Monday, May 30, 2011

Soal Jawab Wanita Dan Keluarga 5

Hukum Nafkah Zahir Kepada Isteri

Guest

salam

1]apakah hukum nafkah zahir?misalnya bagi rm300 sebulan

2]misalnya gaji suami sebulan rm1000 berapakah yg perlu diberi kpd isteri sebulan??

3]jika isteri gaji rm5000 dan suami gaji rm1000,perlukah suami tidak membayar nafkah zahir sbb isteri lagi kaya dari suami??


JAWAPAN:
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1 dan 2) Nafkah kepada isteri adalah salah satu kewajipan utama seorang suami. Kewajipannya sabit dalam Al-Quran, Sunnah dan ijmak ulama.

Nafkah bukanlah bermaksud memberi duit poket kepada isteri. Ia sebenarnya lebih luas mencakupi penyediaan tempat tinggal, makan minum, pakaian, dan perkara-perkara asasi dalam kehidupan.

Jadi, kadar nafkah tidak ada had tertentu ditetapkan oleh syarak. Ia bergantung kepada kemampuan suami dan uruf keperluan seorang isteri mengikut taraf masing-masing.

Kata Ibn Katsir dalam menafsirkan ayat 233 surah al-Baqarah, "Iaitu kadar nafkah kebiasaan wanita-wanita sepertinya di negeri-negeri mereka, tanpa berboros dan tanpa kedekut, mengikut kemampuannya (suami) pada keberadaannya, atau pertengahannya atau kesempitannya". (Tafsir Ibn Katsir 1/634).

3) Nafkah kepada isteri tidak dikhaskan kepada isteri yang susah. Malahan, ia wajib hatta terhadap isteri yang kaya atau yang berpendapatan.

Kata Syeikh Utsaimin, "Wajib ke atas seseorang mengeluarkan nafkah untuk keluarganya, iaitu isterinya dan anak-anaknya secara makruf. Hatta jika isteri seorang kaya, wajib juga atas suami memberi nafkahnya". (Syarah Riyadh al-Solihin 6/143).

Dan suami tidak berhak mengambil wang isterinya kecuali dengan keredhaannya sendiri.

Wallahu A'lam.



Batasan Ketaatan Isteri Kepada Suami

insan_mis3

Assalamualaikum

sambungan daripada link ni
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=38133&highlight=batasan


Batasan Isteri Berhias Utk Suami

insan_mis3

Assalamualaikum...

Saya nak bertanya tentang batasan isteri dalam berhias utk suaminya. Adakah segala-galanya boleh dilakukan oleh isteri sekiranya berniat utk suami. Cthnya adakah isteri boleh mencukur keningnya, bulu2 roma di tgn atau kaki, buat pembedahan buang lemak, mewarnakan rambut dengan bahan yang bukan inai (pewarna yang ada di pasaran) dan sebagainya. Atau adakah batasan2 yang boleh dan tak boleh...



al-jawhar
Panel Feqh

Salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Secara kaedahnya , Isteri wajib mentaati suami dalam apa jua keadaan dan apa jua suruhan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan perintah dan peraturan Allah swt.Ini kerana syurga isteri terletak diatas keredhaan suaminya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw :

“Apabila seorang isteri mengerjakan shalat yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya) , dan taat kepada suaminya, niscaya ia akan masuk Surga dari pintu mana saja yang dikehendakinya”

[Hadits hasan shahih: Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban (no. 1296 al-Mawaarid)]

Walaubagaimana pun , ketaatan kepada suami tersebut bukanlah merupakan suatu ketaatan yang mutlak sehingga boleh mengenepikan perintah dan tuntutan syarak.Ini kerana , apabila berlaku pertembungan antara perintah dan suruhan suami dengan perintah dan ketetapan Allah ‘Azza Wajalla , maka si isteri WAJIB melaksanakan perntah dan tuntutan daripada Allah swt walaupun ianya bertentangan dengan kehendak suami berdasarkan sabda Rasulullah saw :

لا طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

“Tidak ada ketaatan kepada perkara-perkara maksiat (ingkar) kepada Allah swt.Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah pada perkara-perkara yang ma’ruf (baik).”

[Hadis riwayat Muslim : 3424]

WAN

Adakah isteri boleh:
i) Mencukur keningnya
ii) Mencukur bulu2 roma di tangan atau kaki
iii) Membuat pembedahan membuang lemak
iv) Mewarnakan rambut dengan bahan yang bukan inai (pewarna yang ada di pasaran) dan sebagainya.


JAWAPAN:
albaruhiyy
Panel Feqh

Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah wassolatuwassalam ala rasulillah..amma ba'd..

Ini jawapan yang dapat saya nukilkan kepada persoalan yang saudara ajukan :

i) Mencukur keningnya

Sebenarnya, ada perbezaan antara mencukur dan mencabut bulu kening.

Mencabut bulu kening termasuk dalam perbuatan al-nams [النمص] yang diharamkan Islam.

Nabi s.a.w. bersabda melalui riwayat Ibn Mas’ud :
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan meminta dibuat tattoo, yang mencabut bulu di wajah...."

Majoriti fuqaha’ mengatakan cabut bulu kening termasuk dalam al-nams.

Manakala masalah mencukur pula ada sedikit khilaf di kalangan ulama. Ulama mazhab Maliki dan Syafie mengatakan ia juga termasuk dalam larangan cabut bulu kening.

Cuma ulama Hanabilah mengharuskannya dan membataskan hukum haram hanya pada kes cabut bulu kening sahaja. [al-Insaf /126].

Sheikh Uthaimin berpendapat lebih baik anda meninggalkan perbuatan mencukur kening, kecuali sekiranya ia terlalu panjang dan mecacatkan wajah anda.

Maka bagi kami, lebih baik tidak dicukur bulu kening tambahan ia sudah menjadi budaya orang-orang fasiq serta orang-orang kafir pada hari ini. Adalah lebih baik membiarkan sahaja bulu kening kecuali ia tersangat panjang dan mencacatkan.

Lihat dalam :
http://islamqa.com/ar/ref/13259

ii) Mencukur bulu2 roma di tangan atau kaki

Dalam masalah ini saya bawakan fatwa ulama dalam islamqa.com.

