Monday, May 30, 2011

Soal Jawab Wanita Dan Keluarga 4

Isteri Menolak Tinggal Bersama Keluarga Suaminya

Syaikh Ibnu Utsaimin

Pertanyaan:
Ada seorang pemuda berumur 23 tahun,d ia menikah dengan seorang gadis, yaitu puteri pakciknya sendiri (puteri dari saudara kandung ayahnya). Selama kurang lebih 4 bulan setelah menikah dia dan isterinya tinggal di rumah ayahnya. Dia berkata, “Pada suatu hari terjadi salah faham antara isteri saya dengan keluarga saya, maka isteri saya pergi ke rumah ayahnya, sesudah itu dia meminta kepada saya supaya menyewa apartement agar saya dan isteri boleh tinggal terpisah dan dapat menghindari berbagai masalah, atau tinggal di rumah ayahnya (ayah isterinya) dengan syarat hubungan saya dengan keluarga saya sendiri tidak putus dan saya boleh menanyakan terus tentang mereka. Kemudian saya menyetujuinya dan saya beritakan kepada keluarg saya, namun mereka menolaknya, bahkan mereka bersikeras agar saya tetap tinggal bersama mereka. Apakah saya berdosa apabila saya menyalahi keinginan keras mereka dan saya bersama isteri tinggal di apartement mertua?”



*******************
Jawapan:

Masalah yang satu ini sering terjadi antara keluarga suami dengan isterinya. Hal yang mesti dilakukan suami dalam keadaan seperti ini adalah berusaha keras melunakkan sikap antara isteri dan keluarganya dan menyatukannya kembali semaksima mungkin, menegur siapa saja di antara mereka yang zhalim dan melanggar hak saudaranya. Akan tetapi hal itu mesti dilakukan dengan cara yang baik dan lemah lembut sehingga rasa cinta kasih dan kebersamaan dapat tercapai kembali, kerana cinta kasih dan kebersamaan itu semuanya adalah baik.

Namun jika usaha ishlah (mengadakan perbaikan) itu belum dapat dicapai, maka tidak ada apa-apa masalah (tinggal bersama isteri) di tempat yang lain terpisah dari mereka. Alternatif seperti ini adakalanya lebih baik dan lebih bermanfaat bagi semua pihak sampai perasaan yang timbul di dalam hati sebahagian mereka terhadap sebahagian yang lain itu hilang. Jika ini adalah pilihannya, maka dia (suami) jangan memutus hubungan silaturrahmi dengan keluarga, akan tetapi selalu melakukan hubungan dengan mereka; dan sebaiknya rumah tempat tinggalnya bersama isteri itu dekat dari rumah keluarga, sehingga mudah untuk melakukan perhubungan dan menghubungi mereka. Apabila dia dapat melakukan kewajipannya terhadap keluarga dan terhadap isterinya sekalipun dia tinggal hanya dengan isterinya di suatu tempat, kerana tidak mungkin tinggal bersama keluarga di satu tempat, maka yang demikian itu lebih baik.



Rujukan:
Syaikh Ibnu Utsaimin: Nur ‘alad Darb, hal. 50-51.
Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 1, penerbit Darul Haq.


Nikah Tanpa Wali

Salam

di sini saya ada beberapa persoalan:

1)bolehkah berkahwin tanpa diberitahu terlebih dahulu kepada wali bagi pengantin wanita?

2)terdapat pelajar yang berkahwin tanpa pengetahuan wali mereka,dan perkahwinan mereka dirahsiakan hingga ke suatu masa.adakah sah perkahwinan mereka?

3)sekiranya wali masih hidup,dan kedua ibu bapa bagi pengantin lelaki dan wanita tidak membenarkan berkahwin kerana usia yang masih muda,adakah mereka masih boleh berkahwin dan bagaimana caranya?

soalan ini ditujukan tanpa dikhaskan kepada sesiapa.. Yellow Very Happy

terima kasih.



*************************
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله أما بعد :

Ketiga-tiga soalan adalah merujuk kepada permasalahan nikah tanpa wali.

