Monday, May 30, 2011

Soal Jawab Wanita Dan Keluarga 7

Dilema: Antara Suami Dan Ibu

Saya seorang perempuan berumur 30 tahun. sudah mendirikan rumahtangga sejak tiga tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan. saya selalu dengar tentang keluhan para isteri yg tidak puas hati dengan tindak tanduk mak mertua masing2. tapi utk kes saya ini lain.

sekarang ini saya & suami serta anak tinggal dirumah emak saya sejak 2 tahun selepas bapa saya meninggaldunia. tujuan saya memutuskan utk tinggal bersama emak saya kerana hendak menemani emak kerana dia tinggal seorg memandangkan kakak tinggal dirumah lain bersama suami dan adik lelaki tinggal di subang.

saya tahu saya sebagai seorang anak mesti membantu, mentaati, melayani emak sebaik mungkin, mungkin saya ade buat silap kpd mak saya sbb saya tahu yg saya tak perfect, hanya manusia biasa. tetapi, mak saya masih tak puas hati dengan layanan saya terhadap dia. dia ckp yg saya ni sayang suami lebih dari dia (cara dia ckp mcm sy tak pedulikan die & mcm mendera dia). selain daripada itu,bila saya britau die saya hendak balik kampung suami saya, dia tak setuju sbb membuang duit dan lebih afdal kalau balik pada hari raya shj. dan semalam, baru je terjadi lagi pergaduhan hanya kerana cara saya mendengar perbualan dia. dia ckp kalau dia bercerita dgn saya, saya seperti tidak mendengar dgn betul & tidak pandangnyer. padahal mmg saya dengar & dia berada di hadapan saya, cuma mata saya ke tv. pastu, dia ckp bila saya berbual ngan suami saya, saya siap pandang belakang mengadap suami saya.

jadi soalannye ialah

1. syurga anak perempuan yg berkahwin terletak di mana? di bawah ibunya atau suaminya?

2. emak saya menuduh suami saya menceritakan hal tak elok tentang dia (emak) kat sepupu suami, padahal tidak. ini terjadi bila emak menjemput sepupu masuk ke rumah, dan sepupu menolaknye kerana hanya hendak berbual di luar rumah & mungkin taknk menyusahkan mak sya. jd ape hukumnye jika seorang emak menuduh anak & menantunye tanpa selidik?

3. dengan siapakah perlu saya ikut ckp terlbih dahulu, emak atau suami.

4. siapakah lebih afdal menjaga emaknya? anak lelaki atau perempuan?

5. selama saya tinggal dgn emak, saya telah byk mengendahkan suami saya kerana hendak memenuhi keperluan emak, tetapi emak saya tetap mgatakan saya ni anak yg teruk. dan adakah saya berdosa sekirenya saya mengabaikan tanggungjawab saya sbg seorg isteri utk melayan sepenuhnye kpd emak? kiranya saya terpaksa mendahului emak, baru suami.

6. adakah saya menderhaka kpd emak, jika dia(emak) menuduh suami saya & saya mempertahankan kerana ia tidak benar? sbb dia akan ckp yg saya melawan dia. bagi saya, saya cuma mempertahankan suami saya.

7. benarkah seorg emak boleh ckp ape saje benda tak baik kat anak, tetapi emak tidak mendapat dosa?

itu sahaja. saya harap akan mendapat jawapan dgn detail lagi. insyaAllah sy akan ikut nasihat ustaz.

hubungan dengan emak saya kira ok tetapi kadang2 kami sering berselisihan pendapat shingga menjadi pergaduhan. dan emak kecewa dgn jawapan yg saya beri jika dia bertanya sehingga dia mengatakan saya melawan ckp dia. bagi saya, sebagai serorg berumur 30, saya hanya meluahkan pendapat saya.

contohnya, emak tidak setuju suami saya bekerja menjual kereta, tetapi saya cuma katakan yg itu shj offer yg suami dpt dan tiada offer lain lagi. tapi dia tak puas hati sbb bg dia ade byk lg peluang pekerjaan. tapi saya masih ckp tiada peluang pekerjaan lain, sudah hantar byk resume, tapi cuma itu je yg dpt. lepas tu timbul le rase tak puas hati emak terhadap suami saya. dia ckp dia tak berkenan kt suami sya sejak dari zaman saya berkawan. then dia ckp kenapa cari suami mcm tu ler, dia lebih berkenan dgn sorg lelaki ni. saya ckp, kalau dh jodoh nk buat mcm mana. then dia ckp jodoh lain, ini lain. dengan perkara2 mcm ini yg membuat emak saya ckp anak2 dia melawan ckpnya. saya tak paham.

lepas je bergaduh, emak saya ckp yg dia doakan bahawa anak2 saya akan melawan saya suati hari nanti. saya tahu, anak akan berbuat demikian, tapi bagi saya tak perlu lah berdoa seperti begitu utk cucu2nya. dan dia juga berdoa agar anak saya dpt suami seperti menantu lelaki (yg tidak digermari) supaya saya rase ape yg dia rasa. bagi saya, seorg ibu mesti sentiasa doa kebaikan utk anak2 walaupun anak tu menderhaka. tapi emak saya membuat demikian sbb kecewa dgn saya.

jd ape perlu saya buat? adakah saya perlu berdiam sahaja tanpa memberi pendapat saya?