Bulu pada tangan dan kaki termasuk dalam bulu yang tidak dinyatakan hukumnya dalam syariat. Mengikut kaedah :

ما سكت عنه الشرع فهو عفو
Ertinya : Apa yang didiamkan oleh syarak, maka ia dimaafkan.
Oleh itu ia tidak termasuk dalam jenis2 bulu yang diperintah mengekalkannya,.

Atas dasar ini para fuqaha’ berselisih pandangan. Sebahagian mengharamkannya kerana mencukur bulu roma tangan dan kaki menyebabkan pengubahan ciptaan Allah. Ini dilarang dalam al-Qur’an :

Maksudnya "Dan Demi sesungguhnya, Aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan Demi Sesungguhnya Aku akan memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong, dan Demi Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata. [al-Nisa’ : 119].

Setengah ulama lain, mengharuskan cukur bulu roma tangan dan kaki dan juga harus mengekalkannya kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dinyatakan hukumnya oleh syarak. Sabda Nabi s.a.w ;

Maskudnya : “Halal ialah apa yang dihalalkan Allah dalam kitabNya dan Haram ialah apa yang diharamkan dalam ktabNya. Apa yang didiamkan tentangnya maka ia dimaafkan”. [al-Tirmizi 1726, dihukumkan hasan oleh al-Albani]

Pandangan kedua ini dipilih oleh Ahli Majlis Tetap Fatwa Arab Saudi dan Sheikh Uthaimin.

Lihat : [Fatawa alMar’ah al-Muslimah 3/879 dan Majmuk Fatawa Ibn Uthaimin 11/64].

Oleh itu, jika suaminya menyuruh supaya dicukur bulu roma tangan dan kaki, ia wajib melakukannya kecuali sekiranya ia memudaratkannya atau suaminya telah berpuas hati dengan sebab-sebab tidak mahu cukur yang dinyatakan oleh isterinya.

http://islamqa.com/ar/ref/14380

iii) Membuat pembedahan membuang lemak

Harus melakukan pembedahan membuang lemak jika ada keperluan, hajat dan darurat. Sepertimana seseorang itu terlalu gemuk dan memudaratkan.

Namun jika hanya semata-mata untuk kelihatan cantik sahaja dan lemak itu tidak memudaratkan maka ia tidak harus. Adalah lebih baik kita mencari alternative semulajadi untuk mengurangkan lemak seperti bersenam dan sebagainya. Ini kerana dibimbangi termasuk dalam mengubah ciptaan Allah Taala.

http://islamqa.com/ar/ref/121731

iv) Mewarnakan rambut dengan bahan yang bukan inai (pewarna yang ada di pasaran) dan sebagainya.

Ada riwayat daripada Nabi s.a.w. bahawa dilarang mewarnakan rambut dengan warna hitam.

Manakala warna lain, maka tiada riwayat larangan mewarnakannya.
Dalam isu ini, Sheikh Uthaimin r.h pernah ditanya tentang hukum wanita mewarnakan rambutnya dengan warna selain daripada hitam. Jawab Sheikh : “Asal hukum ialah harus melainkan ia sampai ke tahap tashabbuh (menyerupai) dengan orang-orang kafir, jahat dan fasiq. Maka jika da unsur menyerupai, ia adalah haram”. [Majmuk Fatawa al-Sheikh Ibn Uthaimin 11/120]

Di antara perkara yang perlu diingatkan ialah dalam perhiasan kita tidak boleh meniru gaya orang-orang kafir dan fasik. Sabda Nabi s.a.w. : “Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum maka ia tergolong dari kalangan mereka” [Direkodkan Abu Daud 4031 dan ditashihkan oleh al-Albani].

Oleh itu, pada pandangan kami, suasana hari ini menunjukkan mewarnakan rambut adalah budaya orang-orang kafir dan fasik. Menjadi kewajipan kepada kita tidak mengikut budaya seperti itu,
Wallahualam



Seputar Hukum Anak Angkat

Guest

salam ustaz,

kes: satu pasang suami isteri yang sudah berumur, namun belum dikurniakan oleh Allah swt rezki cahaya mata. lalu mereka telah mengambil 2 orang anak angkat (seorang lelaki, dan seorang perempuan), yang mana kedua-dua anak tersebut tiada pertalian darah.

soalah: apakah batasan hukum-hukum yang berkaitan, yang perlu dipatuhi oleh pasangan tersebut, dan kedua anak-anak tersebut?

sekian, terima kasih,
wassalam


JAWAPAN:
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Boleh dirujuk jawapan Ust Zain-Ys:

SJ-12-0083 :Betul ke status mak angkat dan mak kandung sama?

SOALAN:
Boleh ahli panel shahkan terdapat atau tidak di dalam Al-Quran dan Al-hadis yang menyatakan bahawa status ibu angkat dan ibu kandung adalah sama (ada pihak mendakwa terdapat dalam al-quran yang menyatakan ianya sama) , memandangkan ibu angkat tadi yang membesarkannya dari kecil. Jika betul sama statusnya, apa akan jadi dgn hal2 yang berkaitan dgn mahram, pusaka dan sebagainya? Mohon penjelasan lanjut..

JAWAPAN:

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Ibu kandung tetap ibu kandung. Ibu angkat tidak dapat menggantikan kedudukan ibu kandung.

Ibu angkat yang dimaksudkan ialah yang memelihara seseorang dari bayi sehingga dewasa. Ibu angkat ini tetap sebagai wanita ajnabi dari segi hukum jika beliau bukan dari kalangan mahramnya. Dari sudut hukum sama seperti wanita-wanita ajnabi lainnya, samada aurat dsbnya. Tidak boleh mempusakai dsbnya.

Ibu angkat yang memelihara seseorang dari kecil hingga dewasa akan diberi ganjaran oleh Allah kerana kebaikan yang dilakukannya. Tambahan pula jika anak yang dididik itu lahir sebagai manusia yang soleh atau solehah.

Kesimpulannya:

Dari sudut hukum ibu angkat adalah seperti hukum wanita-wanita ajnabi lainnya, antaranya beliau halal dinikahi, tidak boleh mewarisi, aurat dan pergaulan.

zain y.s


Jadi, dalam kes yang saudara sebutkan, apabila kedua-dua anak angkat mereka baligh, hendaklah menjaga batasan aurat dan wajib mengelak daripada khulwah.

Begitu juga antara ayah angkat dengan anak angkat perempuan, dan ibu angkat dengan anak angkat lelaki. Mesti menjaga batasan aurat seperti orang-orang lain.