Jumhur ulama berpendapat : Tidak sah akad nikah tanpa wali. Ini ialah pandangan yang dinukilkan daripada Ali, Umar, Ibn Abbas, Ibn Umar, Ibn Mas’ud, Abu Hurairah, Aishah, al-Hasan al-Basri, Ibn al-Musayyab, Ibn Shubrumah, Ibn Abi Laila, al-Atarah, Imam Ahmad, Shafie dan lain-lain. [RUJUK al-Majmuk : 16/149].

Dalilnya jelas sabda Nabi s.a.w :
لا نكاح إلا بولي
Maksudnya : “Tiada nikah (tidak sah) kecuali dengan wali” [HR Abu Dawud 1785, 5/478]

Wallahualam

al-ahkam



Hukum Bertunang

salam.

apakah hikmah bertunang?
adakah bertunang ni ade masa zaman nabi?
jika tidak bertunang,boleh terus nikah ke?



*******************
jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In sya-Allah.

1. Diantara hikmah bertunang adalah :-

a. membolehkan pasangan yang bertunang itu mengenali diantara satu sama lain,

b. ia merupakan cari untuk menilai akhlak, budi pekerti dan minat masing-masing

c. mencari titik-titik persefahaman antara pasangan.

Kesemua ini dilakukan mengikut batasan syara’ yang dibenarkan. Beberapa disiplin yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin semasa pertunangan adalah:

Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.


sumber : http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=101&Itemid=99


2. Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ

“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]

Nabi saw pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].

Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi saw :-
إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل

“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].

Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi saw.

3. Apakah seseorang itu dibenarkan terus bernikah tanpa bertunang? Jawapannya : BOLEH bernikah tanpa bertunang. Persoalannya, mana mungkin seseorang itu boleh terus berkahwin dengan seseorang wanita tanpa bertanyakan samada wanita tersebut ingin bernikah dengannya?

Mungkin yang dimaksudkan bertunang oleh anda adalah majlis pertunangan yang biasa diadakan oleh masyarakat Melayu; dimana berlakunya perhantaran cincin tunang dsb. Dari segi syara’, bertunang adalah “seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya”. Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara’, memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin.

Sekian, wassalam

al-ahkam


Hukum Seorang Lelaki dan Wanita Berdua-duaan

Hukum Seorang Lelaki Dan Seorang Wanita Berdua-duaan

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3006)

Juga melalui hadis berikut (maksudnya),

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18)



Adalah dibolehkan sekiranya sekumpulan (lebih dari seorang) lelaki (yang baik) yang dikenali dan tidak mungkin melakukan perkara yang buruk untuk menemui seseorang wanita.

Pernah suatu ketika sekelompok orang dari Bani Hasyim masuk (ke rumah) Asma’ binti ‘Umais, lalu Abu Bakar ash-ShiddiQ datang (di mana Asma’ adalah isterinya), ia membencinya lalu menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam dan kemudiannya Abu Bakar menjelaskan, “Aku tidak melihat melainkan kebaikan”. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Sesungguhnya Allah telah membebaskannya.” Seterusnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berdiri di atas mimbar lalu bersabda,

“Janganlah selepas hari ini (walau) seorang pun laki-laki masuk ke dalam (rumah) seorang wanita di ketika suaminya tiada melainkan jika ia bermasa seorang atau dua orang yang lain.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2174)


Lelaki Ziarah Wanita Yang Sedang Sakit

Bolehkah Lelaki Datang Menziarahi Seorang Wanita Yang Sedang Sakit?


http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu,

“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam datang kepada Ummu as-Sa’ib, lalu beliau bertanya, “Kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu Sa’ib?” Ia menjawab, “Demam, semoga Allah tidak memberkahinya (penyakit demam)”. Klalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berkata, “Janganlah engkau mencela demam, kerana sebenarnya ia boleh menghilangkan (menghapuskan) kesalahan (dosa) manusia.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2575)

Seseorang lelaki yang hendak menziarahi seorang wanita perlulah dengan membawa teman dan mendapat kebenaran daripada wanita tersebut. Dan wanita tersebut perlulah menjaga auratnya.



Bolehkan Muslimah Memperlihatakan Perhiasannya Kepada Wanita Bukan Islam

Bolehkah Seseorang Wanita (Muslimah) Memperlihatkan Perhiasannya (Auratnya) Kepada Wanita Kafir?