***********************
al-jawhar
Panel Feqh

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Jawapan kepada keseluruhan persoalan di atas secara ringkasnya adalah seperti berikut :

Secara umumnya Islam meletakkan hak suami sebagai perkara yang wajib dilaksanakan serta didahului berbanding dengan memenuhi keperluan dirinya (isteri) sendiri dan juga ibu dan bapanya , selagi mana ianya bukan kepada perkara-perkara yang dilarang atau maksiat kepada Allah swt.

Sabda Rasulullah saw , maksudnya :

Sekiranya Aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain , nescaya aku akan menyuruh si isteri untuk sujud kepada suaminya.
(Hadis Sahih riwayat Abu Daud dalam Kitab an-Nikah bab 41 , Tirmizi no : 1159 , Ahmad : 4/381 dan Al-Hakim : 2/187.Ianya disahihkan serta dipersetujui oleh Az-Zahabi)

Malah dalam satu riwayat lain , Nabi saw bersabda dengan maksudnya :

Demi diriku dalam genggaman-Nya , seseorang perempuan itu tidak dikatakan telah menunaikan hak Tuhannya melainkan setelah ia menunaikan terlebih dahulu hak suaminya.
(HR al-Baihaqi dalam al-Kubra : 29207)

Walaubagaimana pun si isteri tetap dibolehkan untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada kedua ibu dan bapanya selagi mana ianya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suaminya. Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Isra ayat 23 :

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.

Apabila berlaku pertembungan antara hak atau kewajipan kepada suami dengan hak atau kewajipan kepada ibu dan ayah , maka si isteri diwajibkan untuk mendahulukan tanggungjawab dan kewajipan kepada suaminya terlebih dahulu.

Pada ketika itu si isteri hendaklah melakukan pendekatan yang berhikmah dengan cara bersikap lemah lembut dan memohon maaf kepada ibu atau ayahnya kerana tidak dapat mendahulukan kehendaknya tanpa memutuskan tali silaturrahim antara ibu bapa dan anak.

Buatlah yang terbaik agar kepentingan suami dan ibu Puan dapat dijaga dengan baik dan sempurna. Selalulah berbincang dengan suami agar dapat bertolak ansur dan bersabar dengan kerenah dan ragam ibu Puan tersebut agar ikatan kekeluargaan tidak rosak dan terputus.

WA

1 comments:

Anonymous said...

Salam..

Suami saya berkerja di luar negara dan buat sementara waktu saya tinggal bersama ibubapa dan keluarga di Malaysia. tetapi saya di dalam dilema.
Suami perlukan saya di sisi. Tapi saya serba salah di antara suami dan keluarga kerana di dalam keluarga,antara adik dan abg saya yg banyak menolong ibu dlm hal kerja rumah dan sebagainya. Saya hendak menjaga ibubapa. tetapi dlm masa yg sama suami perlukan saya di sisi.
Apa yg perlu saya lakukan?

Salam.



Kahwin campur, kenduri kahwin & persandingan

Salam

1) Saya pernah terdengar kononnya Nabi saw ada menasihati (lebih kepada galakan sahaja) supaya muslim berkahwin campur etnik, kerana lebih luas jarak bangsa antara pasangan suami isteri tu, lebih baik..

Benarkah ada hadith sedemikian?

2) SS Dr MAZA ada menyebut kita dilarang atau sebaiknya tidak menghadiri majlis kenduri yang berkasta, terutamanya jenis yang ajak orang2 kaya/elit dan meminggirkan golongan miskin. Bagaimana dengan situasi masyarakat hari ini yang menyediakan meja VIP dalam majlis2 mereka? Perlu diboikot juga ke? Bagaimana pula dengan yang ada nyanyian karaoke bercampur mahram?

3) Si lelaki ni mahu berkahwin secara sederhana, tetapi ibubapanya mahu buat secara grand (memandangkan mereka mampu) sehingga ada unsur pembaziran, bersanding, etc. Sudah letih dinasihati, tetapi mereka tetap berkeras Yellow Evil . Adakah si anak ni perlu akur dengan majlis sedemikian demi tuntutan ibubapa dan tak mahu jadi kurang ajor?

4) Banyak terdapat iklan kursus bertajuk ~ 'Nikah & Cerai'; 'Nikah, Cerai & Rujuk', dsb. Tidakkah ini akan mengakibatkan salah faham di kalangan non-muslim bahawa mereka akan menyangka "kalau dah nikah, kena ada cerailah.." atau " muslim ni kawin, pastu cerai" atau seumpamanya? Memanglah bab cerai tu penting, tapi apa salahnya kalau disebut perkataan 'Nikah' sahaja, lepas tu bila sessi dah bermula, nak cerita bab cerai, ceritalah sesama peserta sahaja, viz. tak perlu dijaja perkataan 'cerai' tu dalam public. Apa pendapat tuan2 panel?

5) Adalah HARAM mendatangi isteri melalui duburnya. Adakah larangan ini terhad kepada kemaluan si suami sahaja? Bagaimana kalau dia menggunakan jari atau alatan, selagi ianya selamat dan si isteri merasa kepuasan dari situ?