Bagi menyelelesaikan permasalahan ini, boleh kiranya kedua-dua anak angkat dijadikan sebagai keluarga susuan. Kalau pun ibu angkat tidak boleh menyusukan lagi, mereka boleh dijadikan anak susuan kepada adik-beradiknya, atau anak-anak saudaranya, jika ada yang sedang menyusu.

Jika dilakukan demikian ketika anak-anak angkat masih kecil (2 tahun ke bawah), maka batasan aurat adalah seperti mahram lain.

Wallahu A'lam.



Aurat Perempuan Tua

Guest

Salam

"Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (an-Nur: 60)

boleh sesiapa terangkan pada saya maksud ayat ini?adakah aurat bagi seorang perempuan tua berbeza banding dengan yang lain?


JAWAPAN:
al-jawhar
Panel Feqh

Salam

Untuk menjawab persoalan tersebut , kami rasa jawapan yang diberikan oleh Ustaz Farid Ravi Abdullah yang disiarkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 13 Februari 2009 adalah memadai.

Berikut kami quotekan jawapan al-Fadhil Ustaz....

Aurat wanita putus haid

SOALAN
Saya ingin ustaz jelaskan maksud ayat 60, surah An-Nur yang bermaksud: Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(al-Nur: 60)

Adakah ini bermaksud wanita tua tidak diwajibkan bertutup kepala atau bertudung, kerana mereka sudah beruban dan tidak menarik lagi?

Mengikut pandangan Said bin Jubair dan Muqatil bin Hayyan, Al-Dohhak serta Qatadah: "Mereka (wanita) yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah wanita yang sudah terputus haid dan tidak dapat melahirkan anak kerana usia yang lanjut (menopaus).

"Mereka juga tiada minat dan keinginan untuk berkahwin (tiada nafsu). Maka tiada halangan bagi mereka untuk membuka jilbab (penutup muka), serta membuka jubah berwarna hitam yang biasa disarung pada tubuh selepas memakai jubah bagi tujuan tidak memperlihatkan perhiasan dalaman". (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:3, hlm: 404).

Dijelaskan lagi oleh Ibn Masud dan Mujahid: "Tiada perselisihan di kalangan para ulama mengenai rambut wanita tua, rambut wanita tua tetap tidak boleh dilihat oleh ajnabi (bukan mahram). Hukum berkaitan rambut adalah sama tiada bezanya antara yang perempuan tua dan muda.

"Maka yang diharuskan dalam ayat ini ialah wanita yang sudah tua harus baginya tidak menyelubung dengan kain hitam, dan kedua-dua tangan dan wajah harus dibuka. Ini kerana secara saintifiknya wanita tua tidak berkeinginan dan tidak menjadi perhatian orang lelaki". (Ibn al-'Arabiy, Ahkam al-Quran, jld:3, hlm:419).

Ibn al-'Arabiy melihat bahawa kalimah al-qawaaid yang membawa makna perempuan tua semata-mata tanpa yang lainnya kerana mereka tidak lagi bernafsu. Dalam tafsir al-Tabari, Ibn Jarir r.a menjelaskan bahawa: "wanita tua yang sudah tiada nafsu keinginan kepada hubungan jantina, ketika mana orang lelaki tidak lagi berminat kepada, maka diringankan kaedah menutup aurat keperingkat yang lebih mudah, tujuannya bagi meringankan bebenan yang mungkin memenatkan mereka. (Ibn Jarir al-Tabari, Tafsir al-Tabari).

Dalam ayat yang sama Allah SWT berfirman: Dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, iaitu tidak mendedahkan serta memperlihatkan perhiasan supaya dia dilihat, kerana yang demikian ialah sangat buruk dan sangat jauh dari kebenaran.

Kesimpulannya, wanita yang sudah berumur atau yang sudah lanjut usianya wajib menutup aurat seperti mana wanita yang baligh belum sampai usia tua. Namun Islam memberi sedikit kelonggaran untuk tidak menyelubung badan dan segolongan ulama mengharuskan bagi wanita tua mendedahkan wajah dan kedua tangan. Walaupun demikian sekiranya wanita-wanita tua itu mahu menutup auratnya seperti wanita muda itu adalah lebih baik.

Ini kerana perbuatan menutup aurat bukan untuk sekadar mengawal diri dari terdedah kepada gangguan seksual malahan sebagai tanda tunduk dan patuh kepada kehendak Allah yang menjadi akan segala sesuatu.

Kita rasa pelik ialah wanita di negara kita kebiasaannya di usia remaja hingga menemui usia tua mendedahkan aurat semahu mereka, apabila sudah tua baru terasa dekat dengan Allah SWT.

Manakala syariat Islam melalui sumber rujukannya al-Quran dan al-Sunnah mewajibkan wanita menutup aurat apabila mencapai usia baligh. Dan tidak salah kalau lebih awal daripada itu sebagai satu tarbiah. Kerana ketika mudalah Allah SWT mengurniakan manusia keindahan paras rupa yang menawan, lebih-lebih lagi yang bergelar wanita.

Sebab itulah Allah SWT mengkategorikan wanita sebagai perhiasan dunia yang bisa memporak-perandakan kaum Adam. Dan ada pula wanita yang merasakan dirinya hebat kerana ramai lelaki yang tersungkur dengan kecantikannya.

Seperkara perlu diingat betul-betul iaitu Allah memberi kemudian diuji dengan apa yang diberi untuk melihat tabiat manusia. Adakah dia kenal siapa yang memberinya nikmat tersebut atau dia alpa dengan apa yang dia ada?

Sangat beruntunglah mereka yang sedar bahawa apa yang dimilikinya adalah pinjaman dan setiap yang dipinjamkan perlu dipulangkan kepada tuannya.

WA

Sumber :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_06.htm


Hukum Wanita Menyanyi Koir

mr_al

Assalamualaikum.

Soalan saya seperti berikut:

1) Hukum perempuan menyanyikan lagu koir patriotik di khalayak ramai.

2) Hukum hadirin berdiri sebagai tanda hormat apabila VIP sampai ke sesuatu majlis. ( cth: hadirin diminta berdiri apabila menteri masuk ke dalam dewan majlis).