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Sebahagian Ulama berpendapat bahawa seseorang wanita muslimah tidak boleh memperlihatkan auratnya (tidak boleh membuka hijab/tudungnya) kepada wanita kafir. Perkara ini dilarang adalah kerana ditakuti wanita kafir tersebut akan menceritakan berkenaan wanita muslimah tersebut kepada kaum lelaki yang lain.

Sebelum itu, dijelaskan secara ringkas:

Seseorang wanita tidak boleh melihat bahagian (badan) di antara pusat dan lutut dari wanita yang lainnya, iaitu sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan muslimah. (Rujuk: al-Mughni, 5/562, Ibnu Qudamah)

Ibnul Jauzi rahimahullah berkata, “Wanita-wanita yang jahil (yang tidak mengerti) secara umumnya tidak merasa segan membuka auratnya atau sebahagian auratnya padahal ibnunya ada di hadapannya atau saudara perempuannya, atau juga anak wanitanya, lalu dia berkata, “Mereka adalah kerabat”. Maka hendaklah seseorang wanita tahu bahawa jika ia telah mencapai umur tujuh tahun, maka ibu, atau saudara perempuan atau anak saudara perempuannya tidak boleh melihat auratnya (aurat berat).” (Rujuk: Ahkaamin Nisaa’, 76, Ibnul Jauzi)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Janganlah seseorang pemuda (lelaki) melihat aurat lelaki yang lainnya, dan jangan pula seseorang wanita melihat aurat wanita yang lainnya, janganlah seseorang lelaki bersama-sama dengan lelaki lainnya di dalam satu kain. Dan janganlah seseorang seseorang wanita bersama-sama dengan wanita lainnya di dalam satu kain...” (Hadis Riwayat Muslim, no. 338)

Pendapat Yang Melarang:

Dalam persoalan ini (wanita membuka aurat/hijab di hadapan wanita kafir) Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan,

“Firman Allah, “أَوْ نِسَائِهِنَّ” (bermaksud atau wanita-wanita Islam) ... (daripada ayat asalnya:

“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya (aurat), melainkan yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (melabuhkan) kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan auratnya melainkan kepada suami mereka, atau ayah mereka (dan seterusnya)... atau wanita Islam (“أَوْ نِسَائِهِنَّ”), atau hamba-hamba yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak memiliki keinginan terhadap wanita.” (Surah an-Nuur, 24: 31))

Maksudnya mereka boleh menampakkan auratnya (boleh membuka hijab/tudungnya) di hadapan para wanita Muslim, tetapi tidak di hadapan wanita-wanita kafir. Alasan kepada larangan ini adalah supaya mereka (wanita kafir tadi) tidak menceritakan kepada suami mereka (atau lelaki yang lainnya – pen.) berkenaan wanita muslim tersebut. Walaupun kemungkinan ini boleh terjadi kepada wanita-wanita muslim yang lain, namun kebimbangan terhadap wanita-wanita kafir adalah lebih besar lagi, kerana mereka tidak memiliki perundangan (hukum) yang melarang untuk menceritakan rahsia wanita lain kepada suami mereka (atau lelaki lainnya). Berlainan halnya dengan wanita muslimah, mereka lebih memahami bahawa membicarakan soal tubuh atau rahsia wanita yang lain kepada suaminya sendiri adalah suatu perkara yang diharamkan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Seseorang wanita tidak boleh melihat tubuh wanita lain, kerana dia akan menceritakan (keindahan) wanita tersebut kepada suaminya, di mana nanti seolah-olah suaminya dapat membayangkan tubuh wanita yang diceritakan itu secara langsung (jelas).” (Hadis Dari Ibnu Mas’oud, Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Lihat: Fathul Bari, 9/250, no. 5241)” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir di bawah perbahasan ayat 31 Surah an-Nuur)

Pendapat Yang Membolehkan:

Manakala terdapat sebahagian pandangan daripada kalangan ulama yang lain bahawa perkara tersebut dibolehkan. Mereka menjelaskan bahawa:

