Monday, May 30, 2011

Soal Jawab Wanita Dan Keluarga 10

Menikah Ketika Hamil

Salam

Saya ingin tahu apakah hukum / adakah dibenarkan dalam islam menikahi wanita yang sedang hamil. Jikalau bayi yang dikandung itu lahir,apakah boleh ia di bin atau bintikan dgn nama bapa itu? Berapa bulankah usia kandungan itu baru dilarang di binkan dengan nama bapa itu.

Untuk makluman tuan, soalan ini adalah dalam konteks keterlanjuran pasangan yang belum bernikah, secara mudahnya melakukan zina sehingga mengandung anak luar nikah, lalu setelah mengandung pasangan ini bernikah.
Sekian terima kasih

*******************
thtl

Wassalam

alJawab:

Ayat dalil dlm masalah kahwin selepas terlanjur ini tidak ada secara khusus, begitu juga dalam sunnah, kerana terlanjur dan hamil ini boleh dikatakan tidak ada di zaman terbaik Islam.

Ayat umum yang menjadi perbahasan fuqahaa' ialah:

"Dan perempuan2 hamil, iddah mereka ialah sesudah melahirkan" AQT atTalaq: 04

Madzhab Hanbali dan Malik amat tegas sekali, yakni tidak boleh dinikahkan perempuan hamil sehingga menunggu ia selamat melahirkan anak kerana mematuhi ayat ini.

Madzhab Hanafi pulak, boleh nikah dengan syarat jangan ada hubungan seks. Hubungan seks hanya dibolehkan selepas isterinya selamat melahirkan anak.
Mazhab Syafi'iy pulak membolehkan nikah dan juga hubungan seks seperti pasangan yg sah bernikah. Ini adalah madzhab paling longgar dalam isu terlanjur, hamil dan bernikah. [Majmu' Fataawa lil Syaikhul Islam Jilid 32]

Jadi oleh kerana Malaysia menerimapakai madzhab Syafi'iy dalam amalan harian mereka, maka begitulah pendapat madzhab ini. Namun pendapat Imam Ibn Taymiyah ialah pendapat Hanabilah dan Malikiah, tidak boleh diadakan pernikahan atas nama apa yg kita namakan sekarang 'perkahwinan menutup aib keluarga'. Pendapat inilah yang lebih benar terutama jika pihak lelaki tidak redha dgn pernikahan paksa tersebut.

Mengenai isu bin dan bintikan anak, dalam fiqh Syafi'iy dibolehkan kerana mereka membenarkan perkahwinan dan persetubuhan spt pasangan normal yg lain. Anak itu boleh dinasabkan kepada si ayahnya bila ia lahir dalam tempoh 6 bulan perkahwinan. jika kurang dari 6 bulan, maka tidak boleh dinasabkan. Cth: jika mereka berkahwin, selepas 4 bulan, berlakulah kelahiran, maka anak itu tidak diboleh dinasabkan kepada si ayah. sekian

Haid Masuk Masjid Dan Mani Wanita

Salam

Sedikit persoalan tentang haid yang saya btul2 belum yakini

1) persoalan tentang wanita dlm haid masuk masjid. Saya mengikuti kuliah fiqh mara'ah dari seorg dr yang faqih(komtemporari), dia mengatakan wanita haid boleh memasuki kwsn luar masjid shj dan haram memasuki tempat solat dan pengharaman itu bukanlah krn bimbang darah bertitik tapi krn telah di ttpkan haram..Dan saya juga mengikuti pembelajaran kitab jawahir thaniah( sheikh daud alfathani)(tradisional) dgn seorg ust, dan ust mengatakan wanita haid haram sama sekali memasuki kawasan masjid termask kawasan luar(halaman masjid)..maksudnya haram memasuki kawasan dalam pagar masjid dan sebabnya krn bimbang darah menitik, mengotori kwsn masjid...jadi saya masih keliru dan xyakin pendapat mana yang ingin saya pegang..krn saya bljr dari dua pendapat berbeza, tradisional dan kontemporari..harap ust dpt bantu saya..mana satu pendapt perlu saya pegang.

2) tantang air mani.. ada pendapat mengatakan air mani wanita hanya akan keluar apabila berlaku persetubuhan shj, berbeza dgn lelaki boleh keluar bila-bila shj apbl terangsang..betulkah pendapat ini?bolehkah ust terangkan dan bezakan antara air mani, air mazi dan wadi?..bagaimana untuk mengenalpastinya?