Sekian, terima kasih. Yellow Confused


JAWAPAN:
al-jawhar
Panel Feqh

Salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Hukum wanita menyanyikan lagu dan apa sahaja bentuk nyanyiian di khalayak ramai yang mana para pendengarnya sudah tentu terdiri dari kalangan lelaki yang bukan mahram adalah jelas iaitu tidak dibolehkan.

Ini kerana para ulama mengatakan bahawa suara wanita yang dilagukan atau dimerdukan adalah termasuk dalam perkara-perkara kecantikan yang tidak boleh dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.Dengan sebab itulah wanita-wanita juga tidak boleh melunak dan memerdukan suaranya apabila bercakap atau berkomunikasi dengan lelaki yang mana ianya boleh membangkitkan syahwat dan rasa ghairah lelaki kepada wanita tersebut.

Firman Allah swt :

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa maka janganlah kamu merendahkan (melembutkan) suaramu sehingga berkeinginan orang yang berpenyakit di hatinya berbuat jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)"

[Al-Ahzab : 32]

Berdasarkan ayat di atas , maka suara wanita yang sengaja dilembutkan dan dimerdukan serta dimanjakan , hukumnya adalah tidak boleh diperdengarkan kepada khalayak lelaki apatah lagi jika ianya boleh membawa kepada fitnah dan membangkitkan nafsu.

Imam Qurtubi menyebut bahawa , kerana suara tersebut akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat

WA

Ruj :
Adwa al-Bayan, 5/10
Tafsir At-Tabari ; 3/22
Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.Bagaimana pula lelaki yang menyanyikan lagu koir patriotik?

Anonymous said...

Juga tidak boleh kerana suara lelaki akan menjadikan wanita berniat jahat dan berpenyakit di hati terutama janda janda yang telah mati laki.

shahida said...

Slot ini yang paling menarik...

Mak saya seorang pengajar koir dan nasyid untuk jabatannya dan kadang2 untuk jabatan lain. Dan saya juga pernah menyertai koir ketika di kolej dulu. Kami masing2 minat pada muzik. Emak hanya akan beri latihan koir atau nasyid bila ada permintaan dari jabatan. Adakah ianya haram atau tidak???

Admin said...

saya rasa hukumnya sangat jelas...

muslimah dilarang mempertontonkan wajah atau suara di hadapan ramai lelaki yang bukan mahram... WA


Kawin Anak Hasil Zina

jihad4u

Benarkah Imam Syafie membenarkan seorang bapa boleh mengahwini anak hasil zinanya??

Sekiranya ya? apakah dalilnya dan adakah ulama mazhab yang lain bersepakat dgn fatwa ni..

harap somebody dpt memjawab kerana ini solan dari Syiah rawafidh..semoga soalan ni dpat dijawb dgn baik..


JAWAPAN:
izrail

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Jumhur Ulama berpendapat seorang penzina tidak boleh mengahwini anak hasil zinanya.

Berkata Imam Syafie:

وَأَكْرَهُ لَهُ فِي الْوَرَعِ أَنْ يَنْكِحَ بَنَاتِ الَّذِي وَلَدَهُ مِنْ زِنًا

" Aku tidak menyukai (makruh dalam warak) baginya berkahwin dengan anak-anak perempuan yang dilahirkan hasil zinanya " (kitab al-Umm: 5/30)

Sebahagian Ulama Syafie menjelaskan, Imam Syafie memberikan hukum makruh jika ada kemungkinan anak itu bukan hasil dari benih penzina tersebut. Tetapi jika telah dipastikan benihnya maka haram baginya berkahwin dengan anak itu. (al-Hawi al-Kabir, al-Muhazzab & syarahnya, Mughni al-Muhtaj)

Ini dikuatkan dengan kenyataan Imam Muzani yang merupakan anak murid Imam Syafie selepas membawa kata-kata beliau di atas:

وَقَدْ كَانَ أَنْكَرَ عَلَى مَنْ قَالَ : يَتَزَوَّجُ ابْنَتَهُ مِنْ زِنًا

" Dan beliau pernah mengingkari kata-kata orang yang membenarkan seorang penzina mengahwini anak hasil zinanya ". (Mukhtasar al-Muzani: 228).

Kesimpulan: Imam Syafie tidak menyukai dan mengingkari pendapat yang membenarkan penzina mengahwini anak hasil zinanya.

Wallahu a3lam

3 comments:

coco30178 said...

Assalamualaikum wbt. Ustaz

Soalan saya:

1) Bagaimana pula hukumnya bagi seorang isteri yang berzina?
Apakah yang harus dilakukan oleh isteri itu selain daripada taubat nasuha? Dan sekiranya si isteri pergi menunaikan fardu haji bersama2 dgn suaminya (si suami mengetahui perbuatan isterinya dan memaafkan) Adakah segala dosa isterinya terampun?

2) Berkenaan fidyah.
Adakah fidyah tetap dikenakan walaupun dia telah mengantikan puasa (yang disebabkan uzur di bulan ramadhan), tetapi puasa yang digantikan tidak dibuat pada tahun yang sama?.
Berapakah jumlah yang perlu dibayar daripada umur baligh, iaitu 12 tahun sehingga sekarang 32 tahun?

3) Berkenaan Kifarah.
Bagaimana pula hukumnya bagi seseorang yang khuatir tidak dapat melakukan puasa 2 bulan berturut2? Bolehkah dia terus memberi makan 60org fakir miskin?.
Bagaimana pula perkiraannya kifarahnya sekiranya dia tidak dapat mengingati berapa hari yang ditinggalkan dgn sengaja didalam bulan ramadhan bagi tempoh 5tahun? Berapakah yang perlu dibayar bagi tempoh tersebut?

Diharap dapat penjelasan daripada pihak ustaz. Terima kasih.

Admin said...

W'salam

1. Pengakuan berzina sangat merbahaya, jika negara yang menjalankan hukum syarak, hukumannya adalah rejam sampai mati (harus didiamkan dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat).

Bertaubat dengan sebenar-benar taubat, Allah telah memberi jaminan akan diampunkan.

Fardu haji satu kewajiban apalah lagi stelah melakukan dosa besar.

Suami yang dayus tidak melakukan sesuatu juga dilaknat oleh Allah... dalam masa yang sama jika suami memaafkan diikuti dengan taubat adalah juga diterima disisi syarak mengikut dalam alQuran 3:135.

sila baca http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2008/12/isteri-mengaku-pernah-berzina.html.

sila rujuk jawapan untuk 2 dan 3 di http://www.soaljawabpuasa.co.cc/. Mohon maaf kerana kesuntukan masa malam2 bulan Ramadhan.

coco30178 said...

