” [Riwayat Muslim No. 444, Ahmad No. 7975, Abu Dawud No. 4175, dan An-Nasa’i No. 5128.]
Fiqh Dalil – Dr ‘Aid al al-Qarni
--------------------------------
Berikut sebahagian tulisan mengenai perbahasan di atas yg diambil dari buku Mutiara Fiqh Hanafi - Mohd Faez Mohd Shah al-Hashimi
Jemaah yang afdal
Solat berjemaah di masjid atau surau lebih afdal daripada solat di tempat lain seperti rumah bagi kaum lelaki kerana masjid atau surau melambangkan kemuliaan dan memperlihatkan syiar Islam. Namun bagi kaum perempuan, afdal solat berjemaah di rumah.
Menurut Imam Abu Hanifah, Abu Yusuf dan Muhammad Bin al Hasan, perempuan yang muda atau gadis ditegah untuk hadir berjemaah di masjid atau surau secara mutlak kerana dibimbangi berlakunya fitnah yang membawa kepada pelbagai kesan negatif.
Manakala, bagi perempuan yang tua dan lemah, maka diharuskan bagi mereka untuk hadir berjemaah di masjid atau di surau hanya untuk solat Subuh, Maghrib dan Isyak kerana pada waktu itu hari sudah gelap, maka terlindung daripada pandangan lelaki dan kurang menimbulkan fitnah terhadap mereka.
Adapun solat Zuhur, Asar dan Jumaat, tidak diharuskan bagi mereka hadir berjemaah kerana ketika itu ramai orang-orang liar dan jahat berkeliaran di jalanan atau di tempat-tempat laluan menyebabkan timbul pelbagai fitnah.
Namun Abu Yusuf dan Muhammad Bin al Hasan berpandangan, tidak mengapa jika mereka hadir berjemaah untuk solat Zuhur, Asar dan Jumaat kerana tidak mungkin timbul fitnah bagi perempuan yang tua dan lemah.
Terdapat sebahagian ulama-ulama mazhab Hanafi Mutaakhirin berfatwa bahawa, dilarang sama sekali bagi perempuan untuk hadir berjemaah sekalipun solat Jumaat atau hari raya sama ada mereka muda atau tua kerana zaman pada hari ini memperlihatkan banyak keburukan dan kerosakan akhlak manusia.
Ummu Salamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW bersabda :
Sebaik-baik masjid bagi perempuan adalah di dalam rumah-rumah mereka. HR Ahmad.
wallahu a'lam
Tempoh Istihadah
Postby nur_wasatiah »salam
Andainya seseorang itu mengalami istihadzah... berapa lamakah tempoh (bil hari) baginya untuk menentukan dirinya bukan lagi istihadah? Andainya darah sentiasa mengalir, mungkin utk tempoh sebulan, bagaimanakah dia ingin menentukan yg darah itu adalah haidh?
***********************************
Postby thtl »
wassalam
Jawab:
Istihadzah ialah perdarahan terus-menerus melebihi hari-hari biasa haidh (period) (Imam Ibn Hajar Asqalani/Fathul bari hadis no 228)
Imam Nawawi (Syarh Nawawi 'ala Muslim 2/255), alMajmoo': 2/538), istihadzah ialah perdarahan dari urat lantaran penyakit.
Mengikut sains perubatan (Current Medical Diagnosis & treatment, 1982, 428) istihadzah ialah abnormal uterine bleeding samada jenis menorraghia (pendarahan berpanjangan) atau metrorraghia (perdarahan antara dua period haidh)
Apa yg anda khabarkan itu pada hemat kami ialah hypermenorrhea (perdarahan berpanjangan yg kronik). Maka inilah tekniknya:
HR Abu Daud (Sunan: 1/78/# 304) dari Fatimah bte Abu Hubaisy ra, "[sabda] Jika haidh datang, darahnya dikenali dgn warna kehitaman dan hentilah solat. Jika warnanya selain itu, maka berwudhu dan solatlah." (Albani, sahih Sunan Abu Daud/# 263)
Jika dia keliru dgn tempoh periodnya, andaikan 6-7 hari, maka hari2 perdarahan yg lain itu dianggap istihadzah.
