Monday, May 30, 2011

Soal Jawab Wanita Dan Keluarga 8

Tempoh Iddah & Keluar Rumah

Dari kawan:

Assalamu`alaikum wbt

Saya difahamkan adalah haram kepada isteri yang kematian suami keluar dari rumahnya dalam tempoh Idahnya. Apakah larangan ini termasuk melarang untuk berpindah, contohnya seorang ibu tua yang tinggal berseorangan di kampung setelah kematian suami ingin berpindah ke bandar, tinggal bersama anaknya. Adakah dibenarkan berpindah dalam waktu Idah atau hanya dibenarkan selepas tempoh idah?

Sekian...

**************************
thtl

Wassalam

alJawab:

Boleh kalau setakat nak pindah rumah, dalilnya:
" akan tetapi jika mereka ingin berpindah (rumah), maka tiada dosa bagimu membiarkan mereka berbuat demikian.." AQT 2:240

Maksud tak boleh keluar rumah ialah keluar tanpa keperluan dengan berhias, memakai parfum atau pakaian yg warna warni. Jika ada keperluan spt meneruskan kerjaya, membeli keperluan di supermarket dan ke klinik tidak menjadi masalah (jika tidak berhias, memakai perfume dan tidak memakai pakaian yg ranggi) . sekian WA

referensi: Yasalunak lil Syurbasyi, dan syaikh Ben Baz, Fatawa Islamiah 3/315.


onani (Pandangan al-Qaradhawi)

apakah hukum beronani? Di ruangan forum ada netters yg memberi link kerana katanya ini soalan lama yg telah dijawab tetapi malangnya link tersebut tidak dapat dibuka.
Saya terbaca pendapat Dr Yusof Qaradawi yg mengharuskan perkara tersebut. Benarkah Qaradawi berkata demikian atau saya tersalah faham?

Dari segi perubatan pula ada yg mengatakan onani sebetulnya tidak mendatangkan mudarat.

Minta pencerahan..

******************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr insantaqwa dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah. (Kami akan memaparkan pandangan 2 tokoh ulama', iaitu Syeikh Dr Mustafa al-Zarqo rh. dan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi).

Majoriti ulama' mengatakan bahawa onani atau istimna' adalah haram, diantaranya adalah Imam Malik yang mengambil dalil firman Allah swt :-

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ. الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ. وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ. وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ . وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ. فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ.
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. " [Surah al-Mukminun : 1-7]

Menurut Mazhab Syafie, mereka meletakkan onani dibawah perkara haram iaitu melepaskan syahwat diluar batasan perkahwinan, sebagaimana ayat 7 surah al-Mukminun. [Fataawa Mustafa al-Zarqo, ms340].

Walau bagaimanapun menurut Syeikh al-Zarqo, terdapat ulama' yang merujuk maksud "melampaui batas" sebagai Zina, dan bukan onani. Menurut Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa mani adalah barangan lebihan, maka boleh dikeluarkan seperti memotong daging yang berlebihan. Pendapat ini disokong oleh Ibnu Hazm. Akan tetapi ulama' Hanafi membenarkan cuma pada 2 perkara :-

a. Kerana takut Zina
b. Kerana tidak mampu berkahwin.

Kata al-Qaradhawi lagi :

ويمكن أن نأخذ برأي الإمام أحمد في حالات ثوران الغريزة وخشية الوقوع في الحرام؛ كشاب يتعلم أو يعمل غريبا عن وطنه، وأسباب الإغراء أمامه كثيرة، ويخشى على نفسه العنت، فلا حرج عليه أن يلجأ إلى هذه الوسيلة يطفئ بها ثوران الغريزة، على ألا يسرف فيها ويتخذها ديدنا.
"Kita boleh mengambil pendapat Imam Ahmad dalam keadaan keinginan yang memuncak dan takut terjatuh kedalam perkara yang haram! Contohnya seorang lelaki yang belajar atau bekerja di tempat yang bukan tanahairnya, dan dugaan (temptation) yang dihadapannya banyak, dan dia takut akan masalah yang akan menimpa, maka tidak berdosa keatasnya mengambil cara ini untuk meredakan keghairahan tersebut, dan agar dia tidak melakukan berlebihan atau mengambilnya sebagai tabiat".

Kebenaran yang dibenarkan oleh al-Qaradhawi adalah berkondisi, iaitu bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar; iaitu zina. Menurut beliau adalah lebih afdal mengikuti apa yang ditunjukkan oleh Nabi saw bagi mereka tidak mampun berkahwin; iaitu memperbanyakkan berpuasa, dimana puasa mempertingkatkan will power, mengajar kesabaran dan menguatkan kecekalan untuk bertaqwa, dan keyakinan terhadap muraqabah Allah pada setiap jiwa manusia, sebagaimana sabda Nabi saw :-

يا معشر الشباب، من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر، وأحصن للفرج، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء.
"Wahai orang muda, sesiapa diantara kamu yang mampu berkahwin, berkahwinlah sebab ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan, dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu adalah perlindungan baginya" [hadith Bukhari]. [al-Qaradhawi, al-Halal wa al-Haram fi islam, cet ke 27, Maktabah Wahbah, 2002], ms. 153].

Kesimpulan yang boleh kita ambil dari Dr Mustafa Zarqo rh. didalam Fatwanya : "Saya menyimpulkan bahawa prinsip umum Syariah menentang tabiat ini, kerana ia bukan cara tabie/normal memenuhi keinginan seksual, bahkan perbuatan ini adalah tersasar (deviation), ini sudah cukup mengutuk dan membencinya, walaupun ia tidak termasuk haram yang dikategorikan sebagai zina.