Terima Kasih ustaz atas jawapan yang diberikan.

Minta maaf ustaz, bagi jawapan 2&3 attachment yang diberikan hanya merujuk kpd puasa sunat, ia tidak ada penjelasan berkenaan fidyah & kifarah. Ada dimana2 yang bole saya refer?


Sifat Mani Wanita

anakMINANG04

Salam

Moga kita dirahmati Allah,

Merujuk kepada persoalan dan jawapan di
SJ-08-0032 : Asmaradana Di Siang Ramadhan [rating 18SX]
Soalan3) bagaimana hukum puasa si isteri dan suami jika keluar air dari kemaluan semasa berasmaradana (muqaddimah persetubuhan)??

Jawapan
3) jika hasil dari mubasyarah (foreplay) itu mengeluarkan mazi, maka puasanya tidak apa-apa. jika keluar mani, maka yang keluar mani itu telah batal puasanya. Ini kerana keluar mani membatalkan puasa (Imam Nawawi, ibid)

Persoalannya...

1) Bagaimanakah yang dikatakan air mani wanita???...adakah pada keghairahannya???

2) Jika air mani wanita itu ada atau terkeluar....sudah pasti puasanya batal....adakah wanita atau isteri tersebut kena kaffarah puasanya atau sekadar qadha puasa jer???sbb tak berlaku persetubuhan hanya muqaddimah jer...

Mohon pencerahan

JAWAPAN:
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وبعد


1) Bagaimanakah yang dikatakan air mani wanita???...adakah pada keghairahannya???

Ulama menyebut ciri-ciri mani, iaitu yg ada salah satu daripada tiga;
1) bau yg kurang enak. masa cair, baunya seperti tepung diuli, dan masa kering baunya spt putih telur.
2) keluar dengan memancut.
3) keluar dengan syahwat, dan selepas itu badan terasa lemah.

(bagi yg wanita: agak cair dan warnanya kekuningan).

Dinukilkan daripada kebanyakan ulama ketiga2 sifat di atas adalah pada mani lelaki dan juga wanita. dan ada fuqaha yg kata: mani wanita hanya dikenali dengan ciri no: 3 sahaja.

rujukan: Fathul Aziz 2/121, majmuk nawawi 2/141, syarah mumti' Uthaimin 1/277-278.


2) Jika air mani wanita itu ada atau terkeluar....sudah pasti puasanya batal..


jika terkeluar mani samada lelaki atau wanita dengan cara mubasyarah, maka batal puasa. ini pendapat keempat2 mazhab. Dalilnya:

1) Ada hadis sahih menyebut ttg puasa, iaitu: "Meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya kerana Aku (Allah)". Bukhari 2/670.

2) Qiyas kepada muntah dengan sengaja. sebagaimana muntah melemahkan badan kerana makanan keluar, begitu juga mani melemahkan badan apabila keluar. maka sengaja mengeluarkannya membatalkan puasa.

-diceduk drpd syarah syeikh muhammad al-syanqiti hafizahullah.


adakah wanita atau isteri tersebut kena kaffarah puasanya atau sekadar qadha puasa jer???sbb tak berlaku persetubuhan hanya muqaddimah jer...

Kaffarah hanya dikenakan dalam permasalahan jimak. manakala mubasyarah, dan seumpamanya TIDAK mewajibkan kaffarah sekalipun sehingga keluar mani.

Kecuali anda memilih pandangan yg mewajibkan kaffarah jika berbuka puasa dengan apa cara sekalipun, hatta makan dan minum.

2 comments:

Anonymous said...

asalamualaikum...ustaz, sy nk tnye..macm mane kalau xtahu nak bezakan air mani dan air mazi??
kalau x tahu, ape hukumnya..adakah berdosa, sepanjang mase sy xtahu tu?

mdsaf_kyo said...

wa'alaikummussalam, saya bukan ustaz, tetapi tahu juga serba sedikit permasalahan saudara anonim...

sekiranya kita tidak tahu membezakan secara dzat air mani tersebut (laki/perempuan), maka ambil istilah sifat fizikal laki/perempuan tersebut iaitu

3) keluar dengan syahwat, dan selepas itu badan terasa lemah.

ada juga tambhaan setelah keluarnya air tersebut, nafsu akan hilang (hilang syahwat)

Allah maha pengampun atas kelemahan manusia, tidak mengapa kerana tidak tahu. tetapi setelah mengetahui, hendaklah kita laksanakan seperti kehendak Allah.

Wallahua'lam...



Lelaki Yang Menolong Wanita Yang Ada Masalah Rumahtangga

roseismawar

assalamualaikum,

Bolehkah seorang lelaki menolong wanita(isteri orang) yang ada masalah rumahtangga dengan suaminya dengan cara berchatting, bersms dan bertelefon? dalam niatnya yang ingin menolong itu, bolehkah dia juga turut bertukar2 gambar dengan wanita tadi? suami wanita tadi seorang yang kuat cemburu, menyebabkan dia juga menipu suaminya tentang hubungannya dengan si lelaki yang ingin menolong tadi, begitu juga si lelaki turut menipu isterinya kerana mahu menjaga hati isterinya agar tidak cemburu hubungannya dengan wanita tersebut. adakah niat lelaki tadi membolehkan dia meneruskan persahabatn dengan wanita tersebut? atau adakah cara lain untuk menolong wanita tadi?contoh yang si lelaki tolong ialah bagi nasihat, bertanya khabar, bagi sokongan,berkongsi sikit2 masalah dan tip rumahtangga. tapi sekiranya si wanita tadi bercerai dengan suaminya, dia juga ada keinginan untuk mengahwini wanita tersebut.

mohon penjelasan dari ustaz.


JAWAPAN:

Abu_syu'aib
Panel Feqh

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

Kepada yang bertanya, Nasihat saya kepada permasalahan seperti ini pertama takutlah kepada Allah s.w.t. apabila perasaan takut itu ada maka dia tidak akan mendekati sesuatu perkara yang tidak memberi manfaat kepadanya atau menjauhkan perkara yang boleh memberi mudarat kepada dirinya sendiri.