Dalilnya: dari Hamnah bte Jahsy di mana Nabi saw berfatwa supaya dia mengandaikan periodnya 6-7 hari dan hari2 yg lain itu adalah istihadzah dan dikehendaki solat dan puasa.(Albani, alIrwa' alGhaleel: no 188)
Keperluan maksima: ialah mandi setiap kali utk solat
keperluan minima: memadai dengan berwudhu' sahaja (Albani, Sahih Sunan Abu Daud, No 268)
Wanita yg istihadzah boleh pula menjama'kan solatnya mengikut Fiqh Imam Ahmad Ibn Hanbal (Fiqh Sunnah). WA
Penetapan Wali Anak Luar Nikah
Assalamualaikum,
Saya mempunyai persoalan yang perlu dijawab kerana salah seorang kawan saya akan berkahwin dalam masa terdekat.
Kawan saya dilahirkan diluar nikah iaitu emaknya telah mengandungkan beliau sebelum nikah. Emaknya kemudian telah berkahwin dengan lelaki yang tertanggungjawab mengandungkan anak tersebut. Kawan saya dibintikan dengan lelaki tersebut. hasil perkahwinan emak kawan saya dengan lelaki tersebut secara sah , lahir seorang bayi lelaki. ini bermakna kawan saya mempunyai adik lelaki seibu.( malangnya selepas melahirkan anak lelaki tersebut, lelaki itu kembali ke agama asal iaitu murtad)
persoalannya: bolehkah adik lelaki kawan saya itu mewalikan perkahwinan kawan saya kerana adik lelaki itu merupakan nasabnya yang terdekat atau hanya wali hakim saja yang layak?
harap persoalan ini dapat dijawab dengan segera demi menyelamatkan sebuah keluarga Islam. Terima Kasih
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby Abu_Umair »
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
1) Kes perempuan itu (kawan saudara) dibintikan kepada lelaki tersebut adalah satu permasalahan. Jika tidak disahihkan nasabnya dengan lelaki tersebut, maka tidak boleh dibintikan kepadanya.
2) Jika tidak sahih nasabnya dengan lelaki tersebut, maka hubungannya dengan adiknya yang lahir selepasnya dari ibunya dan lelaki itu, adalah hubungan adik beradik seibu.
Adik beradik seibu tidak ada hak menjadi wali untuk perempuan tersebut. Ia berpindah kepada wali hakim.
Wallahu A'lam.
5 comments:
-
ustaz, bagaimana pula dengan kawan saya merupakan anak luar nikah dan dibinkan atas nama bapa nya. bagaimana status binti itu? dan apa kah hak anak itu kepada ibu bapanya begitu juga sebaliknya. harap ustaz dapat membantu.
-
Jika tidak sah nasabnya, dia tidak boleh dibintikan (kalau dia perempuan) pada nama bapanya... sesetengah ulamak menyatakan bapanya dengan dia adalah bukan mahram... dia tidak layak mewarisi harta pusaka bapanya, bapanya tidak boleh menjadi wali nikah... WA
-
Assalamualaikum Ustaz,sy ada satu kemusykilan.Sy bernikah pd 06.04.08, pd masa itu sy juga telah mengandung ank lelaki yg menukahi sy.pd 07.10.08 bayi itu lahir.Soalan sy adakah ank ini sah berbintikan bapanya,adkah anak ini sah berwalikan bapanya apabila dia ingin bernikah kelak?dan adkah perlu sy bernikah sekali lagi bagi menyucikan diri sy Ustaz?
-
w'salam,
kalau ikut fatwa mazhab shafie di Malaysia anak tu boleh dinasabkan pada bapanya. Tempoh dari 6/4/08 sampai 7/10/08 melebihi 6 bulan. Nikah anda adalah sah tak perlu menikah semula...