Walau bagaimanapun, hukum disini jatuh pada hukum keperluan, yang juga merupakan kaedah syariah. Sebagai contoh, jika seseorang takut bahawa dia akan melakukan dosa yang lebih besar, seperti Zina, atau memudaratkan seseorang akibat tidak siuman, maka larangan onani diringankan untuk menghilangkan kesukaran, berdasarkan kaedah syariah yang mengatakan "keperluan di hukum menurut keadaan yang membenarkannya"." [Fataawa Mustafa al-Zarqo, ms340, cet ke 2, Dar al-Qalam, 2001, ms 341].

Sekian. wassalam.



Masalah Zina

A'kum.

saya nak tanya.

1) Si A telah berzina dgn si B.
dan si C anak si A nak berkahwin dgn Si B sedangkan Si C Si A telah berzina dgn Si B.

2) Si A telah berzina dgn si B. kemudian bolehkah Si A kawin anak kepada Si B iaitu Si C tanpa pengetahuan Si B dan Si A tak Tahu Si C anak kepada Si B.


Peristiwa tersebut telah berlaku sekian lama sebelum berlakunya peristiwa perkahwinan dan ada kemukinan orang-orang yg terlibat itu ada yg meninggal dunia tanpa membuat apa-apa pengakuan dan peristiwa itu tidaklah diketahui orang ramai mahupun jabatan agama Islam disebab ia tak boleh 'diskodeng' apabila org tengah buat maksiat.

Saya harap ada ahli-ahli yg dapat membantu memberi penjelasan akan perkara ini.

Semoga institusi keluarga menjadi bersih dari segi zahir & Bathin.

***************************
thtl

wsm

alJawab:

Kes 1, Ia adalah kes inses secara biologi, (inses) maksudnya si fulan bersetubuh dgn benihnya sendiri. sudahlah zina itu terkutuk dan ia bertambah (terkutuk) dgn berkahwinan dgn benihnya sendiri.

Inilah maksud firman Allah, " lelaki yg berzina tak akan kahwin melainkan dgn perempuan yg berzina" (AQT 24: 03) maksudnya kalau dah duduk dalam dunia zina, itulah jadinya.

kes 2. Ia tak mungkin terjadi kerana bila rombongan si penzina A datang ke rumah si penzina B, maka si penzina B akan mengenali/cam akan orang yg pernah bercelapak atas celah kangkangnya (ini bahasa hadith bukan mencarut). Kecuali A dan C kahwin sindiket atau kahwin lari di negara jiran. itu lantak depa la....kita tak payah fikir sangat dgn dunia perzinaan dan kejahatan ahli zina. WA

1 comments:

coco30178 said...

Assalamualaikum wbt. Ustaz

Soalan saya:

1) Bagaimana pula hukumnya bagi seorang isteri yang berzina?
Apakah yang harus dilakukan oleh isteri itu selain daripada taubat nasuha? Dan sekiranya si isteri pergi menunaikan fardu haji bersama2 dgn suaminya (si suami mengetahui perbuatan isterinya dan memaafkan) Adakah segala dosa isterinya terampun?

2) Berkenaan fidyah.
Adakah fidyah tetap dikenakan walaupun dia telah mengantikan puasa (yang disebabkan uzur di bulan ramadhan), tetapi puasa yang digantikan tidak dibuat pada tahun yang sama?.
Berapakah jumlah yang perlu dibayar daripada umur baligh, iaitu 12 tahun sehingga sekarang 32 tahun?

3) Berkenaan Kifarah.
Bagaimana pula hukumnya bagi seseorang yang khuatir tidak dapat melakukan puasa 2 bulan berturut2? Bolehkah dia terus memberi makan 60org fakir miskin?.
Bagaimana pula perkiraannya kifarahnya sekiranya dia tidak dapat mengingati berapa hari yang ditinggalkan dgn sengaja didalam bulan ramadhan bagi tempoh 5tahun? Berapakah yang perlu dibayar bagi tempoh tersebut?

Diharap dapat penjelasan daripada pihak ustaz. Terima kasih.




Hukum perkahwinan ahli bait

Hukum perkahwinan ahli bait(syed & syarifah)

Terdapat pelbagai perbahasan ulama dan kontroversi terutama berhubung persoalan kafaah dalam perkawinan.Ada pandangan yang memberatkan dan pandangan ringan.Apa pandangan panel al-ahkam?

************************
thtl

alJawab:

Memang benar istilah kafa'ah (sekufu) itu merupakan istilah yang diperdebatkan, namun pendapat yang rajih (lebih hampir kpd kebenaran) ialah sekufu dalam agama dan akhlak mendapat ranking yang pertama.
Dalil hadith:

"apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu ridhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah (mereka). Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang melata." (sahih atTermidzi, abwabun Nikah, no 865)

Tapi jumhur termasuk alSyafi'iy, faktor-faktor lain diambil kira untuk kebahgiaan pasangan tersebut, antaranya ialah nasab (keturunan), harta dan status sosial (Fathul Bari, 11/ 38-39)

Begitu juga umur. Contohnya, RasuluLlah saw menolak pinangan Abu Bakar dan Umar alKhattab terhadap anaknya Fatimah, tapi menerima pinangan Ali bin Abu Thalib. Ini kerana faktur usia Ali dan Fatimah yang lebih sesuai. (lihat Hashiah Sunan anNasa'iy 6/62, cet Beirut)

Menjawab soalan anda bahawa perkahwinan keluarga sayyid dan syarifah (ahlil bayt) itu ada benarnya kerana disisi jumhur nasab diambil kira. Tetapi di sisi Islam, ranking kafaah yg utama dan pertama ialah agama dan akhlak. Nasab itu adakah termasuk kesempurnaan kerasian dalam pernikahan.