Tidak ada perbezaan di antara wanita muslimah dan kafir dalam persoalan ini (melihat aurat wanita lainnya). Mereka berhujjah dengan dalil bahawa kaum wanita dari kalangan Yahudi datang kepada isteri-isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam, dan mereka sama sekali tidak memakai hijab (bertudung atau menutup aurat sepenuhnya) juga tidak ada perintah untuk memakainya. Begitu juga pernah datang seorang wanita Yahudi kepada ‘Aisyah bertanyakan persoalan tentang siksa kubur... (dan seterusnya). (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1372, dan Muslim, no. 903)

Asma’ binti Abu Bakar berkata, “Ibuku datang kepadaku dan dia enggan untuk masuk Islam. Lalu aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Salam, “Adakah aku boleh menjalinkan silaturrahmi dengannya?” Beliau menjawab, “Ya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2620)

Diwajibkan berhijab bagi wanita di hadapan kaum lelaki (yang bukan mahram) adalah kerana atas adanya alasan tertentu yang sangat penting. Maka, dengan sebab itulah mengapa wanita diwajibkan menutup aurat di hadapan lelaki yang bukan mahram. Namun, tidak pula terdapat alasan untuk turut berhijab di hadapan wanita kafir Dzimmi (kaum kafir yang menetap di dalam wilayah/negara Islam dan membayar jizyah). Begitu juga kepada lelaki muslim tidak diwajibkan untuk menutup aurat di hadapan lelaki kafir Dzimmi. Begitu juga tidak adanya sebab supaya untuk menutupi aurat (berhijab) bagi seseorang wanita muslimah di hadapan wanita muslimah yang lainnya.

Adapun berkenaan Firman Allah, “أَوْ نِسَائِهِنَّ” kemungkinan boleh juga membawa maksud “wanita secara umum”. Wallahu a’lam. (Lihat Ahkaamin Nisaa’, 4/498, Ibnul Jauzi)

Manakala menurut Syaikh Abu Malik Kamal:

“Sekiranya terjadi keraguan dari salah seorang wanita Kitabiyyah, dan diketahui bahawa ia sering menceritakan perihal wanita lainnya kepada suaminya atau yang seumpamanya, maka atas sebab tersebut, wanita muslimah adalah dilarang untuk menampakkan perhiasannya (aurat/membuka hijabnya) di hadapan wanita tersebut.” (Lihat: Ensiklopedi Fiqh Wanita, 2/163, Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim)

Wallahu a’lam.

2 comments:

FARA said...

BATALKAH WUDHUK WANITA SEKIRANYA TERSENTUH WANITA BUKAN ISLAM?

Admin said...

Sama sahaja hukum batal wuduk dalam soal sentuh orang Islam dengan orang bukan Islam. Wanita menyentuh wanita bukan Islam tidak batal wuduknya.

Ayat “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis” – [surah al-Taubah : 28]

Syiekh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa “orang kafir adalah najis” dengan bermaksud najis ma’nawi. Dikatakan najis kerana aqidah mereka tidak sahih. Mereka hanya akan menjadi “suci” apabila memeluk agama Islam.

Dari segi hukum, jika seseorang telah menyentuh najis, wudhu’nya tidak terbatal. Seseorang itu cuma dikehendaki membersihkan dirinya dari kotoran najis sebelum melakukan solat dsb.



Beza Antara Nifas dan Wiladah



salam

Hari tu, ada sorang ustaz bacakan kitab (lupa nama kitab tu), ttg bab Mandi Wajib bagi wanita yang bersalin. Dia kata perlu mandi "wiladah", then selesai pantang, kena mandi "nifas" pula. Yang bertambah musykilnya... dia kata kena nyatakan niat mandi tu, samada mandi wiladah@nifas@haid. Adakah memadai kalau kita niat "mengangkat hadas besar" shj, tanpa perlu nyatakan secara detail utk wiladah dsb.
Adakah memang kena perlu mandi wiladah... ataupun memadai tunggu sampai habis nifas, then mandi sekali ker. Mohon penjelasan. Tq

Guest what

*******************************
Postby Abu_Umair » Aug 26th, '09, 10:12

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Dari sudut istilah fuqaha, ada beza antara nifas dan wiladah.

- Nifas ialah darah yang keluar selepas bersalin. Jadi, wanita yang bersalin dan keluar darah nifas semasa bersalin, gugur kewajipan solat. Apabila darah nifas sudah kering, maka hendaklah mandi wajib. Jadi, mandi wajib hanya sekali sahaja iaitu selepas darah nifas tidak ada lagi.