Anda dinasihat supaya bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana perbuatan yang telah terlanjug itu. Pendapat yang kuat dalam soal ini nikah pasangan yang sama yang tidak bertaubat adalah haram hukumnya. -
ustaz, saya ingin bertanya. kawan saya dilahirkan selepas 4 bulan perkahwinan ibubapanya. adakah dia dikira sebagai anak luar nikah kerana dia dibintikan dengan nama bapa kandungnya yang dinikahi ibunya dan namanya bukan dibintikan dengan Abdullah dan ia tertera di dalam sijil kelahirannya? oleh kerana dia dibintikan dengan bapanya adakah bapanya layak jadi wali perkahwinanya atau adik lelakinya yang lebih layak menjadi walinya?jika benar adik lelakinya lebih layak menjadi walinya dari bapanya bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini ustaz. dia terlampau malu untuk berdepan dengan bakal suami dan keluarga bakal suami yang belum mengetahui hal ini dan bimbang perkahwinannya akan dibatalkan oleh bakal suami selepas die berterus terang mengenai status nya ini.
Suami Yang Berzina Adakah Isteri Dapat Tempias Dosa?
kes ni berlaku di tempat saya, dan berdasarkan pengamatan melalui akhbar2 dan perbincangan di blog2, saya rasa kes yang serupa banyak berlaku di malaysia terchenta ni.
kesnya, isteri pertama tak bagi suami kawin lain, walaupun suaminya memang mampu beri nafkah zahir batin. last2 suami tu berzina dgn teman wanitanya. (wal 'iyadzu billah)
soalannya, adakah isteri pertama dia turut menanggung dosa?
******************************************************
konsep subahat dalam dosa yang memberi saham si pesubahat mendapat tempias dosa, ialah apabila mendorong kepada kejahatan/ maksiat. kaedah ini diekstrak dari dalil menyeru & penggalak kepada kebaikan dalam Sahih Muslim
من دل على خير فله مثل أجر فاعله
barangsiapa menunjuk ke arah kebaikan, maka baginya seperti pahala orang yang membuatnya
(no: 1893)
dalam konteks penyeru kejahatan, kaedah diterbalik dari dalil di atas, kemudian, datang dari satu lagi kaedah setiap bahawa yang berkaitan dengan keburukan, apa-apa wasilah menyerupai adalah haram & berdosa seperti dalam hadis mengenai arak i.e peminum, penjual, pembawa, pemerah dll.
(Tirmizi, 1295, dari Anas r.a)
dalam hal di atas, tiada kaitan kerana tak disebut isteri menggalak secara jelas ke arah zina. cumanya, masalah ini lebih kepada soal taat isteri pada suami yang buat kejahatan. apabila dia rela kerana perbuatan suaminya maka dia dianggap subahat.
takde ketaatan kepada suami dalam hal maksiat.
-----------------------------------------------
3. Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil[265], maka (kawinilah) seorang saja[266], atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
An Nisaa' : 3
34. Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
An-Nisaa' : 34
129. Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
An Nisaa' 129
2 comments:
-
Assalamualaikum wbt. Ustaz
Soalan saya:
1) Bagaimana pula hukumnya bagi seorang isteri yang berzina?
Apakah yang harus dilakukan oleh isteri itu selain daripada taubat nasuha? Dan sekiranya si isteri pergi menunaikan fardu haji bersama2 dgn suaminya (si suami mengetahui perbuatan isterinya dan memaafkan) Adakah segala dosa isterinya terampun?
2) Berkenaan fidyah.
Adakah seseorang itu perlu dikenakan fidyah, walaupun sekiranya dia telah menggantikan puasa2 ketika uzur pada bulan ramadan, tetapi puasanya tidak digantikan pada tahun yang sama. Berapakah jumlah yang perlu dibayar daripada umur baligh, iaitu 12 tahun sehingga sekarang 32 tahun?
3) Berkenaan Kifarah.