Maaf jika soalan melampau

*********************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Setakat yang kami ketahui, tidak ada nas yang menggalakkan berkahwin dengan pasangan berlainan bangsa. Cuma sesetengah fuqaha menggalakkan agar berkahwin dengan pasangan yang tidak ada hubungan kekeluargaan kerana melihat beberapa maslahah. Walaubagaimanapun, tidak ada larangan daripada syarak.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berkahwin dengan Zainab Binti Jahsy, iaitu sepupu baginda. Dan baginda mengahwinkan Fatimah dengan Ali, dan beliau sepupu baginda.

2) Tidak mengapa mengasingkan tetamu VIP daripada tetamu biasa. Ibn Umar pernah menjemput orang-orang kaya dan orang-orang miskin ke jamuan beliau, dan mengasingkan antara mereka. Ibn Umar berkata kepada orang-orang miskin, "Anda sekalian duduk di sini, jangan mengotorkan pakaian-pakaian mereka. Kami akan memberi makan kepada anda sekalian seperti makanan mereka juga". (Umdatul Qari 20/160).

3) Jika terdapat unsur maksiat seperti persandingan dan pembaziran, maka si anak mestilah menasihati ibu bapanya dan tidak harus taat kepada mereka dalam perkara maksiat.

4) Ada betulnya apa yang saudara kemukakan. Boleh diletakkan tajuk yang lebih umum seperti 'Kursus Nikah dan Kekeluargaan'.

5) Ya, hukumnya haram. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى امْرَأَتَهُ فِى دُبُرِهَا

Maksudnya: Dilaknati orang yang mendatangi isterinya pada duburnya. Direkod oleh Ahmad (no: 9733) dan Abu Daud (no: 2164).

Larangan tersebut hanya pada jimak ke dalam dubur. Tidak mengapa bersedap-sedapan dengan anggota tersebut selagi tidak memudaratkan. Kata Imam Syirazi: "Dan diharuskan bersedap-sedapan dengan isteri di antara dua punggungnya". (Muhazzab 2/479).


Fatwa Pengantin Bersanding Di Hadapan Kaum Wanita

HUKUM KEDUA MEMPELAI BERSANDING DI HADAPAN KAUM WANITA

Oleh: Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Di antara perkara munkar yang dilakukan oleh banyak orang pada zaman sekarang ini adalah meletakkan tempat duduk bagi kedua mempelai di hadapan para tamu wanita, dimana mempelai laki-laki duduk di situ di hadapan kaum wanita yang tidak memakai jilbab dan bertabarruj (berdandan), bahkan boleh jadi ada di antara keluarga mempelai laki-laki turut hadir bersamanya atau laki-laki dari kerabat dekat mempelai perempuan.

Tidak diragukan lagi bagi orang-orang yang masih mempunyai fitrah suci dan ghirah (kecemburuan) agama bahwa perbuatan seperti itu banyak mengandung kerusakan besar, laki-laki asing mempunyai peluang besar untuk melihat perempuan-perempuan mutabarrijat (dengan dandanan dan perhiasan yang dapat mengundang fitnah dan maksiat, pent) dan akibat buruk yang akan timbul darinya. Maka wajib dicegah dan dihapuskan sama sekali karena pertimbangan banyak fitnahnya dan demi memelihara komunitas masyarakat wanita dari hal-hal yang menyalahi syari’at Islam yang suci.

Dan saya nasehatkan kepada seluruh kaum muslimin di negeri ini khususnya dan di negeri-negeri lain agar selalu takut dan bertaqwa kepada Allah, berpegang teguh kepada syari’at Islam dalam segala sesuatu dan menghindari segala yang diharamkan Allah Subhanahu wa Ta’ala atas mereka serta menjauhkan diri dari segala sebab keburukan dan kehancuran dalam melaksanakan pesta pernikahan dan masalah-masalah lainnya dengan mengharap ridha Allah Subhanahu wa Ta’ala dan agar terhindari dari segala sesuatu yang dapat mengundang murka dan siksaan-Nya.

Hanya kepada Allah jualah saya memohon, semoga Dia karuniakan kepada kita dan kepada segenap kaum muslimin kepatuhan kepada Kitab Suci Al-Qur’an dan bepegang teguh kepada sunnah Nabi-Nya, semoga menyelamatakan kita dari bahaya sesat, fitnah dan kepatuhan kepada kehendak nafsu, dan semoga Dia menampakkan kepada kita yang haq itu adalah haq dan mengaruniakan kepada kita kemampuan untuk bisa mengamalkannya dan menampakkan yang batil itu adalah batil dan mengaruniakan kepada kita kemampuan untuk bisa menghidarinya.

Sesungguhnya Dialah sebaik-baik tempat kita memohon.

Shalawat dan salam semoga dicurahkan kepada Nabi kita, Muhammad, keuarga dan segenap sahabatnya.

[Fatawa Nisa’iyah, hal. 44-45]

******************************
HUKUM KEDUA MEMPELAI BERSANDING DI HADAPAN KAUM WANITA

Oleh: Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Pertanyaan:
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya ; Apa hukumnya tentang yang dilakukan oleh sebagian orang yang di saat pesta pernikahan dimana mereka menyandingkan kedua mempelai di depan kaum wanita dan mendudukannya di kursi pengantin, pengantin pria dapat melihat para tamu wanita dan mereka pun melihatnya. Kami mengharapkan jawabannya disertai dalil. Jazakumullahu khairan.