Dalam pemerhatian saya, taboo nasab sayyid dan sharifah ni dah semakin berkurangan kerana zaman sekarang kafaah yg utama ialah faktor sosial yang lain, yakni faktor ekonomi.

sekian



Tajdid Nikah 2 - Sambungan

Salam

Sebagai tambahan persoalan:-

1) Adakah tajdid nikah membatalkan nikah yang telah terlaksana lebih dahulu???

2) Bagaimana pada masa tajdid nikah, si isteri telah mengandung, maksudnya....bagaimana status anak dalam kandungan tersebut??..

3) Adakah tajdid nikah ini memakai tarikh terbaru ia dinikahi atau diambil nikah yang awal???

Sekian, Wassalam
_________________
thtl

Wassalam

alJawab:

1) Tajdid nikah tidak membatalkan pernikahan asal di negara jiran. ini kerana prosedur nikah ni sebenarnya amatlah mudah tambahan pula di sisi fiqh Hanafi, wanita tidak memerlukan wali pun, madzhab lain boleh menggunakan Wali Hakim.

2. Kandungan dikira dari pernikahan pertama. Tajdid nikah hanya formaliti shj

3. Tajdid Nikah akan mengambil kira tarikh yang baru kerana itulah tarikh yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Ia legally right but morally wrong dan semua pihak yang ada saham kena jawab di Mahsyar kelak.


Tajdid Nikah Terkini

Salam

Moga dirahmati Allah

Maafkan saya- sila delete persoalan yang lama...

Di sini saya ada satu kemusykilan berdasarkan peristiwa di bawah:

Kawan saya bekerja sebagai anggota keselamatan telah bernikah poligami di Siam tanpa kebenaran pihak berkuasa (Jab. Agama Negeri) di Msia. Beliau telah diarahkan oleh Peg.Pemerintah untuk lakukan permohonan nikah poligami ke mahkamah untuk mengelak beliau dikenakan tindakan tatatertib.

Walhal, beliau telah bernikah lebih awal. Sekarang ini, beliau dalam proses permohonan nikah poligami. Dalam perbicaraan di mahkamah, semua saksi, isteri pertama, wali kedua terpaksa berlakon (berbohong) untuk tidak mengatakan bahawa pernikahan yg sebenar telah berlaku. Jika kelulusan telah diperolehi dari pihak Mahkamah Tinggi Syariah, beliau akan melangsungkan upacara pernikahan semula (tajdid nikah)dengan pasangan barunya.

Persoalan saya:

1) Bolehkah kaedah tajdid nikah dibuat dlm kes ini??
2) Apakah terdapat syarat2 atau kaedah2 yang tertentu utk melakukan tajdid nikah???
3) Apakah tajdid nikah ini ia berdasarkan quran dan sunnah atau ijtihad para ulamak??
4) Apakah hukumnya menyatakan penerangan di mahkamah dalam keadaan seperti peristiwa di atas??

Moga soalan ini mendapat perhatian yg sebaiknya dari pihak panel dan ucapan Jazakumullah kepada kalian.

Sekian, Wassalam
_________________
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Ini bukan isu fiqh nikah-kahwin, tapi isu amanah dalam perkhidmatan awam. Bila ia melibatkan pasukan (anggota) mereka, maka mereka merancang untuk 'beat the system' atau menipu sistem perundangan demi menjaga baik jabatan mereka. Walhal, Nabi saw mengisytiharkan jika puterinya Fatimah mencuri, niscaya baginda sendiri akan memotong tangannya.

Ia ditambah pula dengan peraturan poligami di Malaysia yang amat sulit dan poligami bukanlah suatu yang mudah di negara kita, baik dari segi perundangan kekeluargaan Islam negeri-negeri dan juga poligami tidak diterima sebagai satu budaya yang sihat di negara kita. Namun ia bukanlah alasan untuk para pegawai melakukan salahlaku dan tidak amanah.

Apa yang boleh kami katakan, tindakan Pegawai mengajar anak buahnya tatacara untuk pecah amanah termasuk keseluruhan pihak lain terpaksa berbohong untuk menutup kes perkahwinan rahsia di negara jiran itu adalah suatu yang dipandang berat di sisi agama. Dalilnya, Firman ALlah SWT "dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui."AQT 4: 27

Tindakan mereka berpakat menutup kes poligami itu adalah sah dari segi legal (legally right), tapi dari sudut Islam adalah salah (morally wrong). Maka konsep tajdid nikah itu adalah sesuatu istilah yang diada-adakan dan ia tidak boleh menghalallkan cara. sekian



Hukum sentuh maknyah

aslm wbt

apakah hukumnya menyentuh mak nyah

_________________
thtl

Wassalam

alJawab:

Mak nyah atau dalam bahasa arabnya ialah golongan khuntsa atau dalam bahasa Inggeris ialah hermaphrodite. Menurut istilah fiqh, khuntsa ialah manusia yang diragui jantinanya atau orang yg memiliki dua alat kelamin (zakar dan faraj) (alMughni, 6/336)

Maka Fiqh Islami membahagikan khuntsa kepada dua bahagian: Khuntsa Wadhih (jelas dan nyata) yakni khuntsa yang jelas menampakkan ciri-cirinya samada lelaki atau perempuan yakni semasa kecil diperhatikan kencingnya keluar dari kemaluan yang mana satu. Jika kencingnya keluar dari zakar, maka ia khuntsa lelaki yg wadih dan begitulah sebaliknya (alMughni, ibid)

Yang kedua ialah Khuntsa Musykil atau khuntsa yang tidak dapat dipastikan melainkan hingga ia baligh dan melihat ciri-ciri fizikalnya, samada ciri-ciri maskuliniti (kelelakian) atau feminiti (keperempuanan) yang lebih banyak. Hari ini ia dapat ditentukan dengan bantuan sains perubatan canggih untuk melihat imbangan kromosom (komposisi gene).