*************************
thtl

Wassalam

alJawab:

1) Hukum yg rajih mengenai wanita haidh masuk mesjid.

Pendapat fiqh dari dr fiqh kontemporari itu merupakan pendapat majoriti fuqaha'. Kerana hadithnya di nilai sahih dan ia merupakan ta'abuddi (mematuhi larangan RasuluLlah saw). Dalil yg masyhur ialah:

Dari Aisyah, " kerana aku tidak menghalalkan mesjid bg orang yg haidh dan junub." (HR Abu Daud).

Hadith ini dinilai sahih oleh sebahagian ahli hadith, antaranya Imam Ahmad, Syafi'iy, Ibn Qathan, Ibn Khuzaimah, alArnauth dan ben Baz.

Namun, muhaqqiq kontemporer terbilang spt al-Albani dan alQardhawi menilai semua hadith dalam larangan ini temasuk hadith Aisyah itu adalah bermasalah.
Dalam Tamam alMinnah, Albani menilai hadith ini hadith Mudhtharib (goncang), kerana kekeliruan perawinya Jasrah bte Dajajah.

Manakala pendapat dalam kitab 'jawahir thaniah' itu adalah tertolak kerana kerasnya (syadid)

Pendapat yang rajih ialah pendapat alMuhaddith Ibn Hazm, al-Albani dan Dr Yusof alQardhawi kerana mereka menilai semula dalil2 larangan adalah mudhtharib (goncang), dan dgn itu wanita haidh boleh menghadiri kuliah2 di mesjid. (Qardhawi, Fiqh Taharah/290/maktabah wahbah)

2) 18SX

2.1 Female ejaculation (terpancarnya mani perempuan) ia merupakan penemuan terbaru oleh saintis2 Barat akan ujudnya air mani yg terpancar di kalangan perempuan. Search internet, guna " female ejaculation"; walaupun begitu ia lebih common di kalangan lelaki. Ejakulasi perempuan berlaku baik ketika jima' atau ketika teransang.

2.2 jenis2 cecair kemaluan:

wadi=cecair putih kental yg keluar ketika kencing (baul) kemungkinan kerana keletihan atau udzur
madzi=cecair lekit yg keluar ketika bercumbu atau khayal yg ghairah
mani= cecair yg terpancar dan kemudian diiringi dgn rasa nikmat (orgasm)

(Dr al-Qardhawi, Fiqh Taharah; Dr al-Qahthani, Thuhur alMuslim, maktabah almalik Fahad, Riyadh)

sekian

2 comments:

shahida said...

Saya xpaham langsung tentang penerangan ini. Xtau ada jawapan ke x didalam jawapan ustaz. Saya juga keliru tentang masalah haid ini. Pada 2 tahun yg lepas, abang saya akad nikah di masjid dan ketika saya masih dlm tempoh haid (tapi tiada kuar drh haid). ada yang mengatakan kalu kemaluan di tutup atau dialas, kami boleh masuk masjid. Jika tidak tutup atau tidak dialas kami tidak dibenarkan masuk masjid. Jadi bagaimana itu ustaz

Admin said...

Salam,

maksudnya Imam-imam seperti Imam Al Bani dan Sheikh Yusuf Al Qaradhawy mengatakan bahawa hadis Aishah ra yang melarang perempuan masuk masjid ketika haid adalah hadis yang "goncang" (hadis lemah) tidak boleh dijadikan hujah dan alasan untuk melarang.

Tak payah diterangkan mestilah haid itu per di alas terlebih dahulu daripada tiris untuk masuk masjid. Umpamanya ustazah yang mengajar dalam masjid, penuntut-penuntut perempuan yang menuntut dalam masjid tidak dilarang masuk masjid ketika haid.

cuba dengar apa kata ahli hadis Maulana Asri Yusuf di sini:

http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/wanita-haid-boleh-duduk-dalam-masjid.html.


Mencegah Mungkar Dengan Hati

Salam ustaz

kat sini ana ada dua soalan:

1: betulkah perempuan yg baligh dah belum kawin lagi dosa yg dbuat olehnya ditanggung oleh bapanya...ana dengar ramai ustaz cakap camni?