Jawaban:
Perbuatan seperti itu haram hukumnya dan tidak boleh dilakukan, karena bersandingnya kedua mempelai di hadapan kaum wanita pada acara tersebut, tidak diragukan lagi, dapat menimbulkan fitnah (maksiat) dan membangkitkan gairah syahwat, bahkan bisa berbahaya terhadap istri (mempelai wanita), karena bisa saja sang suami melihat perempuan yang ada di hadapannya yang lebih cantik daripada istrinya dan lebih bagus posturnya, hingga ia kurang tertarik kepada istri yang ada di hadapannya dimana ia mengira (sebelumnya) bahwa istrinya adalah wanita yang paling cantik dan bagus.

Maka wajib hukumnya menghindari perbuatan seperti itu, pengantin perempuan tetap berada di tempat di mana hanya suaminya yang menjumpainya, dan tidak mengapa keluarga suami turut menjumpainya bersamanya jika mereka hendak mengucapkan selamat dan do’a restu untuk mereka berdua, namun suami tidak duduk berdampingan dengan istrinya, ngobrol atau melakukan apa yang biasa dilakukan oleh orang-orang awam, seperti memberinya permen atau lainnya. Semua kebiasaan buruk seperti itu bukanlah kebiasaan kaum muslimin, melainkan kebiasaan dan adat yang diada-adakan yang dibawa oleh musuh-musuh Islam kepada kaum muslimin dan mereka pun mengikuti dan menirukannya.

[Fatwa Syaikh Ibnu Utsaimin yang beliau tanda tangani]

[Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syar'iyyah Fi Al-Masa'il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerjemah Musthofa Aini, Penerbit Darul Haq]


Jilbab Warna Putih

Dari seberang - http://muslimah.or.id/nasihat-untuk-muslimah/jilbabku-penutup-auratku.html

Jilbab Warna Putih

Pertanyaan:

Assalamu’alaikum warrohmatullahi wabarokatuh
Ana mau tanya, bolehkah seorang akhwat menggunakan jilbab dengan warna putih akan tetapi tebal tidak menerawang. Jazakumullah…

***************
Penyusun: Ummu Ziyad
Muroja’ah: Ust. Aris Munandar

Pembahasan kali ini merupakan perinciaan dari artikel-artikel sebelumnya yang membahas tentang masalah jilbab muslimah yang sesuai syari’at sekaligus jawaban atas berbagai komentar yang masuk.

Jilbab merupakan bagian dari syari’at yang penting untuk dilaksanakan oleh seorang muslimah. Ia bukanlah sekedar identitas atau menjadi hiasan semata dan juga bukan penghalang bagi seorang muslimah untuk menjalankan aktivitas kehidupannya. Menggunakan jilbab yang sesuai dengan tuntunan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah wajib dilakukan oleh setiap muslimah, sama seperti ibadah-ibadah lainnya seperti sholat, puasa yang diwajibkan bagi setiap muslim. Ia bukanlah kewajiban terpisah dikarenakan kondisi daerah seperti dikatakan sebagian orang (karena Arab itu berdebu, panas dan sebagainya). Ia juga bukan kewajiban untuk kalangan tertentu (yang sudah naik haji atau anak pesantren).

Benar saudariku… memakai jilbab adalah kewajiban kita sebagai seorang muslimah. Dan dalam pemakaiannya kita juga harus memperhatikan apa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Seperti telah disebutkan pada artikel sebelumnya, terdapat beberapa persyaratan dalam penggunanan jilbab yang sesuai syari’at. Semoga Allah memudahkan penulis memperjelas poin-poin yang ada dalam artikel sebelumnya.

DEFINISI JILBAB

Secara bahasa, dalam kamus al Mu’jam al Wasith 1/128, disebutkan bahwa jilbab memiliki beberapa makna, yaitu:

1. Qomish (sejenis jubah).
2. Kain yang menutupi seluruh badan.
3. Khimar (kerudung).
4. Pakaian atasan seperti milhafah (selimut).
5. Semisal selimut (baca: kerudung) yang dipakai seorang wanita untuk menutupi tubuhnya.

Adapun secara istilah, berikut ini perkataan para ulama’ tentang hal ini.

Ibnu Hazm rahimahullah mengatakan, “Jilbab menurut bahasa Arab yang disebutkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah pakaian yang menutupi seluruh badan, bukan hanya sebagiannya.” Sedangkan Ibnu Katsir mengatakan, “Jilbab adalah semacam selendang yang dikenakan di atas khimar yang sekarang ini sama fungsinya seperti izar (kain penutup).” (Syaikh Al Bani dalam Jilbab Muslimah).