- Wiladah pula maksudnya ialah bersalin. Menurut istilah fuqaha dalam bab Mandi Junub, Wiladah khas bagi wanita bersalin yang tidak keluar darah nifas bersamanya. Jadi, adakah dia wajib mandi selepas bersalin, memandangkan dia tidak mempunyai darah nifas?

Dalam kes ini, ada dua pendapat. Ada pendapat mengatakan wajib mandi juga, dan yang inilah dipanggil mandi disebabkan wiladah. Dan ada pendapat kedua mengatakan tidak wajib mandi kerana tidak ada darah nifas.

Berbalik kepada persoalan saudara, tidak benar mengatakan seseorang wanita yang bersalin (dan keluar darah nifas) wajib mandi dua kali, iaitu untuk wiladah selepas selesai bersalin, dan untuk nifas selepas kering darah nifas.

Perbahasan wiladah hanya bagi wanita bersalin tanpa keluar darah nifas.

Berkenaan dengan niat, cukup dengan niat mengangkat hadas, atau hadas besar, atau niat mandi wajib.

Wallahu A'lam.

2 comments:

Anonymous said...

TIDAK MUNGKIN KALAU BERSALIN,DARAH NIFAS ITU TIDAK KELUAR.APA YG SY BELAJAR..SUDAH TENTU WAJIB MANDI HADAS 2X IAITU SELEPAS BERSALIN, DAN MANDI LG SEKALI BILA HABIS DARAH NIFAS.rASANYA PNDAPAT INI LBH LOGIK DAN RELEVAN KERANA WILADAH ITU KRN BERSALIN,DAN NIFAS ITU UTK HABIS NIFAS..rASANYA LBH BAIK SEBUT NIAT ITU UTK APA BG MEMBEZAKAN JENIS2 MANDI WLPN SEKADAR BERNIAT MENGANGKAT HADAS BESAR.APA2 PUN.Allah Maha Mengetahui..

Admin said...

Hukum fiqh adalah berpandukan nas dan dalil, tidak mengikut logik akal. Kita tidak menemui dalil mewajibkan mandi 2 kali wiladah dan nifas, jika ada sila kemukakan...

Niat tidak perlu disebut atau dilafaz, cukup dengan keinginan dalam hati... WA




Kahwin Dengan Adik Tiri

SJ-13-0349 : kahwin adik beradik tiri



Salam . Saya nak tanya 2 soalan .

1. Adik beradik tiri boleh nikah tak ?
2. Bapa boleh kahwin tak dengan ibu mertua (isteri dah meninggal).



**************************************
Postby Abu_Umair » Aug 5th, '09, 12:21

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Adik beradik tiri boleh berkahwin. Kerana tidak termasuk dalam ayat larangan.

2) Bapa boleh berkahwin dengan emak mertua. Yakni, boleh berkahwin antara besan dengan besan. Kerana tidak termasuk dalam ayat larangan.

Wallahu A'lam

2 comments:

sexy said...

soalan 1 terlalu ringkas. di tempat saya adik beradik seibu(1)/sebapa(2)/ anak daripada perkahwinan terdahulu ibu/bapa sebelum berkahwin dengan ibu/bapa(3)kita pun dipanggil adik beradik tiri. no.(3) sahaja yang boleh berkahwin?

Anonymous said...

sebab itu banyak sumbang mahram!!!!



Pondan, Khunsa, Mukhannath Dari Perspektif Dalil

SOALAN:
zakieffendi

Assalamualaikum,

2 soalan, ya panel Al-Ahkam...

i) Betulkah semasa riwayat Nabi Muhammad SAW, golongan pondan atau mukhannath ini sudah ada, dan apakah tindakan Nabi terhadap mereka. Tolong berikan sedikit nas dalil dan hujah

ii) Jika lihat hari ini, golongan pondan ini sudah berleluasa di KL dan semakin menjadi-jadi. Bolehkah dalam Islam, golongan ini melakukan pembedahan 'sex-change' untuk menepati naluri mereka?


********************
JAWAPAN:
albaruhiyy
Panel Feqh

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد :

Pertama, perlu bezakan antara pondan dan khunsa..