Balik kepada soalan asal, apakah hukum menyentuh khuntsa, maka soalan balas kami ialah apakah tujuan 'sentuhan' tersebut? Jika sentuhan itu untuk mendapat nikmat (sentuhan dengan ghairah) maka ia diharamkan.

Jika sentuhan itu dalam hukum spt wudhu', maka ia bergantung kepada madzhab yang dipilih oleh kita. Jika dalam fiqh Syafi'iyah menyentuh jantina yang berlainan jenis dan bukan mahramnya, maka membatalkan wudhu' secara mutlak. Jika lelaki menyentuh khutsa yang wadhih lelaki, maka tak apa-apa,. tapi jika ia menyentuh pondan yg wadhih (jelas) perempuan, maka samalah hukumnya dengan menyentuh perempuan tulin dalam madzhab Syafi'iy. Dalam madzhab lain, ia bergantung kepada apakah sentuhan itu mendatangkan ghairah atau nikmat atau bangkit syahwah. Jika bangkit syahwat, maka batallah wudhu'. Jika dalam madzhab Hanafi, tidak batal secara mutlak. Begitulah jawapan kami memandangkan soalan anda begitu ringkas dan tidak khusus mengenai sentuhan yang macam mana




Kaki Bukan Aurat

aslm wbt

mintak checak artikel kt bwh ni.betulke ada riwayat psl kaki bkan aurat ni

assalamualaikum,

inilah bicara seorang hamba Allah yang lemah...
ana dapat tahu baru-baru ni, ada pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat....
nanti dulu.....jangan marah ana!ana ada hujah...
ok, pendapat kaki aurat....
satu waktu dulu,asmaa' datang menemui rasulullah dengan pakaian jarang dan nipis...rasulullah pun bersabda,"wahai asma',kamu wanita yang telah baligh, maka tidak boleh dilihat melainkan ini"...sambil rasulullah mensyaratkan muka dan tapak tangannya....
pendapat kaki bukan aurat...
pada suatu hari, seorang sahabat duduk bersama rasulullah. tiba2 sahabat tersubut melihat seorang wanita sedang solat dengan kakinya tidak tertutup..sahabat tersebut bertny kepada rasulullah...namun, rasulullah membiarkannya...
ini adalah satu bukti kaki bukan aurat...
so, tak salah kalau seseorang itu tak tutup kakinya sebab berpegang pada pendapat ni...
tapi, bagi ana tak susuh untuk pakai sarung kaki..
benda mudah, takkan tak boleh buatkan!!!
lagipun,baik untuk elakkan fitnah...
wallahua'lam ....daripada hamba ALLAH yang lemah...
wassalam...
_________________
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Memang betul kaki bukan aurat di sisi madzhab Imam Abu Hanifah, Sufyan atTsauri dan Imam alMuzani (madzhab Syafi'iy (Imam Nawawi, alMajmoo', 3/157)

Ini juga pilihan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh dalam Majmu'Fatawa , 22/114-115). Ia dibahaskan oleh mereka dalam tafsir ayat 31, surah anNuur. Maka artikel itu memiliki asalnya.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,harap panel yg menjwb berikan dalil2 atau nas yg lbh kukuh mengatakan kaki bkn aurat.

Anonymous said...

Aisyah melaporkan,

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”

Hadis direkodkan olah Abu Dawud.



Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.

Dalil lain yang menunjukkan dua kaki adalah aurat ialah hadis yang dilaporkan oleh Ummu Salamah. Dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w ,

Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung? Nabi s.a.w menjawab,

إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا


“Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.”



Hadis direkodkan oleh Abu Dawud.



Abu Dawud menyatakan sesetengah perawi hadis ini tidak menyebut ia daripada Rasulullah s.a.w tetapi dari Ummu Salamah sendiri.

Jika ia lafaz Ummu Salamah sekalipun, ia tetap menjadi dalil yang kuat memandangkan Ummu Salamah adalah isteri Rasulullah s.a.w. Sudah tentu Ummu Salamah mengamalkan perkara yang telah diketahui benar dari Rasulullah s.a.w itu sendiri.

ADAKAH KITA INGIN MENGIKUT LOJIK AKAL ATAU NAS YG LBH KUAT? NAS KATA TUTUP KAKI,JADI NAK IKUT YG MANA? APABILA LOJIK AKAL BERTEMBUNG DGN NAS,MAKA MESTILAH UTAMAKAN NAS. WALLAHUA'LAM

Admin said...

Tidak ada nas yg direct atau langsung dalam masalah ini melainkan sepotong ayat umum dari Surah anNuur: 31

"...dan janganlah mereka (perempuan Islam) menzahirkan perhiasannya kecuali yg biasa nampak dari padanya..."