Bagaimana pula hukumnya bagi seseorang yang khuatir tidak dapat melakukan puasa 2 bulan berturut2? Bolehkah dia terus memberi makan 60org fakir miskin?.
Bagaimana pula perkiraannya kifarahnya sekiranya dia tidak dapat mengingati berapa hari yang ditinggalkan dgn sengaja didalam bulan ramadhan bagi tempoh 5tahun? Berapakah yang perlu dibayar bagi tempoh tersebut?
Diharap dapat penjelasan daripada pihak ustaz. Terima kasih. -
Maaf soalan (2) bahasa bercelaru. Bermaksud 'Adakah fidyah tetap dikenakan walaupun dia telah mengantikan puasa (yang disebabkan uzur di bulan ramadhan), tetapi puasa yang digantikan tidak dibuat pada tahun yang sama?
Isteri Enggan Solat Sunat dan Amalan Zikir
ummizara wrote:salam
1- Apakah hukumnya seorang isteri yang enggan melakukan solat sunat (cth: solat sunat Dhuha, Solat sunat Rawatib dll) apabila diminta suami.
Si isteri hanya melakukan solat sunat hanya apabila disuruh, kemudian meninggalkannya apabila tiada permintaan daripada suami. Sedangkan si suami meminta si isteri melakukan solat sunat setiap hari sekiranya tiada keperluan lain untuk diselesaikan terlebih dahulu.
2- Adakah untuk mengamalkan zikir (yang diamalkan Nabi S.A.W ) , perlu mendapat izin si suami?
3- Antara zikir dan membaca al-quran, mana yang perlu didahulukan? atau ke dua-duanya sentiasa utama?
Mohon pencerahan panel fiqh. Jazakallah.
*********************************************
Igun
Saudari yang bertanya semoga dirahmati Allah Ta’ala
Sebelum ana nak jawab pertanyaan saudari, ana nak bawakan 1 hadis dari Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam :
Dari Abdurrahman bin Auf, ia berkata, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila seorang istri mengerjakan shalat wajib 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya, dan mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya (nanti di hari kiamat) : “Masuklah dari pintu surga mana saja yang engkau suka”. (HR. Ahmad, dihasankan Syaikh Albani dalam kitab Adab az Zifat)
Harap perhatikan hadis mulia diatas !
Kami para suami, tidak ada hadis yang menyatakan : “Para suami setelah mengerjakan amalan ini dan itu boleh masuk ke pintu surga mana saja yang kalian suka”. Belum pernah ana ketemu hadis macamtu. Sungguh kami iri dengan para istri dengan hadis tersebut.
Faedah lain :
Hadis diatas tidak menyebut : “shalat sunnah dhuha, shalat sunnah rawatib, puasa sunnah senin kamis” dan lain-lain ibadah sunnah. Hadis tersebut hanya menyebut yang wajib-wajib saja, mengapa ? Karena wanita berbeda dengan laki-laki terutama dari segi fizikal. Sedangkan kegiatan seorang istri dalam mengurus rumah tangga sangat banyak dan menyita waktu, mulai dari memasak, mencuci, mengurus anak (apalagi yang jika anaknya kecil), berbelanja, melayan suami, melayan orang tua (bagi yang masih serumah dengan orang tua/mertua) dan masih banyak yang lain, tentulah sangat menguras tenaganya.
Sekarang ana cobe menjawab pertanyaan saudari :
1. Jawapan pertanyaan pertama :
Apabila suami meminta istri dalam perkara kebaikan, dan istri tidak ada uzur dan kesibukan, maka sebaiknya permintaan suami dipenuhi (liat hadis diatas : “mentaati suami”). Tidak sepatutnya ia enggan, dan (mungkin) menolak terang-terangan seperti berkata : “Itu sunat saje, tak wajib pun !”. Perkataan seperti ini tentu akan melukai hati suami.