Kedua: Membantu orang lain suatu perkara yang mulia disisi agama. tetapi ianya menjadi suatu dosa sekiranya ada perkara-perkara yang tidak sepatutnya dia lakukan.

إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرء ما نوى

Setiap perbuatan itu dengan niat, dan setiap seseorang itu dikira dengan apa yang diniatkan.

Jika pertolongan berniat kerana Allah maka ia diganjari dan sebaliknya jika kerana yang lain, dia akan dapat apa yang diniatkannya.

dalam kes yang diceritakan di atas matlamatnya bagus tetapi caranya telah menyimpang dari jalan yang sebenar. maka secara ringkasnya

1- mengapa si wanita tersebut tidak mendapatkan nasihat dari pihak yang sepatutnya (kawan-kawan dan sahabt wanita, kaunselor dan sebagainya)?

2- apa perlunya wanita tersebut memberikan gambar, bersms dan bertelefon? maksudnya dia telah melebihi keperluan yang dia kehendaki.

3- tidakkah dia memikirkan kerana perbuatannya itu boleh mengundang perkara-perkara yang tidak diingininya oleh kerana dia telah mengetahui suaminya yang kuat cemburu?

4- Tidakkah dia juga memikirkan bahawa lelaki tersebut juga telah mempunyai isteri. kerana dia sebagai seorang wanita sekiranya suaminya melakukan perkara yang sama kepada perempuan lain tentu sahaja dia tidak menyukainya.

5- kesemua ini berlaku kerana anda sendiri telah memberikan jawapannya diakhir soalan anda...sekiranya wanita tadi diceraikan oleh suaminya maka si lelaki tersebut berkeinginan untuk mengahwininya...

inilah penyakit dalam masyarakat kita, yang mana Islam telah melarang dengan secara serius IHKTILAT dikalangan lelaki dan perempuan. oleh kerana manusia ini degil dengan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH berlaku lah apa yang telah berlaku.

Tetapi masyarakat kita jika kita membangkitkan isu IHKTILAT ini (percampuran lelaki dan wanita) maka dituduh kita ini kolot, tidak berpijak pada realiti..tetapi apa yang telah ditentukan ISLAM itulah penawar kepada masalah yang berlaku.

Kesimpulannya Perbuatan wanita dan lelaki tersebut yang pada mulanya untuk menasihat dan meminta nasihat akhirnya mengundang kepada perbuatan yang jelas HARAM disisi syariat iaitu melakukan chatting, sms dan bertelefon dan sehingga tahap meminta gambar wanita, sedangkan wanita tersebut merupakan isteri kepada orang lain.

WAHAI PARA WANITA ketahuilah HIJAB bukan sekadar memakai tudung dan menutup aurat dihadapan lelaki yang bukan Mahram kemudian anda boleh buat apa yang anda suka dengan bersembang dan bergelak ketawa tanpa faedah dihadapan lelaki yang bukan Mahram . sebab itu diantara maksud HIJAB ialah wanita duduk di dalam rumahnya, maksudnya tidak berhubung dengan lelaki lain yang bukan mahram dengan sesuka hati tanpa batasan.

kemudian wanita tadi telah berdosa kepada suaminya kerana berhubung dengan lelaki lain dengan bersms, berchatting, bertelefon, memberi gambar kepada lelaki lain walaupun alasannya untuk meminta nasihat.....

ingatlah SYAITAN sentiasa berada disisi anak ADAM dan menusup masuk kedalam setiap perbuatan dan tindakannya.

Akhirnya KEMBALILAH KEPADA PENGAJRAN AL-QURAN DAN SUNNAH NABI S.A.W.

wallahu a'lam

3 comments:

hamidah said...

itu lah kebanyakan manusia mudah lupa diri, adapun matlamat menghalalkan cara jika tahu perbuatan itu ttp salah. berusaha dan doa kepada Allah utk tidak menurut keinginan berpandukan hawanafsu semata-mata.

Anonymous said...

terlalu banyak perkara sebegini terjadi sekarang. Alasannya tidak bahagia, lalu mencari bahagia itu di luar rumah. Walhal bahagia itu menunggu di rumah, tinggal saja mengusahakannya bersama pasangan. Kedengaran mudah tapi sukar, itu yang menjadikannya manis jika benar2 berusaha.

Anonymous said...

HIDUP MESTI ADA MATLAMAT, PEGANGAN AGAMA. TAKUTLAH KEPADA ALLAH.


Solat Berkemban

Solat berkemban

Soalan:

Bolehkah seorang wanita mendirikan solat dengan berkemban kain batik, lalu menyarung telekung? Ia dalam suasana bersendirian di dalam biliknya.

Ruziana, Butterworth, Pulau Pinang.


Jawapan:

Seorang wanita hendaklah menutup auratnya ketika mendirikan solat. Memakai telekung dapat menutup aurat daripada bahagian rambut di kepala sehinggalah ke pertengahan badannya. Akan tetapi perlu juga diperhatikan kedudukan kaki sebagai aurat kerana lazimnya berkemban dengan kain batik hanya menutupi hingga ke pertengahan betis. Selain itu, berkemban lazimnya akan menampakkan bentuk badan padahal di antara syarat menutup aurat ialah memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan.

Ada pun faktor bersendirian di dalam bilik, maka hendaklah disedari bahawa berpakaian bukan sahaja merupakan etika sesama manusia tetapi juga etika seorang hamba yang sedang menghadap tuhannya. Poin terakhir ini menyebabkan kita tidak membezakan suasana bersendirian atau di khalayak ramai dalam berpakaian ketika melaksanakan ibadah.



Ikhtikaf dan Sujud Ketika Haid

Al-Munir

salam..

1. apakah hukum bagi wanita haid beriktikaf di dalam masjid?