Syaikh bin Baz (dari Program Mausu’ah Fatawa Lajnah wal Imamain) berkata, “Jilbab adalah kain yang diletakkan di atas kepala dan badan di atas kain (dalaman). Jadi, jilbab adalah kain yang dipakai perempuan untuk menutupi kepala, wajah dan seluruh badan. Sedangkan kain untuk menutupi kepala disebut khimar. Jadi perempuan menutupi dengan jilbab, kepala, wajah dan semua badan di atas kain (dalaman).” (bin Baz, 289). Beliau juga mengatakan, “Jilbab adalah rida’ (selendang) yang dipakai di atas khimar (kerudung) seperti abaya (pakaian wanita Saudi).” (bin Baz, 214). Di tempat yang lain beliau mengatakan, “Jilbab adalah kain yang diletakkan seorang perempuan di atas kepala dan badannnya untuk menutupi wajah dan badan, sebagai pakaian tambahan untuk pakaian yang biasa (dipakai di rumah).” (bin Baz, 746). Beliau juga berkata, “Jilbab adalah semua kain yang dipakai seorang perempuan untuk menutupi badan. Kain ini dipakai setelah memakai dar’un (sejenis jubah) dan khimar (kerudung kepala) dengan tujuan menutupi tempat-tempat perhiasan baik asli (baca: aurat) ataupun buatan (misal, kalung, anting-anting, dll).” (bin Baz, 313).

Dalam artikel sebelumnya, terdapat pertanyaan apa beda antara jilbab dengan hijab. Syaikh Al Bani rahimahullah mengatakan, “Setiap jilbab adalah hijab, tetapi tidak semua hijab itu jilbab, sebagaimana yang tampak.” Sehingga memang terkadang kata hijab dimaksudkan untuk makna jilbab. Adapun makna lain dari hijab adalah sesuatu yang menutupi atau meghalangi dirinya, baik berupa tembok, sket ataupun yang lainnya. Inilah yang dimaksud dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surat al-Ahzab ayat 53, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah nabi kecuali bila kamu diberi izin… dan apabila kamu meminta sesuatu keperluan kepda mereka (para istri Nabi), maka mintalah dari balik hijab…”

SYARAT-SYARAT PAKAIAN MUSLIMAH

1. Menutup Seluruh Badan Kecuali Yang Dikecualikan

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzab: 59)

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya…” (QS. An Nuur: 31)

Tentang ayat dalam surat An Nuur yang artinya “kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”, maka terdapat perbedaan pendapat di kalangan ulama sehingga membawa konsekuensi yang berbeda tentang hukum penggunaan cadar bagi seorang muslimah. Untuk penjelasan rinci, silakan melihat pada artikel yang sangat bagus tentang masalah ini pada artikel Hukum Cadar di www.muslim.or.id.

Dari syarat pertama ini, maka jelaslah bagi seorang muslimah untuk menutup seluruh badan kecuali yang dikecualikan oleh syari’at. Maka, sangat menyedihkan ketika seseorang memaksudkan dirinya memakai jilbab, tapi dapat kita lihat rambut yang keluar baik dari bagian depan ataupun belakang, lengan tangan yang terlihat sampai sehasta, atau leher dan telinganya terlihat jelas sehingga menampakkan perhiasan yang seharusnya ditutupi.

Catatan penting dalam poin ini adalah penggunaan khimar yang merupakan bagian dari syari’at penggunaan jilbab sebagaimana terdapat dalam ayat selanjutnya dalam surat An Nuur ayat 31,


وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

“Dan hendaklah mereka menutupkan khimar ke dadanya.”

Khumur merupakan jamak dari kata khimar yang berarti sesuatu yang dipakai untuk menutupi bagian kepala. Sayangnya, pemakaian khimar ini sering dilalaikan oleh muslimah sehingga seseorang mencukupkan memakai jilbab saja atau hanya khimar saja. Padahal masing-masing wajib dikenakan, sebagaimana terdapat dalam hadits dari Sa’id bin Jubair mengenai ayat dalam surat Al Ahzab di atas, ia berkata, “Yakni agar mereka melabuhkan jilbabnya. Sedangkan yang namanya jilbab adalah qina’ (kudung) di atas khimar. Seorang muslimah tidak halal untuk terlihat oleh laki-laki asing kecuali dia harus mengenakan qina’ di atas khimarnya yang dapat menutupi bagian kepala dan lehernya.” Hal ini juga terdapat dalam atsar dari ‘Aisyah radhiallahu’anha, ia berkata,


لابد للمرأة من ثلاثة أثواب تصلي فيهن: درع و جلباب و خمار

“Seorang wanita dalam mengerjakan shalat harus mengenakan tiga pakaian: baju, jilbab dan khimar.” (HR. Ibnu Sa’ad, isnadnya shahih berdasarkan syarat Muslim)

Namun terdapat keringanan bagi wanita yang telah menopause yang tidak ingin kawin sehingga mereka diperbolehkan untuk melepaskan jilbabnya, sebagaimana terdapat dalam surat An Nuur ayat 60:


وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاء اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحاً فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.”

Ibnu Abbas radhiallahu’anhu mengatakan bahwa yang dimaksud dengan kata “pakaian” pada ayat di atas adalah “jilbab” dan hal serupa juga dikatakan oleh Ibnu Mas’ud. (Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Al Baihaqi). Dapat pula diketahui di sini, bahwa pemakaian khimar yang dikenakan sebelum jilbab adalah menutupi dada. Lalu bagaimana bisa seseorang dikatakan memakai jilbab jika hanya sampai sebatas leher? Semoga ini menjadi renungan bagi saudariku sekalian.




Bolehkah Wanita Ikut Berorganisasi?