Jika suami tidak ada, lalu istri tidak shalat sunnat, tentulah ia tidak berdosa karena shalat sunnat bukan wajib. Tapi yang lebih utama, jika ia tidak ada uzur dan kesibukan, terlebih jika ia sudah berjanji dengan suami, maka laksanakanlah shalat sunnat tersebut.
Jika ia tidak sempat, bicaralah dengan jujur kepada suami, misal dengan berkata : “Wahai abi, maapkan umi ye, tadi tak sempat shalat dhuha karena sibuk masak masakan kesukaan abi”. (Itu contoh saje, kalau dengar alasan camtu suami tak jadi marahlah Very Happy ).
Dalam kesempatan ini, ana sebagai suami menceritakan pengalaman ana pribadi :
Waktu awal perkawinan ana, ana termasuk orang yang “keras” terhadap istri dalam perkara-perkara shalat sunnat terutama shalat sunnat rawatib. Jadi ana selalu mengontrol apakah istri ana sudah shalat rawatib sebelum/setelah ia shalat wajib. Hal ini selama beberapa waktu tidak ada masalah, yakni sebelum kami mempunyai anak. Namun setelah punya anak, cerita berubah :
Setelah punya anak, istri ana bertambah 1 kesibukan baru yakni mengurus anak. Itu yang ana “terlupa”. Sampai suatu hari istri ana mengerjakan shalat wajib, setelah salam ia langsung tertidur karena keletihan. Ana langsung kasian dan sadar bahwa tidak sepatutnya membebani seseorang di luar kemampuannya.
Sekarang, ana terkadang masih mengingatkan istri untuk shalat sunnat rawatib, tapi kalau istri tak sempat, ana pun memaklumi dan taklah bermuka masam kayak dulu Very Happy .
Ini sekedar berkongsi pengalaman.
Nasehat juga buat para suami : kalaupun nak menerapakan disiplin dalam masalah ibadah sunnat, seperti shalat-shalat sunnat atau puasa sunnat, maka sebaiknya suami juga kasi teladan terlebih dahulu dengan senantiase mengamalkan. Agar dapat dicontoh istri dan anak. Karena “kebiasaan seseorang dapat menular kepada orang terdekat”.
(Note : Boleh juga ajak suami saudari ikut forum AFN ni, biar bise nambah ilmu dan sharing pengalaman. Kadang pengalaman memang guru terbaik Very Happy )
2. Jawapan pertanyaan kedua :
Mengamalkan suatu amalan zikir tidaklah disyaratkan harus meminta ijin suami.
Terkecuali ia jika mau menanyakan kepada suami –jike suami paham agama- apakah suatu zikir shahih dan boleh tak amalkan, maka hal macam tu memang harus ditanyakan kepada suami. (Misal dengan bertanya : “Abi, umi bolehkah amalkan zikir ni? Masih tak tau ie shahih tak”)
Jike suami jahil dalam masalah agama, istri kenalah bertanya kepada orang lain yang paham agama, atau ia mencari buku-buku yang membahas masalah zikir-zikir yang shahih.
3. Jawapan pertanyaan ketiga :
Tentulah membaca Al-Qur’an lebih utama, karena sebagaimana dalam hadis riwayat Tirmidzi diterangkan bahwa membaca Al-Qur’an akan mendapatkan pahala sebanyak huruf yang dibaca.
Tapi, walaupun hukum asalnya membaca Al-Qur’an lebih utama dibanding zikir, terkadang pada waktu-waktu tertentu, zikir lebih diutamakan karena ada dalil yang mengkhususkannya, seperti :
Berzikir setelah shalat wajib
- Berzikir pada waktu pagi (waktu setelah shalat subuh) dan zikir pada waktu petang (waktu setelah shalat asar). Atau dikenal dengan zikir pagi dan petang.
- Pengkhususan tersebut karena ade dalilnya. Sedangkan di luar waktu-waktu tersebut maka kembali yang lebih utama adalah membaca Al-Qur’an. Wallahu A’lam.