2. Perlukah kita berwuduk dan suci dr hadas ketika hendak melakukan sujud di luar solat, spt sujud tilawah dan sujud syukur..

wassalam, barakkallahufiekum

************
thtl

Wassalam

alJawab:

1) Wanita haidh tidak dibolehkah i'tikaf menurut madzhab muktabar yang empat. Manakala fiqh Salafiyah (Syaikhul Islam Ibn Taymiyah) juga tidak membolehkan wanita haidh i'tikaf kerana i'tikaf mesti dikembarkan dengan Puasa. Maka oleh kerana wanita haidh tidak boleh berpuasa, maka i'tikaf tidak bermakna jika tidak didahului dengan puasa. (al-Albani, Qiyam ramadhan almubarak)

2) Apakah suci menjadi syarat sujud syukur atau sujud tilawah: di sini terdapat dua pendapat. madzhab Syafi'iy menetapkan suci (wudhu') di syaratkan. Mereka menggunakan dalil hadith Muslim, " Allah tidak menerima solat tanpa bersuci" Madzhab Syafi'iy menisbahkan sujud tersebut sebagian dari solat. Ia diperkuat oleh Imam Ibn Abdil Barr (alkafi, 1/262)

Pendapat kedua ialah madzhab Hanbali dan Maliki dan ahli tahqiq seperti Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (majmu Fatawa 23/ ms 169, cetakan Riyadh), muridnya Ibn Qayyim dan ulama-ulama Tanah Haram yang diketuai oleh almarhum Syaikh alMuhaddith Abdullah ben Baz. mereka membantah sujud syukur dan sujud tilawah sebagai solat. Allah lebih mengetahui dalam hal yang khilaf.




Status Nikah Wanita Yang Tiada Dara

Apa hukum nya jika perempuan itu yg tidak dara lagi tentang soal keputusan untuk kawin ? ada kah keputusan kawin itu masih di tangan nya kerana tidak dara lagi sama seperti Janda, atau keputusan itu di tangan nya mengikut hukum islam?

*************
thtl
Founder

al-Jawab:

perempuan hilang dara ada dua hukum:

Ia isu khilafiah kerana nas-nasnya adalah kabur.

1. hilang dara yg bukan disengajakan, misalnya aktif bersukan, tercucuk jari sendiri, rawatan perubatan atau kerasnya darah haidh. Jumhur menetapkan perempuan ini masih dlm hukum perawan

2. hilang dara kerana perzinaan, menurut Syafi'iy dan Hanbali, sebahagian Hanafiah (Abu Yusof), ia hilang status dara dan menjadi janda.

Pendapat Imam Abu hanifah, ia masih berstatus dara jika perzinaannya tidak diketahui umum, menjadi janda jika ia diketahui umum atau dikenakan hukum hadd. Malikiah, ia tetap berstatus dara.

Pendapat yang rajih menurut Majlis /Rumah Fatwa Mesir ialah madzhab Hanafi
[Ref: Imam arRimli, Nihayah al-Muhtaj (4/225)

sekian

****************
Tiada Dara Malam Pertama

Soalan: Apa yang perlu dilakukan oleh seorang suami jika dia mendapati pada malam perkahwinan bahawa isterinya tidak dara kerana tiada darah.

Dijawab oleh Sheikh Salman al-Oadah

Tiada darah pada malam pertama bukanlah petanda hilang dara (kesucian), apatah lagi Syariah Islam tidak menyatakan sedemikian.

Terdapat banyak sebab mengapa seorang perempuan tidak berdarah. Terdapat beberapa peratus perempuan yang tidak berdarah langsung. Sesetengah perempuan berdarah sangat sedikit sehingga sukar dikenalpasti. Sebahagian wanita lain mungkin mengalami kemalangan minor semasa usia kecil atau terjatuh sehingga mengoyakkan hymen (selaput dara) dan menyebabkan dia tidak berdarah ketika dewasa, dan mereka tidak tahu yang kemalangan itu telah menyebabkan hal sedemikian. Apatah lagi mengangkat objek berat, berlari, atau melompat boleh menyebabkan hymen koyak. Sebahagian perempuan pula terkoyak hymennya kerana sentuhan sendiri.

Bagi sebahagian wanita pula, hymennya tidak koyak sehinggalah dia melahirkan anak.

Kita mestilah mengetahui bahawa keteguhan iman dan kesucian adalah ciri-ciri penting bagi seorang wanita dan ianya tidak tertakluk sama ada hymen (selaput dara) itu wujud atau tidak.

ALLAH s.w.t. menyifatkan wanita beriman sebegini sebagaimana demikian;

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ

“Maka wanita yang Soleh, ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka)”

(Sûrah al-Nisâ’: 34)

Sumber : dialihbahasa dari islamtoday.com

Dipetik dari fiqhmedic.wordpress.co...m-pertama/


comments:

sexy said...

Tiada darah malam pertama.
sebelum nikah tidak buat solat hajat, taubat & istiqarah?
lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
orang yang berzina terdedah kepada penyakit (emosi seperti rasa berdosa/kotor walaupun bertaubat, fizikal seperti siplis, hiv/aids dll(mungkin terkena kepada perogol/yang diperkosa).
suami berhak untuk bertanya & membuat keputusan. pun isteri juga berhak untuk bertanya adakah suami masih teruna dan menafikan sehingga mati bahawa dia masih dara & membuat pilihan/keputusan. bertanya @ tidak, akan memberi kesan kepada perhubungan. jika isteri membuat pengakuan sedangkan dia bertaubat @ diperkosa, adakah suami tidak akan teringat/mengungkit perkara tersebut satu hari nanti/merasa berhak untuk mencari isteri yang berstatus dara kerana isteri yang ada sekarang begitu..?
solat taubat, hajat, istiqarah. insya Allah.

Anonymous said...

aku bakal berkahwin dengan isteri aku yg hilang dara. aku pulak pernah main dengan bini orang.. so, apa aku patut terima dia. please tolong aku. adakah aku bhagia dgn dia kelak.

Anonymous said...

aq nga bcnte ngn sum1 yg mmg aq love gle,xd org len lam idup aq.tp dy ckp ngn aq,lau mlm prtma nt,aq xd dara,dye akn tglkn aq stat ms 2.ptt kah aq truskn hbgn ni?sb aq da xd dara pnh tlanjur dl,dye xtau.cmne ni..aq xsgp khlgn dye..T_T

Anonymous said...

salam..saya pernah dicabul oleh datuk saya sewaktu berumur 7 tahun..adakah saya masih mpunyai dara? seingat saya, seluar saya mpunyai kesan darah dan rasa sakit di bahgian kemaluan.. saya bakal berkahwin dan jika benar dara saya telah hilang, saya tidak dapat mbayangkan bagaimana penerimaan bakal suami saya nanti.. saya stress dan takut akan memalukan ahli keluarga saya..tolong beri pandangan...adakah saya perlu mhentikan pernikahan saya ini kerana saya rasa mcm tidak layak untuk sesiapa pn di dunia ini....... tolong....