Dari seberang: http://muslim.or.id/soaljawab/muslimah/soal-jawab-bolehkah-wanita-ikut-berorganisasi.html#more-92

Pertanyaan:

Assalamu’alaikum,
Saya adalah mahasiswa baru disebuah perguruan tinggi di Jawa Tengah. Di program studi yang saya ambil (psikologi) kebanyakan siswanya adalah wanita, oleh karena itu pengurus organisasi-organisasi kampus di program studi kami pun cenderung dijalankan oleh wanita, yang mau saya tanyakan:

1. Bolehkah wanita aktif dalam organisasi,dalam hal ini organisasi yang ingin saya masuki adalah rohis?
2. Seberapa jauh wanita boleh ikut dalam kegiatan-kegiatan di luar rumah?
3. Batasan-batasan gerak seorang wanita itu seberapa jauh?

Sekian pertanyaan saya, saya harap Ustad bersedia menjawabnya. Saya sangat membutuhkan jawaban Ustad untuk pertimbangan langkah saya di dunia kampus yang baru saya hadapi. Terima Kasih. Jazakumullahu khair.

***************
Jawaban Ustadz:

‘Alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh,
Wanita dibolehkan aktif dalam organisasi yang tidak bercampur dengan laki-laki, dan kegiatan organisasi tersebut tidak bertentang dengan sifat-sifat kewanitaan tetapi bergerak dalam hal membina kepribadian wanita yang sholehah, seperti dalam bidang ilmu agama (pengajian), keterampilan membina keluarga yang sakinah, kesehatan, dakwah dan sosial. Wanita tidak dilarang mengikuti kegiatan di luar rumah selama tidak berbaur dengan laki-laki serta dalam waktu dan tempat yang wajar, tidak dilakukan pada waktu atau pada tempat yang dapat mengundang fitnah.

Adapun batasan gerak seorang wanita, islam tidak membatasi wanita untuk keluar rumah seperti tidak boleh lebih dari sekian kali dalam sehari atau tidak boleh melebihi jarak sekian kilo meter, tetapi Islam mengatur, kalau keluar rumah harus menutup aurat dan dalam rangka ada keperluan bukan untuk mejeng kesana-sini, seperti untuk menuntut ilmu, ziarah karib kerabat atau teman, membeli kebutuhan keluarga dan sebagainya, kalau jarak memakan waktu satuhari-satu malam maka harus bersama mahram. Wallahu a’lam. (Silahkan baca buku-buku yang berbicara tentang kepribadian seorang muslimah).

***

Penanya: Dyah Permatasari
Dijawab Oleh: Ustadz Ali Musri

Bukan Islam Mengucap Syahadah Tanpa Niat

salam..

tumpang tanya sheikh.. jika seorg non-muslim mengucapkan kalimah syahadah tanpa niat memasuki islam iaitu sekdar ungkapan biasa @ saja2, apakah status agama mereka? adakah mereka yang mengucapkannya akan terus dianggap sudah islam? bagaimana ulama' salaf melihat hal ini?
sekian..
_________________
Farhan_Salim
Ahli Majlis Fatwa

Assalamualaikum....Tumpang lalu MOD sekalian..

Menyebut Syahadah oleh non muslim tanpa niat untuk masuk Islam , tidak menyebabkan seseorang itu masuk Islam.

Ini kerana Imam Nawawi menukilkan dalam Al-Majmu' : Antara syarat keislaman seseorang itu diterima dan sah disisi Islam ialah , ucapan 2 kalimah syahadah dengan niat untuk masuk Islam SERTA orang yang mengucapkan syahadah itu mestilah YAKIN dengan Islam dan bertekad mahu meninggalkan segala perbuatan syirik semasa sebelum Islamnya.


Wassalam.


Menyediakan Pelamin Acara Perkahwinan

Assalamualaikum

Di katakan A akan berkahwin dengan B. Di atas permintaan B, hendak dibuat pelamin dengan bertujuan untuk bergambar di majlis tersebut nanti dan bukannya untuk bersanding.

pada pandangan Islam, adakah kaedah mengadakan pelamin ini dihalalkan disini syara'?

Wassalamualakum dan terima kasih

***
A = pengantin lelaki
B = pengantin pompuan

*********************
Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.


4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.


Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam"




Bayi Dalam Kandungan

Assalamualaikum

Dikatakan sepasang suami isteri baru mendirikan rumahtangga. Tempoh perkahwinan baru saja menjangkau 3bulan.

Didapati si isteri pasangan tersebut telah pun hamil hampir 5bulan. Gasp

Di dalam kaedah usul fiqh, apakah status anak yang dikandung tersebut? :?:

Wassalamualakum

***melalui penceritaan dari sumber yang rajih
_________________
thtl
Founder

Wassalamualakum

al-Jawab:

Dalil hukum berdasarkan hadith :
Dari Abu Hurayra: (sabda Nabi SAW)

الولد للفراش (si anak itu bagi tempat tidur)
[al-Albani, sahih Ibn Majah (1645), Ahmad Syakir, sahih isnadnya (Musnad Ahmad (14/184)]

Mengikut Fatwa Mesir (Syaikh Hasan Ma'mun, 1957) menetapkan mana-mana anak yang diperakui oleh seorang lelaki sebagai anaknya dan didaftarkan kepadanya, maka dianggap anaknya. Prinsip Islam ialah jika si lelaki itu mengakui itu adalah anaknya dianggap sudah memadai.