1. Pondan (mukhannath)
Mereka ialah orang lelaki yang menyerupai wanita dari segi bentuk tubuh, pergerakan, percakapan dan lain-lain.

Memang benar ia sudah wujud pada zaman Nabi s.a.w.
Tindakan Nabi ialah perintah supaya mukhannath dikeluarkan daripada rumah.
al-Bukhari menyebut dalam bab “ikhraj al-mutashabbihin bi al-nisa’ min al-buyut” (bab mengeluarkan orang-orang lelaki yang menyerupai wanita daripada rumah) satu hadith riwayat Ibn Abbas bahawa beliau berkata : “Nabi s.a.w melaknat al-mukhannathin (yang menyerupai wanita) dari kalangan lelaki dan melaknat al-mutarajjilat (mereka yang menyerupai lelaki) dari kalangan wanita. Dan Nabi bersabda : “Keluarkan mereka dari rumah-rumahmu”. Kata Ibn Abbas :

لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال والمترجلات من النساء
“Nabi s.a.w telah mengeluarkan seorang lelaki dan Umar pernah mengeluarkan seorang wanita”. [al-Bukhari, Kitab al-Libas, Bab 62 dalam Fath al-Bari 10/333].

Kemudia disebut pula hadis Ummu Salamah dalam bab “Ma Yunha min dukhul al-mutashabbihin bi al-nisa’ ala al-mar’ah”. Bab tentang larangan masuk orang lelaki yang menyerupai wanita ke tempat wanita”.

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ عِنْدَهَا وَفِى الْبَيْتِ مُخَنَّثٌ ، فَقَالَ الْمُخَنَّثُ لأَخِى أُمِّ سَلَمَةَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِى أُمَيَّةَ إِنْ فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ الطَّائِفَ غَدًا أَدُلُّكَ عَلَى ابْنَةِ غَيْلاَنَ ، فَإِنَّهَا تُقْبِلُ بِأَرْبَعٍ وَتُدْبِرُ بِثَمَانٍ . فَقَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « لاَ يَدْخُلَنَّ هَذَا عَلَيْكُنَّ » .
Daripada Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w. ada di sisinya. Sedangkan dalam rumah itu ada mukhannath (pondan). Kata pondan tadi kepada Abdullah bin Abi Umayyah, saudara Ummu Salamah : “Jika Allah membuka bagi kamu esok bumi Taif, nescaya aku tunjukkan kamu anak perempuan Ghaylan,dia menghadap dengan empat dan membelakangimu dengan lapan. Nabi s.a.w pun bersabda : “Jangan kamu membawa masuk ini ke atas kamu”.
Kata al-Nawawi :

معنى قوله تقبل بأربع وتدبر بثمان أى أربع عكن وثمان عكن قالوا ومعناه أن لها أربع عكن تقبل بهن من كل ناحية اثنتان ولكل واحدة طرفان فاذا أدبرت صارت الأطراف ثمانية

Ertinya : “Dan maksud perkataan “dia menghadap dengan empat dan membelakangimu dengan lapan” ialah empat ukan yakni (ketulan daging yang zahir dari depan disebabkan kegemukan) dan lapan ukan.

Mengapa Nabi memerintahkan agar dihalau?
Kerana mereka ini membawa kerosakan lebih banyak seperti suka menyifatkan tubuh wanita yang dilihatnya kepada lelaki ajnabi ataupun mungkin ahli keluarga boleh terpengaruh dengannya sama ada dalam segi percakapan, pergerakan dan kesemuanya boleh membawa kepada kemungkaran.

2. Haram melakukan pembedahan untuk menukar jantina. Ini kerana perbuatan ini mendatangkan mafsadah atau kerosalan yang besar. Ia juga satu bentuk pencerobohan terhadap penciptaan Allah Taala hanya semata-mata kerana mengikut naluri yang palsu dan bohong.

Dalam fatwa Lajnah Da’imah atau Lembaga Tetap Penyelidikan Akademik dan Fatwa di Arab Saudi menyebut pengharaman operasi pembedahan seperti ini.
Lihat :

Al-Shanqiti, Ahkam al-Jirahah al-Tibbiyyah hlm 202.

Fatawa al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al=Ilmiyyah wa al-Ifta’ 25/37-38, fatwa no 2688.