Anonymous said...

aku dah berkahwin tp selalu wat projek dengan awek aku yg kini dh bergelar isteri orang..so perlukah aku minta ampun pada suami dia.bagaimana klu aku mati dulu sebelum minta ampun kat suami dia.

Admin said...

nauzubillah semoga kita dihindari dari melakukan perkara ini... takutlah kepada Allah...

kalau kamu minta ampun pada suami siperempuan bermakna kamu mengaku telah melakukan "zina", kalau iktu hukum islam bakal jadi jandalah isteri kamu...

bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat jangan diulangi kerja jijik itu... begitu juga dengan siisteri orang tersebut simpanlah rahsia ini... pohon keampunan Allah dengan sebenar-benar sesalan, perbanyakkan amalan sunat dan bersedekah kepada fakir miskin, Insyaallah dosa-dosa akan diampunkan.

jika salah seorang kamu mengaku, tak perlu saksi hukumnya rejam sampai mati...

Anonymous said...

Tiada darah pada malam pertama tidak bermaksud tiada dara. Pasangan bertanya pada malam pertama, kenapa saya tidak berdarah? Saya mula merasa dia tidak percayakan saya sedangkan saya memang seorang dara! Alhamdulillah dia dapat memahami dan menerima keadaan ini (tiada darah) setelah saya cerita ini berkemungkinan pada masa lalu saya seorang perempuan yang terlampau aktif dengan bermacam2 aktiviti sekolah.

Kepada para lelaki, janganlah kamu bertindak melulu tanpa siasat terlebih dahulu. Jangan jadikan seorang perempuan yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan. Terimalah mereka walaupun pada malam pertama, mereka tidak berdarah. Jikalau memang wanita tersebut sudah tiada dara (mengaku), fikir masak2. Ada wanita yang menyesal & sudah bertaubat atas kejadian masa lalu. Berilah peluang & tolonglah mereka ini dari terus berada di jalan yang salah. Menikahi mereka adalah salah satu cara untuk mengelak mereka dari terus melakukan dosa.


Apa Beza Merwarna Dengan Menginai Rambut

Apa beza mewarna rambut dan menginai rambut. Saya perna menegur seseorang bahawa mewarna rambut adalah haram tetapi dia jawab dia tak mewarna tetapi inai.

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr zali dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebenarnya, adalah menjadi sunnah mewarna rambut yang telah beruban. Jumhur ulama’ yang melarang mewarnakan rambut dengan warna hitam (warna lain dibenarkan) dan ada dikalangan ulama’ yang memakruhkannya (warna hitam) sahaja. Dalilnya :-

Hadith dari Jaabir ibn Abdullah ra bahawa Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Sidiq telah dibawa kepada Nabi untuk melakukan sumpah dan rambutnya keseluruhan berwarna putih. Baginda saw bersabda :

غيِّروا هذا الشيب وجنِّبوه السواد
“Tukarlah rambut beruban ini, dan elakkan dari warna hitam” [Hadith riwayat Muslim #2102].

Dari Abu Hurairah ra., bahawa nabi saw bersabda :

إنَّ اليهود والنصارى لا يصبغون فخالفوهم
“Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut mereka, maka berbezalah dengan mereka” [Hadith Riwayat al-Bukhaari #3275, Muslim #2103]

Beza menginai dan mewarna :- Inai (Henna / الحناء) merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut. Katam (الكتم) iaitu sejenis tumbuhan2 dari Yemen juga digunakan sebagai bahan pewarna bersama2 dengan Henna / Inai. Sabda Nabi saw :

إن أحسن ما غيرتم به الشيب الحناء والكتم
“Sebaik2 benda bagi menukar rambut beruban adalah Henna dan Katam” [Hadith riwayat al-Tirmudzi #1753, Abu Daud #4205, Ibn Maajah #3622].

Mewarna pula adalah perbuatan mewarnakan rambut dengan menggunakan bahan pewarna seperti Inai (Henna) dan Katam. WA.

dari alfikrah.net

3 comments:

Anonymous said...

apakah hukum menginai rambut bagi perempuan untuk suami???

Anonymous said...

saya ingin menginai rambut...namun saya masih ragu ragu....adakah menginai rambut itu dosa...bagi saya yg berumur 14 tahun.apakah syarat yang perlu saya tahu....

Admin said...

inai rambut tak salah, yang salah wanita yang memperagakan rambut depan ajnabi. Tak salah inai rambut warna hitam untuk suami. (Orang muda boleh guna warna hitam,orang tua tidak dibenarkan warna hitam warna merah inai digalakkan).

Mewarna rambut di sini bukannya maksudnya untuk menyerupai atau meniru gaya dari barat.


Suami Isteri Berlainan Mazhab

suami saya bermahzab hanafi manakala saya bermahzab shafi’ee. disebabkan saya ni biasa pakai stokin keluar rumah (sebelum kahwin) so rasa janggal bila setelah berkahwin, suami cakap tak payah pakai pun takpe kerana menurut mahzab beliau ia bukan dikira aurat. (suami orang kashmir). dan solat mereka sah (wanita) yang tidak pakai stokin. soalan saya, selepas berkahwin saya perlu ikut ‘urf mereka atau tidak? dalam masalah yang lain, saya pernah berimamkan beliau dalam solat subuh dan dia tak baca qunut. bagaimana ya

********************

Protaz THTL Alfikrah.net

Lompat madzhab bukan spt lompat parti (dari PKR kepad UMNO), ini kerana lompat madzhab tidak melibatkan apa-apa prinsip, madzhab fiqih sunni berbeda dari sudut rantingan shj. Lagipun orang awam sebenarnya tidak bermadzhab, bahkan mereka bertaqlid dan tqlid boleh dilakukan kepada mana-mana madzhab yg besar dan established.

Bila anda menikahi lelaki hanafi, maka madzhab anda sekarang ialah Hanafi, kerana bila anda menyintai tubuhnya, maka cintailah madzhabnya juga.

Utk lebih bahgia, jika anda berdua memilih madzhab yg lebih luas, madzhab AQ dan as-Sunnah, kerana anda akan berada dalam alam fiqih yg lebih luas dan anda akan beramal dgn penuh keyakinan.

Jika anda ingin kekal bertaqlid, maka pindahlah madzhab suami anda.
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*

No comments:

Post a Comment