Secebis ayat umum ini telah melahirkan pelbagai pendapat fiqih mengenai apakah yg boleh dizahirkan oleh perempuan kepada umum bila mereka keluar dari rumah-rumah mereka. Kami simpulkan:

a. Fiqh Hanafi menetapkan dua kaki wanita bukanlah aurat kerana ia termasuk apa yg biasa nampak darinya kerana keperluan wanita melakukan pekerjaan hariannya. (alKasani, alBada'iy alSana'iy: Kitab alIstihsan, Jld 5)

b. Fiqh Syafi'iyah, ada dua pendapat:
Imam Muhyidin anNawawi (Syarah alMuhadzab,:3/173) kaki wanita adalah aurat. Imam alMuzani pula berpendapat kaki bukan aurat.

c. Imam atsTsauri juga berpendapat kaki bukan aurat (Syarah alMuhadzab, op cit, ms 173)

d. Fiqh Maliki menetapkan kaki adalah aurat ( alMudawwanah: 1/109; Syarah alKabeer: 1/215)

e. Fiqh alHanbaliah juga menetapkan kaki adalah aurat (alMughny: 1/601)

Bila ada banyak pendapat, maka kita beralih pada Fiqh Tahqeeq (Fiqh Analitis):

a. Imam asySyawkani (Nailool Awthor: 2/144) dan Tafsirnya, Fathul Qadeer: Tafsir surah anNuur) memilih pendapat bahawa kaki bukanlah aurat kerana memberi kemudahan kepada wanita.

b. Allamah Siddiq Hasan Khan (Nailool Maram: Tafsir surat anNuur ayat 31) memilih pendapat kaki bukan aurat.

c. Syaikhul Islam dan Imam Salafiya Taqiyuddin Ahmed Ibn Taymiyah alharani (Majmu' Fatawa, cetakan Riyadh, Jld 22/114-115) juga memilih pendapat kaki bukanlah aurat kerana ia merupakan kesulitan bagi wanita baik dalam solat dan di luar solat berdasarkan Hadis Aisyah ra yg mentafsirkan "apa yg biasa nampak" dalam surah anNuur ialah termasuk Fatkhah (cincin yg dipakaikan oleh wanita Arab pada jari kaki)

Rumusan dan pilihan al_Ahkam (thtl):
Kaum wanita Islam diberi pilihan samada untuk memakai stokin atau melabuhkan pakaian dan jika ternampak tumitnya atau kakinya adalah suatu yg dima'afkan syara' berdasarkan Fiqh Hanafi, sebahagian Syafi'iy dan sebahagian ahli tahqeeq yg kami kemukakan di atas. WA



Status Perkahwinan Orang Murtad

1. Bila seorang lelaki murtad dan terbatal pernikahnnya, apabila bertaubat kembali kepada islam, adakah dia boleh hanya rujuk dengan isterinya atau dia mesti bernikah semula?

2. Banyak diceritakan org islam dimasukkan ke kristian dan diberi minum holy water. Dengan demikian org itu tidak boleh mengucap/menyebut ayat2 suci. Sejauh mana kebenarannya??

jkk in advance.

***************
thtl

alJawab:

Kema'afan dipinta kerana soalan ni dah tersadai sebulan setengah kerana kesibukan pihak kami

1. Suami yg murtad dan taubat kembali. Ada dua senario:

a. Jika pasangan itu belum pernah melakukan jima', maka perkahwinan itu bubar serta-merta.

b. Jika pasangan itu sudahpun bersetubuh, maka ikatan perkahwinan itu tidak bubar serta merta dan jika ia taubat semula sebelum tempoh iddah, maka perkahwinan mereka masih kekal dan tidak perlu akad dan mahar semula. Ini merupakan pendapat Jumhur termasuk Syafi'iyah. (alJaziri, Fiqh 'Ala madzhahib arba'ah, 4/233)
Manakala Syaikhul Islam Ibn Taymiyah menyalahi jumhur, bahawa perkahwinan itu hanya terhenti seketika tanpa dikenakan syarat-syarat bersetubuh atau belum bersetubuh ATAU dalam iddah atau selepas iddah.

2. Kisah Holy water ni sudah banyak kali dibahaskan dalam Ruangan Diskusi al-Ahkam. Ia adalah cerita internet dan tidak dapat dipastikan sumber beritanya. Maka ia termasuk cerita-cerita sensasi cyber yang tidak perlu dirisaukan. SEKIAN


Nabi Larang Poligami?

ingin bertanyakan kebenaran di sebalik crite nabi marah kat ali nie....

Quote:
Nabi dan Larangan Poligami
Dalam kitab Ibn al-Atsir, poligami yang dilakukan Nabi adalah upaya transformasi sosial. Mekanisme poligami yang diterapkan Nabi merupakan strategi untuk meningkatkan kedudukan perempuan dalam tradisi feodal Arab pada abad ke-7 Masehi. Saat itu, nilai sosial seorang perempuan dan janda sedemikian rendah sehingga seorang laki-laki dapat beristri sebanyak mereka suka.Sebaliknya, yang dilakukan Nabi adalah membatasi praktik poligami, mengkritik perilaku sewenang-wenang, dan menegaskan keharusan berlaku adil dalam berpoligami.
Nabi SAW marah besar ketika mendengar putri beliau, Fathimah binti Muhammad SAW, akan dipoligami Ali bin Abi Thalib RA. Ketika mendengar rencana itu, Nabi pun langsung masuk ke masjid dan naik mimbar, lalu berseru: "Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah meminta izin kepadaku untuk mengawinkan putri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan, kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan putriku, kupersilakan mengawini putri mereka. Ketahuilah, putriku itu bagian dariku; apa yang mengganggu perasaannya adalah menggangguku juga, apa yang menyakiti hatinya adalah menyakiti hatiku juga."
Sama dengan Nabi yang berbicara tentang Fathimah, hampir setiap orang tua tidak akan rela jika putrinya dimadu. Seperti dikatakan Nabi, poligami akan menyakiti hati perempuan, dan juga menyakiti hati orang tuanya.Jika pernyataan Nabi ini dijadikan dasar, maka bisa dipastikan yang sunah justru adalah tidak mempraktikkan poligami karena itu yang tidak dikehendaki Nabi. Dan, Ali bin Abi Thalib RA sendiri tetap bermonogami sampai Fathimah RA wafat.