3. Khunsa
Dari segi istilah, khunsa ialah orang yang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan wanita. Mungkin juga mereka yang memang dilahirkan tanpa alat kelamin. Kejadiannya adalah semulajadi, ini berbeza dengan pondan atau mukhannath. Boleh rujuk dalam arkib lepas :

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=36049&highlight=khunsa (lihat di bawah)

Khunsa terbahagi kepada dua. Musykil dan tidak musykil

Tidak Musykil ialah yang jelas padanya tanda-tanda jantina sama ada lelaki atau perempuan. Maka ia dihukumkan mengikut yang mana jelas. Kalau lelaki, lelaki lah, kalau perempuan, perempuanlah.

Musykil pula ialah yang tidak jelas padanya tanda-tanda tersebut sama ada ada dua alat dan sama kuat tanda-tanda lelaki atau perempuan. Atau jenis satu lagi yang tiada alat langsung, Cuma ada lubang untuk kencing sahaja.

Menurut majoriti fuqaha’, orang khunsa sebelum balighnya dilihat, jika kencing dari alat kelamin lelaki maka ia dianggap lelaki. Sebaliknya, akan dianggap perempuan, jika kencing dari alat perempuan.

Jika selepas baligh pula, kena lihat tanda-tanda berikut : , Jika tumbuh janggut, atau keluar mani dari zakar atau menghamilkan wanita, maka ia dianggap lelaki. Begitu juga zahirnya tanda-tanda keberanian dan kepahlawanan sepertimana yang disebut al-Suyuti.

Manakala jika zahir buah dada, ada susu atau keluar haid atau boleh dijimak maka ia adalah wanita.

Jika kesemua tanda-tanda berikut lemah atau sukar ditentukan, maka lihat kecenderungannya…jika lebih ke arah lelaki, hukumkan sebagai lelaki. Jika ke arah perempuan pula, maka hukumkan ia perempuan.

[Lihat al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah 20/hlm 21-23]


************************************************
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=36049&highlight=khunsa (lihat di bawah)

Keliru Tentang Khunsa

yukitada
Salam

Saya ada melihat beberapa pandangan panel ahkam berkenaan maknyah/pondan/khunsa. Namun sy masih kurang ‘clear’ bbrpa jawapan muktamad .

Benarkah rumusan saya ini bahawa lelaki yang dilahirkan anggota sulit lelaki namun pembawaan dirinya/naluri lebih kepada perempuan , kita kategorikan sebagai khunsa ? Secara tak langsung kita ‘merelakan’ golongan ini ke arah keperempuanan ? sprt melakukan pembedahan kemaluan dll. Sekiranya begitu maknyah2 yg melambak kat chow kit dll tu betullah ye ? Mula2 mcm sy fhm tp bile ade org ajukan soalan terus ‘pening’ nk jwb. Syukran.



******************
izrail
Panel Feqh

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Takrif Khunsa ialah:


مَنْ لَهُ آلَتَا الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ , أَوْ مَنْ لَيْسَ لَهُ شَيْءٌ مِنْهُمَا أَصْلًا , وَلَهُ ثُقْبٌ يَخْرُجُ مِنْهُ الْبَوْلُ .

"Orang yang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan atau orang yang tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil".

Dalam Bahasa Inggeris dipanggil: Hermaphrodite.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- Mausua'ah Fiqhiyyah Kuwaitiah: 20/22
- Mu'jam Lughatul Fuqaha': m/s 201

6 comments:

Bohsia said...

Cuma nak tanya, bagaimana dengan golongan-golongan ini:

1) Seseorang mempunyai otak yang bilangan neuron perempuan hypothamus walaupun berbadan lelaki?

2) Seseorang yang mempunyai Sindrom Kurang Sensitif Androgen, yang mengakibatkan seluruh muka badannya menyerupai perempuan tetapi dilahirkan lelaki?

3) Seseorang yang mempunyai 5ARD yang berubah sex secara semulajadi?

4) Seseorang yang mempunyai Sindrom Klinefelter 46xxy?

5) Seseorang perempuan yang mempunyai DNA 46xy (lelaki)?

6) Seorang lelaki yang mengidap penyakit gynecomastia, dan berbuah dada?

7) Seorang yang mempunyai dua alat lelaki?