Syaikhul Azhar, Syaikh Jaad alHaq Ali Jaadul Haq (Gaad alHaq), pada fatwa tahun 1981, berkata Hadith Abu Hurayrah (si anak itu bagi (pemilik) tempat tidur) membawa maksud, mana-mana anak yg lahir hasil dari perkahwinan yang sah, maka sahlah anaknya, tanpa perlu menyiasat bila ia hamil. Ini kerana nasab tsabit hanya dgn pengakuan si lelaki terhadap mana-mana bayi.

Adapun jika anak itu lahir selepas 6 bulan melangsungkan perkahwinan itu adalah qaul yang masyhur dalam madzhab jumhur kecuali Hanabilah. Jika bayi itu lahir selepas 6 bulan perkahwinan, maka menurut mazhab jumhur adalah boleh dibinkan. Itu menurut prosedur pendaftaran, tapi jika tak cukup 6 bulan dan jika masih boleh didaftarkan sebagai anaknya pun tetap sah berdasarkan fatwa al-Azhar.
Dalam kes yg anda kemukakan, nayi itu akan lahir selepas 7 bulan + selepas akad nikah.

Rumusan: Status anak zina tidak hanya ditetapkan oleh tempoh kehamilan (minima 6 bulan), tapi memadai dengan pengakuan lelaki itu sahaja. Itulah syarat minima dalam syara'. Ini bermakna dosa berzina itu jauh lebih besar dari dosa berdusta untuk melindungi nasib anak zina yang tidak berdosa.



Cerai Takliq lagi

Salam

1) Jatuh atau tak talak kalo takliq atas perbuatan tu atas diri suami bkn si isteri...cth:"Jatuh talak 1 atas ko kalo aku hisap dadah"

2) Si isteri telah terjumpa gambor si suami dengan perempuan lain dalam baju si suami tersebut..maka si suami cakap: " Jika gambor tu aku yg bawa masuk dalam rumah nie jatuh talak 1 atas ko".

Apa pandangan ahli panel tentang 2 masalah nie??
_________________
thtl

Wassalam

alJawab:

Ni dah kahwin ke belum? Kalau belum kahwin, semasa kursus utk dapat sijil persediaan Nikah, maka akan dijelaskan maksud cerai taklik tu macam mana.

Di Malaysia, lafadz taklik akan ditandatangani oleh suami dan dibacakan dengan jelas oleh Jurunikah dan dilafadzkan oleh suami semasa akad. Itulah ajelah taklik yang betul dan boleh diterima dan talak akan jatuh. Cth lafadz taklik tsb ialah bila suami menghilangkan diri selama 4 bulan atau lebih secara berturut-turut tanpa nafkah. Maka bila betul2 terjadi, si suami menghilangkan diri selama 4 bulan tanpa nafkah, maka jatuhlah talak.

Manakala apa yang anda nyatakan di atas, bukanlah taklik di sisi syara', ia cuma sumpah atau ikrar sahaja. Dia hendaklah bertaubat dan tidak boleh bermain-main dgn lafadz taklik, talak atau sumpah atau mudah dalam bertaklik, talak dan bersumpah. Dalilnya:

" dan janganlah kamu jadikan Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng." AQT 2:224
"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yg tidak disengajakan." AQT 5: 89

Perlu diingatkan proses perceraian di Malaysia hanya berlaku dalam kamar Pendaftar NikahCerai-Rujuk sahaja dan perlu didaftarkan. lagipun prosesnya agak berliku. WA

8 comments:

Anonymous said...

1.Jika suami berkata kalau saya tidak solat dalam masa 1jam jatuh talak dalam masa 1 juam suami tidak melakukan solat.
2.Kalau awak pergi ke rumah sianu jatuh talak.

Admin said...

Tak jatuh talak sebab larangan belum lagi dilakukan? kalau pun puan melanggar larangan dia, lafaz talak perlu dilakukan dalam kamar Pendaftar Nikah-Cerai-Rujuk sahaja dan perlu didaftarkan. Ini cara amalan yang dipraktikan di Malaysia.

Anonymous said...

Salam..

Jika suami berkata 'Jika aku tidak dilayan sebagai suami,jatuh talak' tetapi dlm keadaan yg marah(mengikutnya sgt marah) dan beremosi kerana sedang bergaduh, adakah jatuh talak itu?

Salam

Anonymous said...

salam..
sekiranya suami melanggar taklik yg tertulis d surat nikah.. iaitu tdk mmberi nafkah batin hampir 9 bulan, dgn pelbagai alasan mnyalahkn isteri sedangkan isteri meminta dan ditolak dgn plbagai alasan oleh pihak suami,yang mnambah tekanan ketika itu kami duduk serumah tapi suami abaikan nafkah batin itu.ini belum ditambah tmpat tinggal yg saya sediakn serta kesemua gaji saya digunakan untuk membantu kehidupan kami.. Apabila mslh ini di bawa ke pjbt agama suami sdh mngaku silap nya dan bersetuju untuk bercerai secara baik tetapi menarik balik keputusan kerana dia khuatir klu bercerai hak penjagaan anak jatuh ke tangan saya bukan nya dia. sekarang kes saya berlarutan hingga ke majlis runding damai. suami turut mengugut yg saya tidak akan dapat cerai krn talak ditgn suami.... Sehingga kan saya merasakan yg wanita x punya hak langsung bila sudah berkahwin bila terjadi kes seperti ini...Suami saya merasa kan dia punye kuasa veto terhadap saya


Susu Ibu

Assalamualaikum,

Ana ingin bertanya mengenai hukum suami minum susu badan isterinya. Walaupun agak lucu pada mulanya, tapi ia telah menimbulkan kekeliruan seluruh kampung akhirnya.