******************************************
Kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Salah satu hadith sahih dari periwayatan al-Miswar bin Makhrama berkenaan dengan peristiwa diatas :

إن ‏ ‏عليا ‏ ‏خطب ‏ ‏بنت ‏ ‏أبي جهل ‏ ‏فسمعت بذلك ‏ ‏فاطمة ‏ ‏فأتت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فقالت يزعم قومك أنك لا تغضب لبناتك وهذا ‏ ‏علي ‏ ‏ناكح بنت ‏ ‏أبي جهل ‏ ‏فقام رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فسمعته حين تشهد يقول ‏ ‏أما بعد أنكحت ‏ ‏أبا العاص بن الربيع ‏ ‏فحدثني وصدقني وإن ‏ ‏فاطمة ‏ ‏بضعة مني وإني أكره أن يسوءها والله لا تجتمع بنت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏وبنت عدو الله عند رجل واحد فترك ‏ ‏علي ‏ ‏الخطبة
"Ali ingin melamar anak perempuan Abu Jahal. Fatimah telah mendengar itu dan telah pergi ke Rasulullah saw dan berkata : Kaum anda ingat bahawa kamu tidak akan marah kerana anak perempuan kamu dan Ali ingin pergi menikahi anak perempuan Abu Jahal. Maka Rasulullah saw pun bangkit setelah menyebut tashahud. Dia berkata : Amma ba'du. Aku telah menikahkan salah satu anak perempuanku kepada Abu Al-'As bin Al-Ra bi' (suami Zainab anak perempuan Nabi) dimana beliau sangat benar dalam apa yang beliau cakap kepadaku. Bagi Fatimah, tidak boleh dinafikan, dia adalah sebahagian daripadaku, Aku benci melihat dia menimpa masalah. Demi Allah, Tidak akan berkahwin anak perempuan Rasulullah saw dengan anak musuh Allah dan tidak boleh menjadi isteri kepada satu lelaki. Maka Ali pun membatalkan pertunangan. " [Hadith riwayat al-Bukhari].

Hadith diatas ini membincangkan peristiwa Ali ingin berkahwin dengan anak perempuan Abu Jahal, musuh Allah dan Rasul yang paling pahit sekali. Beliau telah memalukan, menyeksa Nabi dan sahabat-sahabatnya, dan telah beberapa kami mencuba mengambil nyawa Nabi saw. Sebab inilah Nabi saw tidak membenarkan perkahwinan tersebut, dan bukan kerana Nabi saw menegah poligami.

Baginda sendiri telah berkahwin dengan 9 orang isteri, akan tetapi disebabkan faktor sejarah yang memalukan, dimana sudah tentu akan membawa masalah kepada anak perermpuannya, beliau tidak mengizinkan perkahwinan tersebut. (Sesiapa pun tidak mahu anaknya berkahwin dengan seseorang yang mendatangkan masalah)

Menurut Syiekh Amani Aboul Fadl Farag, hadith ini menunjukkan satu fakta penting yang selalu menjadi kecelaruan, bukan kontrovesi, kepada kebanyakkan orang Islam, dimana poligami bukanlah digalakkan ataupun diwajibkan, tetapi ia merupakan perkara pilihan pribadi. Lelaki yang menentukan, dan bahagian pihak wanita dan penjaganya menerimanya. WA

Sekian, wassalam



Rencam Soalan Istihadah, Puasa, Doktor

Salam

maaf sekiranya soalan saya berulang.saya cuba mencari dlm koleksi soalan2 dan dalam topic2 berkaitan, tetapi x jumpa masalah2 yg hendak dikemukakan dan klu ada jumpa pun(dlm koleksi soalan2 berulang) tak boleh dibuka url nya.mohon pertolongan tuan2

1) hukum seorang wanita memakai tampon (ketika istihadah) semasa berpuasa @ hukum seorng lelaki memasukkan kain/ tisu kedalam lubang qubul untuk menghalang dari incontinence( kencing tak lawas) semasa ia berpuasa?
ringkasnya,hukum memasukkan sesuatu (bukan makanan) yg bukan bertujuan perubatan kedalam lubang qubul/dubur semasa berpuasa?

2) seorang hamba Allah luarannya wanita yg bergenetic XY.dia mempunyai penyakit androgen insensitization syndrome/testicular feminization syndrome.semua ciri2 perempuan ada,tetapi dia tiada uterus/rahim dan vagina nya pendek.dia sememangnya x dapat mengeluarkan ovum..haruskan perempuan yg bergenetic lelaki ini berkahwin dgn lelaki?

3) hukum seorang doctor lelaki menjadi pakar sakit puan ( obstetric and gynaecology) kerana minat walhal banyak lagi kepakaran yg boleh diambilnya.

4) batalkah wuduk jika bersentuhan antara lelaki dan wanita mengikut jumhur dan apa pendapat yg kuat?