Kalau alat dijadikan petanda untuk menentukan jantina seseorang, kenapa alat tidak digunakan oleh khunza, tetapi nalurinya?

Sekian, terima kasih.

Admin said...

Sukar untuk menjawab soalan ini memerlukan penelitian yang khusus dari ulamak. Jika disepakati dan boleh dibuktikan ianya semulajadi bolehlah dianggap dalam ketegori khunsa.

Jenis yang dibuat-buat ini jenis yang dilaknat Allah...

izan said...

apekah hukum jika kita tinggal 1 bilik dgn khunsa perempuan?

Admin said...

khunsa juga tertakluk kepada hukum ajnabi yang sama.

Azza Asri said...

Ape hukum kalo orang kutuk nyah/bapok or pondan... sedangkan mrke ni sekadar berjalan ke kedai nk beli makanan jer...? huraikan encik

Anonymous said...

@Azza Asri,
Sifat Mak Nyah adalah semula jadi sejak kecil dan mereka tak akan boleh bersifat kasar seperti lelaki biasa,walaupon mereka cuba sedaya upaya untuk berlagak seperti lelaki,lemah longlai mereka tak dapat di sembunyikan.Ini sudah takdir mereka dan jika ada sesiapa baik lelaki atau perempuan yang memandang mereka secara cemohan,mengejek dan sebagainya bertujuan untuk menghina,sudah pasti Mak Nyah akan terasa penghinaan mereka.Setahu saya melalui pengalaman saya sendiri,jika Si Nyah tadi akan menyumpah seranah mereka mereka yang menghina ini,sumpah seranah mereka sering terkabul dan tanpa di sedari,Si Penghina berkenaan juga akan menurunkan zuriat yang sama ia itu Mak Nyah juga,malah lebih terok dari Mak Nyah yang mereka hina dahulu. Jika pon mereka tidak menurunkan zuriat Mak Nyah,Anak perempuan mereka akan menurunkan keturunan anak haram jadah sehingga ke tujuh keturunan.Jadi,dalam situasi begini,siapa yang lebih mendapat malu dari mata masyarakat? Kerana mulut celupar mereka yang menghina Mak Nyah yang tidak melakukan apa apa kesalahan kepada mereka di hina tanpa sebab,sumpah seranah Mak Nyah biasa nya di kabulkan oleh Allah Taala.Dari itu kepada masyarakat yang membenci kaum Mak Nyah ini,harus berwaspada jika mereka tak mahu berketurunan anak haram jadah iaitu anak gadis mereka atau anak teruna mereka akan berzina dan melahirkan anak anak haram di masa hadapan,tanpa mereka sedari.Ini memandangkan dari pengalaman yang telah saya saksikan sendiri.Harap Azza Azri maklum.




Aqad Nikah Diwakilkan

SOALAN:
Khay4_me

Salam

Saya nak tanya satu peristiwa yg telah berlaku di satu tempat di Johor, bilamana satu majlis perkahwinan dimana akad nikah dilakukan di malaysia, tetapi pasangan pengantin lelaki & perempuan, dalam pada waktu yang sama berada diluar negara. Minta penjelasan daripada Ustaz.

terima kasih
Wassalam

****************
JAWAPAN:
albaruhiyy
Panel Feqh

Wassalam

Para ulama Islam memutuskan bahawa hukum perwakilan dalam akad nikah pada ijab dan qabul adalah sah dan harus. Kerana nabi s.a.w. pernah mewakilkan Amru bin Umayyah dan Aba Rafi’ menerima (qabul) nikahnya. Dan jua kerana hajat kepada demikian, kemungkina ia perlu kepada perkahwinan daripada jarak jauh yang sukar untuk musafir”.
[al-makmuj 14/97 dan al-Mughni 10/254]

Dalam hadis kisah perwakilan Abu Rafi, al-Shawkani berkata :

وفيه دليل على جواز التوكيل في عقد النكاح من الزوج
“Dan padanya dalil menunjukkan harus perwakilan dalam akad nikah daripada pihak lelaki”.

Rujuk Nayl al-Awtar, Kitab al-Wakalah, Bab ma yajuz al-tawkil fihi minal uqud

Wallahualam

No comments:

Post a Comment