Faedah : Kaidah tentang mana amalan yang lebih utama seperti ini ada dibahas ulama, seperti Ibnul Qayyim dalam al-Wabil ash Shayyib, Syaikh Yusuf Qaradhawi dalam Fiqh Auliyyat, Syaikh Bakr Abu Zaid dalam Tashih ad Du’a, dan terakhir setahu ana Syaikh Ibrahim ar-Ruhaili (sayang ana lupa pulak nama kitabnya).
Sekian. Wallahu A’lam
Lelaki Pakai Inai Ditangan Menyerupai Tattoo
Postby amrizal » Feb 18th, '09, 10:49salam
Apakah hukum bagai seseorang lelaki memakai inai di tangan tetapi menyerupai tatu?
*************************
Postby kamin » Feb 18th, '09, 20:28
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha., Imam Syafie rh mengatakan bahawa memakai inai bagi lelaki adalah haram, melainkan bagi tujuan perubatan, kerana ia meryerupai wanita yang dilarang oleh syara’. Sebagai mana hadith shahih Allah swt melaknati lelaki yang menyerupai wanita.
Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa ulama' bersetuju inai boleh digunakan oleh kaum lelaki di janggut dan rambut (di kepala). Inai di jari tidak dibenarkan atas alasan menyerupai kaum wanita.
Memakai inai dijari merupakan perhiasan kaum wanita, kenapa pula kaum lelaki ingin menggunakannya?. Kaum lelaki digalakkan mengunakan inai di janggut atau di rambut kepalanya. Hukum lelaki menggunakan inai samalah hukum lelaki yang meniru2 perbuatan kaum perempuan.
Nama : . Noor.
E-Mel : Cape7918@yahoo.com.
Kategori : SYARIAH
________________________________________
SUB KATEGORI
Munakahat - Nikah
________________________________________
Tarikh Hantar Soalan : 30/01/2007 01:32 AM
Soalan : Apa HUKUMNYA lelaki memakai inai dijari.apabila seseorang itu menamatkan zaman bujangnya erti kata lain berkahwin?.
Jawapan : Lelaki yang memakai inai di jari adalah haram kerana ia menterupai wanita dalam pada pandangan Imam Nawawi dan mazhab Syafie.
Status : Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan : Panel (fs) 290307
Tarikh Selesai : 29/03/2007 04:42 PM
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/76e3b69a601dc64e48257537001387e7?OpenDocument
Hadis-hadis Cara Mandi Wajib
Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut SunnahDari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)
Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.
Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)
Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:
دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)
9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.
Wallahu’alam.
Rujukan:
طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام
Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani
What Every Muslim Must Know about Purification by Abdul Rahman Abdul Karim Al-Sheha
Apa Bacaan Selepas Bayi Lahir?
Postby guest what »salam
biasanya selepas baby lahir kita akan mengazankan dan iqamahkan baby tersebut... tapi, baru2 nih ada kawan saya bagitau ada satu lagi bacaan tambahan slps azan dan iqomah... iaitu bacaan agar anak itu jauh dari perbuatan ZINA ... mohon penjesalan ahli panel.
wassalam terima kasih
*************************************
albaruhiyy »
salam
Antara amalan yang disunatkan ketika menyambut kelahiran bayi ialah, azan ditelinga kanan, [iqamah diteliga kiri mengikut setengah ulama berdasarkan hadis daif menurut setengah ulama], menamakan anaka pada hari pertama atau ketujuh, mengkhitankan anak, tahnik, akikah
Apa yang saudara nyatakan ialah doa supaya dijauhkan daripada zina, setakat pencarian kami Wallahualam, belum dijumpai riwayat yang menyuruh berdoa sebegitu.
Namun, anda boleh berdoa kepada anak agar selamat dari gangguan syaitan dan selamat dunia akhirat. Antara doa Nabi kepada cucu baginda :
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ
Begitu juga dalam ayat al-Quran surah Ali Imran 35-36
Maksudnya (ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya Aku nazarkan kepadamu anak Yang ada Dalam kandunganku sebagai seorang Yang bebas (dari Segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadamu semata-mata), maka Terimalah nazarku; Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang Yang Aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa Yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki Dengan anak perempuan; dan bahawasanya Aku telah menamakannya Maryam, dan Aku melindungi Dia Dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan Yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".