5) bolehkah inzal dilakukan sebagai mencegah kehamilan?

terima kasih kepada sesiapa yg menjawab...

***************************************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

1) Wanita istihadzah dan lelaki kencing tidak tus tidak ada masalah dengan puasa. perbuatan wanita memakai tampon dan lelaki menahan diri dari kencing tidak tus tidak membatalkan puasa. ia termasuk daerah yg didiamkan syara' dan kita tidak perlu mencari-cari hukum atasnya. nasihat Dr qardhawi dalam Fiqh Siyyam.

2) Dalam fiqh ada dua istilah mengenai jantina yang mengelirukan.
a. Khuntsa atau pondan tulin atau dalam bahasa Inggeris hermaphrodites yakni seseorang yg mempunyai dua alat kelamin sekali gus.

b. mukhannath atau bapok atau mak nyah ialah lelaki yang memiliki sifat perempuan.Dari apa ayng anda sebutkan itu, perempuan yang ada genetik lelaki, juga termasuk dalam ciri mukhannath.

Ini memerlukan kepada pertemuan antara pakar perubatan dengan majlis mufti, di mana wanita yg malang ini hendaklah terlebih dahulu menjalani rawatan dan diagnosis sekumpulan pakar dan selepas mendapat pengesahan barulah mengemukakan kes kepada pejabat Mufti. Dari segi teknikaliti, Akademi Fiqh Islam yang berpengkalan di Mekah menetapkan boleh dihilangkan salah satu sifat pada mukhannath menurut penetapan pakar perubatan (Syaikh dr Muhammad Khalid Mansur, al-Ahkam alTibbiyah, Kuwait: darul nafa'is, ms 207. Jadi keputusan perkahwinan itu hendaklah ditentukan oleh pakar perubatan dan mufti Malaysia. Ini kerana ia melibatkan pendaftaran nikah yang termasuk dalam enakmen kekeluargaan Islam Malaysia.

3) hukum lelaki mendalami ilmu perubatan wanita dan sakit puan adalah harus, begitu juga perempuan mendalami ilmu perubatan bagi penyakit lelaki. Ini kerana perubatan termasuk dalam urusan dharurat. Aisyah dan wanita Islam di zaman silam merawat tentera-tentera lelaki di medan perang. Fiqh perubatan sudah menggariskan hukum hakam bagaimana doktor lelaki boleh merawat pesakit perempuan atau doktor perempuan boleh merawat pesakit lelaki atau doktor bukan Islam boleh merawat pesakit wanita Islam. (lihat Dr Basri Ibrahim , Rawatan dalam Islam, JB: Jahabersa, edisi 2004, ms.53)

4) Jumhur tidak membatalkan wudhu' akibat sentuhan antara jantina. Maka pendapat jumhur adalah lebih kuat berbanding pendapat madzhab Syafi'iy yang menetapkan batal secara mutlak. (Qardhawi, Fiqh Thaharah)
Sudah banyak dibahathkan dalam laman web kami, sila browse ruangan Fiqh Taharah al-Ahkam (Ruangan archive Fiqh)

5) inzal bererti ejakulasi, manakala istilah yang lazim digunakan ialah 'azal atau suami melepaskan maninya di luar faraj isterinya.
Hukumnya harus kerana Jabir bin Abdullah meriwayatkan sahabat2 berbuat demikian sedangkan al-Qur:an masih turun dan ia tidak mencegahnya. (HR Bukhari-Muslim)

Mudah-mudahan jawapan kami yg juga dalam bentuk ASAP memuaskan hati anda.

sekian


Antara tangungjawap kewangan - Isteri dan Anak

Salam

Saya telahpun bertanyakan soalan berikut tetapi dijawap begitu general dan saya berharap agar jawapan yang diberi lebih spefisik mengikut situasi yang diberikan.

Begini, saya merupakan anak sulung dari 4 org adik beradik dan telahpun berkahwin dan adik-adik saya semuanya telah bekerja di mana mak dan ayah sekarang hanya tinggal berdua di rumah di mana bapa pun telah pencen.

Sebelum berkahwin memang menjadi kelaziman bagi saya untuk memberi wang bulanan pada ibu dan belanja adik ala kadar (sebab masa tu masih bersekolah) tetapi bila sudah berumahtangga 5 tahun yang lalu wang bulanan itu telah dihentikan tetapi setiap kali pulang ke kampung, ada saja buah tangan dan wang saku yang diberi pada ibu dan ayah termasuk juga perbelanjaan rumah...

Lagipun memandangkan adik lelaki saya telahpun mengambil alih tugas pemberian wang bulanan kepada ibu dan ayah di mana pada saya memang mencukupi untuk mereka berdua.

Masalahnya baru-baru ini dalam berseloroh ibu menyatakan dah lama tak rasa duit bulanan saya dan saya cuba menerangkan yang saya telahpun berumahtangga dan sedikit sebanyak membantu suami (walaupun gaji suami saya memang mencukupi tetapi pepatah melayu besar periuk besar lah kerak di mana dia terpaksa membayar pinjaman rumah dan kereta, bill air, api, taska anak2, pembantu rumah dan lain jadi gaji saya adalah untuk simpanan (saving) kami sekeluarga dan perbelanjaan saya pinjaman masa belajar, kad kredit dan lain-lain).