2. selemah2 iman ialah mencegah kemungkaran dengan hati. adakah kita berdosa kalau kita hanya mampu cegah dengan hati Yellow Sad , tambahan pula pada zaman yang banyak maksiat ni?

wassalam

************************
thtl

Wassalam

1. Cakap2 ustaz itu hendaklah terus dirujuk kepada Kitab ALlah dan Sunnah Nabi-Nya. Pabila kita rujuk alQuran kenyataan ini bercanggah dengan surah al-An'am: 164
(Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kpd dirinya sendiri; dan orang yg berdosa TIDAK AKAN memikul dosa orang lain)

Orang yang bercakap begitu ialah mereka keliru dengan konsep WALI kepada anak gadis. Wali/si ayah masih bertanggungjawab kepada keselamatan, nafkah dan penjagaan sebelum anak daranya itu dipinang dan bernikah. Mana-mana anak adam yg sudah baligh, maka buku amalan atas nama masing2 pun dibuka dan dialah kena bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan tak ada konsep ada orang tulung pikul dosa orang lain. sendiri kena tanggung. Ayah dan ibu akan memikul dosa jika dia cuai dalam pendidikan anak2 atau nafkah tapi bukan kena pikul dosa anak yg dah akil baligh! Kalau macam tu teruklah Nabi Nuh dia kena pikul dosa anaknya dan isterinya.

tbc
_________________
2. Fiqh amar makruf nahy mungkar

Apa yg anda timbulkan itu kemungkinan anda melihat hadith, antaranya dari Abi Sa'eed alKhudri yg dikeluarkan oleh Imam Muslim (#49) dalam sahihnya:
" B/siapa diantara kamu yg melihat kemungkaran, hendaklah merubahnya dengan tangannya, jika ia tidak sanggup, maka dgn lidahnya, dan jika tidak sanggup juga, maka dgn hatinya, demikian itu adalah selemah-lemah iman." (hadith #34, matn arba'iin anNawawiyah)

Jadi, kalau anda ada syarah hadith 40 Imam Nawawi, maka sila baca. dan kalau belum ada, kena belilah, paling kurang orang Islam kena baca dan faham 40 hadith ni, itupun dah cukup besar...ada beberapa edisi syarah hadith 40 dlm pasaran. Yang sudah diterjemah ialah karya Dr alBugho (pustaka Salam)

Berbalik pada apakah berdosa seorang muslim hanya sanggup mencegah dgn hati sahaja?

Jawabnya:

mengikut pensyarah2 hadith ini, tidak berdosa bg si fulan yg hanya mampu mencegah dgn hatinya atau membenci kemungkaran itu kerana dia tidak ada kesanggupan atau kemampuan mencegah dengan lisan (nasihat) atau tangan (kekuasaan).

Kata Imam alMunawi ketika mensyarah hadith ni dalam Faidhul Qadir (Jld 4/131), perasaan benci akan mungkar ini wajib ada bila ia melihatnya dan tercetus niat bahawa jika aku ada kuasa atau kemampuan lisan, maka aku akan mengubahnya dengan tangan dan lidahku. Tidak cukup dgn ada rasa benci, tapi dia hendaklah meninggalkan majlis itu jika mungkar itu berlaku dalam majlis yg dihadhirinya sbg menandakan kebencian hatinya.

Maksudnya kalau tidak ada perasaan benci akan mungkar itu bila melihat orang melakukannya, barulah berdosa. atau mungkar berlaku depan matanya tapi dia tidak menunjukkan hatinya benci yaitu dengan meninggalkan kemungkaran atau majlis kemungkaran itu sebagai tanda protes.

sekian


wanita terpaksa menumpang

salam ustaz

saya ada persoalan, apakah hukumnya saya terpaksa menumpang kereta kawan sepejabat yg bukan mahram ketika melakukan tugas di luar daerah...hal ini terpaksa dilakukan sebab pekerjaan itu hanya memerlukan 2 org pekerja iaitu saya dan dia ditambah pula saya tidak ada kenderaan sendiri...WA

sekian

*************************
kamin
Panel Feqh

jawapan syeikh thtl dipetik dari milis lain :

Quote:
wa'alaikumussalam
Ini dinamakan situasi yg jarang-jarang berlaku dan jatuhlah ia dalam keadaan yg keliru, perasaan terpaksa atau dia memang ada keperluan yg mendesak (kepada transportation). Ini kerana perempuan berjalan
sorang-sorang sekarang ni pun amat merbahaya, jika tumpang orang yg dikenali pun boleh berlaku jenayah spt rogol dsbnya.