Menuntut Cerai Kerana Suami Mandul
Oleh - Syaikh Muhammad bin Shalih Al-UtsaiminPertanyaan
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : “Seorang wanita telah lama menikah dan tidak dikurniai anak. Dari hasil pemeriksaan perubatan ternyata yang mandul adalah suaminya dan tidak mungkin boleh mempunyai keturunan. Apakah boleh wanita tersebut menuntut talak?”.
Jawapan
Apabila ternyata yang mandul adalah suami, maka isteri dibolehkan mengajukan tuntutan talak dan jika suami menolak, maka hakim pengadilan boleh memaksa lelaki tersebut untuk menjatuhkan talak, kerana tujuan utama menikah bagi wanita adalah mendapatkan keturunan. Sehingga wanita mempunyai hak untuk minta talak atau memutuskan akad nikah bila mendapati suaminya mandul, dan inilah pendapat yang kuat menurut para ulama.
[Fatawa Mar'ah, hal.63]
[Disalin dari buku Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Maratil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa tentang Wanita-2, hal 200, 206 Darul Haq]
Berzakat Kepada Sudaranya Tanpa Pengetahuan Suami
Oleh - Al-Lajnah Ad-Daimah Lil IftaPertanyaan
Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta ditanya : Apakah boleh bagi seorang wanita untuk mengeluarkan shadaqah daripada hartanya sendiri atas nama salah seorang saudaranya yang telah meninggal tanpa sepengetahuan suaminya, dan apakah hukumnya jika yang disedekahkan itu adalah harta suaminya ?
Jawapan
Boleh bagi seorang wanita untuk mensedekahkan hartanya sendiri untuk salah seorang saudaranya yang telah meninggal demi mencari keredhaan Allah سبحانه و تعالى dengan maksud agar pahala dan faedahnya kembali kepada mereka, kerana dia berkuasa terhadap hartanya sendiri dan dia bebas untuk mengeluarkan hartanya itu selama masih dalam batasan-batasan yang telah disyari’atkan Allah سبحانه و تعالى. Bersedekah adalah perbuatan baik yang mana pahalanya akan sampai kepada orang yang bersedekah atas namanya jika Allah menerimannya. Adapun jika wanita itu bersedekah dari harta suaminya dan suaminya tidak mencegah perbuatan itu, maka boleh bagi wanita itu untuk bersedekah tanpa sepengetahuan si suami. Akan tetapi jika suaminya melarang hal tersebut maka tidak boleh bagi si isteri untuk bersedekah tanpa sepengetahuan suami.[Majalah Al-Buhuts Al-Islamiyah, 8/157]
Berzakat Kepada Saudaranya Tanpa Sepengetahuan Suaminya
Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta
Pertanyaan
Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta ditanya : Jika seorang memiliki saudara perempuan yang telah menikah dan semuanya dalam keadan fakir, bolehkah saudari orang itu boleh menerima zakat dari saudara-saudaranya ?
Jawapan
Nafkah seorang wanita adalah kewajipan bagi suaminya, dan jika suami itu seorang yang fakir maka bagi saudara-saudara isterinya hendaklah memberi zakat kepada saudara perempuan mereka itu agar dia mendapat nafkah untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya serta untuk anak-anaknya. Bahkan jika si isteri ini memiliki harta yang wajib dizakati, maka hendaknya mengeluarkan zakat hartanya itu kepada suaminya agar suaminya itu dapat memberi nafkah kepada orang-orang yang menjadi tanggungannya.
[Majalah Al-Buhuts Al-Islamiyah, 8/157]
[Disalin dari buku Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Mar'atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita 1, penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, terbitan Darul Haq, hal 220-221, penejemah Amir Hamzah Fakhruddin]
No comments:
Post a Comment