Seorang Ustaz telah menghukumkan bahawa suami dibolehkan minum susu badan isterinya dgn tanpa halangan seperti sampai kenyang atau berulang2. Alasan yg diberikan tiada termaktub dalam Al Quran.

Benarkah pendapat sedemikian. Kalau tidak benar apakah pendapat yg menepati Al Quran dan Sunnah. Jazzakallah.

******************************
thtl

Wassalam

alJawab:

Ini soalan ulangan. Pendapat yg benar ialah isu minum susu isteri ialah bila suami mendatangi isterinya yang dalam tempoh menyapih anak yang baru lahir atau tempoh menyusu dua tahun, maka payu dara isteri ketika itu mudah mengeluarkan susu. itulah isunya, bila suami mendatangi isterinya dan semasa berasmara, maka ketika itulah terminum susu isteri.

Bukanlah saja-saja si suami ingin menambahkan zat kalsium dan minta menyusu dengan isterinya kerana menjimatkan kos membeli susu New Zealand dan Dumex.

Adapun hukum susuan pula meliputi bayi yang menyusu lima kali kenyang dan mendapat status anak susuan. Maka dalil anak susuan ini tidak meliputi suami yang tertelan susu isteri dan jika tertelan baik sengaja atau tidak sengaja, tidak merubah hukum susuan (kerana ia khusus) kepada bayi sahaja bukan kepada orang yg telah dewasa yg telah makan segala benda atas muka bumi ini, maka susu isteri itu tidak mempengaruhi nasab suami yg tetap menjadi suami kepadanya bukan menjadi anak susuan. Maka bila syarak mendiamkan isu atas ranjang ini, maka tak payahlah kita bahaskan, nanti akan menyusahkan kita pulak! WA


Tahnik?

Assalamu alaikum...

Baru2 ni saya diminta oleh ibu mertua saya utk mentahnikkan anak saudara lelaki saya yang baru lahir, walaupun sebenarnya lebih elok mencari seseorang lebih bagus agamanya untuk melakukannya.

Dalam piring yang diberi oleh ibu mertua saya terdapat tamar, air zam-zam, garam, asam keping dan cincin emas. Saya tanya "Cincin ni nak buat apa, ma?" Ibu mertua saya kata "alaa...hari tu ma tengok ustadz buat camtu". Dia merujuk kepada seorang ustadz yang baru balik dari Jordan dan menjadi imam di masjid besar.

Saya cuma menggunakan tamar dan air zamzam sahaja utk mentahnik. Kunyah dan gosokkan/masukkan ke mulut bayi tu. Garam dan asam keping tu tak pula saya gunakan, melainkan jika tamar tiada. Adapun cincin emas tu, amat pelik bagi saya.

Persoalan:
a) Adakah ada contoh dari Rasulullah amalan menggunakan cincin emas dalam bertahnik?
b) Betulkah cara yg telah saya lakukan? Mohon tunjuk-ajar.

Terima kasih.
waAllahu ta'ala a'lam.

_________________
thtl

Wassalam

al-Jawab:

a) Apa yang diamalkan oleh orang Melayu itu bukan tahnik tapi upacara 'belah mulut' bayi. Menurut kajian Richard Windstedt, Oxford Univ Press, 1960, terhadap adat resam orang Melayu menyatakan upacara ini berasal dari Hindu. (ms 109) Ini kerana ritual asal dalam budaya Hindu ialah bayi dibelah mulutnya dengan air buah pinang, gula dan garam, lalu dijampi oleh Sami supaya mulut bayi mendatangkan kebaikan, kepetahan dan kebijaksanaan. Kemungkinan pak lebai tempatan membuat inovasi dgn bahan-bahan yg lain spt yg anda senaraikan. Tujuan garam, asam keping, air zam-zam dan emas perak digunakan itu ialah supaya si anak itu akan berbicara dengan pertuturan yang cukup rencahnya, penuh hikmah dan bijaksana.

b) Bila seseorang itu dipilih utk melakukan tahnik berdasarkan ia seorang yg terhormat, alim, zuhud, bijaksana dan ia amat mengerti akan AQ & S. Maka pilihan keluarga itu memang tepat sekali.

Air liur si alim bila bergaul dengan tamar, mendatangkan berkah, sebagaimana beberapa bayi yg ditahnik oleh RasuluLlah, menjadi soleh, antaranya Abdullah b. Zubair (al -'Aini, Umdah alQari, 21/84). Maka apa yang anda lakukan itu adalah baik sekali, cuma menggunakan tamar sahaja, itulah takrifan tahnik menurut sunnah, yakni mengunyah kurma dan meletakkan dalam mulut bayi. Hapuslah kebodohan kaum kita dengan hikmah dan santun.

No comments:

Post a Comment