Saya menyatakan kepada ibu yang kalau ikut layak lebih layak untuk suami saya memberi ibunya (mak mentua) wang bulanan (sebab dia pun bila pulang ke kampung baru bagi maknya duit). Alasan kedua saya ialah disebabkan ibu dan bapa saya tak perlukan wang tambahan sebab mereka boleh dikatakan 'hidup senang' jadi, wang diperlukan adalah untuk benda lagho, untuk perhiasan diri dsb. Saya lebih fikir yang saya perlu menderma bagi mereka yang betul-betul memerlukan spt tabung Palestin, derma masjid dsb.

Persoalannya:

1. Adakah saya dikira anak derhaka sebab ibu pernah mengatakan yang hutang bersalin (sakit bersalinkan saya pun tak habis lagi) tapi dlm keadaan berseloroh?

2. Salahkah tindakan saya sebab dengan alasan mereka dlm keadaan 'mampu' dan mengelak dari mereka membelanja sakan sebab memang selalu membazir pun?

3. Adakah wajib sebagai anak perempuan yang sudah berkahwin memberi wang saku secara bulanan (tetap) pada ibu dah ayah sebab seperti yang saya nyatakan setiap kali pulang ke kampung saya akan mengeluarkan duit wang dapur dsb lagipun pada saya suami perlu didulukan?

Di harap ada yg boleh membantu dengan jawapan yang berkait dengan situasi saya bersama dalil... Yellow Question

Wassalam

************************
thtl

Wassalam

alJawab:

Kami mengambil masa yang panjang untuk membuka soalan ini dan cuba menjawabnya. Kami tahu ia memerlukan jawapan yang panjang untuk membina satu tasawwur (gambaran) bagaimana indahnya menyintai dan berbakti kepada kedua ibubapa dan ganjaran yang maha hebat menanti si anak yang mendapat keredhaan ibubapanya. Antara kitab2 terbaik dalam pasaran yang memang dapat memuaskan hati anda dan memberi semangat baru supaya anda terus berbakti kepada dua ibubapa ialah:

1. Wahai ibu! Wahai Ayah! oleh Kapten Hafid Firdaus Abdullah, Jahabersa 2006, Harga RM 10.00 (highly recommended)

2. Keperibadian Muslim oleh Syaikh Mohd Ali Hashim dari Mesir, terjemahan Pustaka Salam 1986, RM 6.50

3. Ibubapa dan kaum Kerabat oleh Prof Syaikh Athiyah Saqr, mantan Pengerusi Lajnah Fatwa Universiti al-Azhar alSyarif Cairo, terjemahan Pustaka Jasmin edisi 2005 RM 17.00

Tiga kitab ini, jika dibaca salahsatunya akan membuka minda dan paradigma anda terhadap ibubapa anda. Ibubapa bukan beban tetapi kunci anda ke Syurga.

Secara ringkasnya, kita dengan ibubapa ni tak usahlah berkira sangat, bahgiakanlah sisa-sisa hidup mereka dengan kebahgiaan. Usianya semakin meniti kepenghujungnya, sekaranglah kalau nak balas budi dan jasa mereka. Kalau dulu mereka mengikat perut untuk menjadikan kita seperti sekarang, apa salahnya kita pula yang melakukan sebaliknya demi kebahgiaan mereka di waktu usia mereka masih ada. Ramai yang menyesal hanya apabila orang tua mereka dah jatuh sakit dan meninggal dunia, barulah mereka mengeluh, "aduhai, kalaulah aku berbakti kepada mereka dengan sebaik-baiknya..." masa itu mengeluarkan belanja utk membina pusara dari marmar atau menjamu manusia sempena majlis tahlilan arwah tidak berguna lagi, malah ia akan mencelakakan pelaku itu sendiri.

menjawab soalan anda secara ringkas:

1) apakah jatuh derhaka bila sang ibu mengeluh dan merintih?

Ya, maksud derhaka di sisi syara' ialah antaranya menyinggung perasaan mereka, tidak memenuhi hajat2 mereka yang makruf (masih dalam batas2 syara') atau membiarkan mereka dalam keadaan tidak kecukupan (HafizFirdaus, Wahai Ibu, Wahai Ayah, jahabersa, ms 26)

2) tindakan anda itu dianggap salah kerana kita sebagai anak tidak boleh melihat dunia kita sama dengan dunia mereka. Harta dan diri kita terdapat hak mereka di dalamnya. Dalil: seorang anak datang mengadu kepada RasuluLlah saw," wahai Rasululah, saya memiliki harta tetapi ayahku ingin menghabiskan harta aku." Sabda baginda: " Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu."(albani, sahih sunan Ibn Majah # 2291) Maka dalam gaji kita itu sudah tertulis hak mereka sebagai ibubapa kita.

3) Memang betul, anda tidak wajib memberi nafkah kepada ibu anda. namun jika anda memiliki harta dan ada gaji sendiri, maka bisa sahaja anda berbakti dan memberi nafkah kepada ibubapa anda. antara sifat orang tua ialah pemberian itu adalah tanda ingat si anak dan tanda terimasih, tanda kecintaan dan betapa si anak yang sentiasa ingin berbakti setulusnya kepada kedua ibubapa ketika mereka meniti usia mereka. bila mereka sudah pergi kita takut kita akan menyesal...

Namun, semua ini dalam batas keupayaan anda. Allah tidakmembebankan seseorang sekadar kemampuannya, jika anda ada sikit, hulurkan sedikit, yang penting ia sebagai tanda ingat dan jadikan ia prioriti anda. Jika seorang anak hulur RM50 seorang, kalau lima anak pakat2 hulur dan RM 250 sebulan...menyuaratkah antara adik beradik...

sekian

No comments:

Post a Comment