Dalam hal ini perempuan itu boleh memilih utk menerima pelawaan itu atau menolaknya dan menimbangkan mudharat dan maslahat. Ini pernah berlaku kepada Aisyah ra ketika berlakunya peristiwa Ifk atau Fitnah
yg Besar, di mana Aisyah diiringi oleh seorang tentera kerana beliau ditinggalkan oleh pengusungnya. Dalam keadaan dharurat, boleh menumpang. Manakala masyarakat yg melihat terikat dgn ayat AQ 24: 15-16 (mereka hendaklah bersangka baik bila melihat perempuan terpaksa menumpang kenderaan lelaki ajnabi). Ia tidak boleh dijadikan kebiasaan. (*Prof dr Abdul halim Abu Syuqqah, Univ Qatar, Tahreer alMar'ah/2/136) sahabat dan murid Dr Qardhawi. Asma' bte Abu Bakar ketika dia pulang dari kebunnya yg agak jauh dari
Madinah, terserempak dgn RasuluLlah saw yg menaiki unta, lalu baginda memerintahkan untanya berlutut supaya Asma' boleh menumpang unta itu. Tapi Asma' menolaknya kerana dia teringat suaminya azZubair yg amat kuat cemburunya. (Dikeluarkan oleh Bukhari dalam sahihnya bab Cemburu Jld 11/235 dan Sahih Muslim kitab: salam bab: boleh membonceng wanita lain yg kepayahan dijalanan Jld 7/11 * Rasulullah saw ditemani oleh seorang lagi lelaki Ansar di atas kenderaan yg berasingan
sekian
wslm


Mengenai Anak Angkat

Salam

Maaf andai soalan saya ni mengulangi pertanyaan ahli yg. terdahulu.Saya mengambil anak angkat lelaki yg. lahir kurang bernasib baik iaitu di luar perkahwinan yg. sah. Saya belum ada anak lagi.

Soalan saya, adakah saya di sunatkan utk. mengaqiqahkan anak angkat saya ? sama spt. bapa kandung yg. lain.

Bolehkah di aqiqahkan selepas dr. 7 hari.Ada pendapat mengatakan mesti pd. hari ke 7 dan ada pendapat sehingga baligh.

Seorang wanita boleh menghasilkan susu badan walaupun tanpa hamil dan bersalin menggunakan kaedah moden.Apa pandangan tuan jika isteri saya mempraktikkannya agar isteri saya menjadi ibu susuan kapada anak angkat kami.

*******************************
thtl

Wassalam

alJawab:

Anak itu di atas fitrah dan dia tidak memikul dosa orang tuanya. apa yang anda lakukan adalah terpuji sekali.

2. Aqiqah di sisi madzhab Syafi'iy berlangsung hingga usia baligh. Manakala di sisi ahli hadith, afdhal ialah hari ke 7, jika ada keuzuran hendaklah dilakukan maksima pada hari ke 21.

3. Tidak ada tegahan syara' jika isteri anda ingin menggunakan kemajuan teknologi perubatan utk menyusui bayi tsb. sekian

1 comments:

Anonymous said...

salam..
bolehkah perempuan x hamil mpunyai susu badan tnpa mnggunkn tknologi..?adakah ia possible?


Anggota Yang Sabit Dengan Zihar

As-Salamu Alaikum

Kaki Isteri saya mempunyai tumit yang lebih ke belakang. Kami telah dikurniakan seorang anak LELAKI yang juga mempunyai tumit yang sedemikian. SEKIRANYA saya menegur " tumit anak ayah / anak kita lebih,... turun ibu / ibunya". Maksudnya ikut (sama) macam ibunya. Adakah ianya dikira sebagai Zihar? Setahu saya Zihar adalah jelas jika disamakan dengan anak perempuan. Bagaimana pula dengan anak lelaki?

Saya telah rujuk jawapan-jawapan di Al-Ahkam tetapi saya tak dapat cari jawapan mengenai masalah seperti ini.

Bagaimana pula jika telah bersetubuh dengan isteri, sedangkan perkara itu tidak disedari sebagai Zihar?

Sekadar kemusykilan.

Sekian Was-Salam

mengikut permasalahan zihar ialah menyamakan fizikal isteri dengan wanita yang haram dikahwini (Ibu, Ibu Mertua, Nenek, anak perempuan,
kakak dan seterusnya...) masalah saudara tidak dikategori sebagai zihar...

wajib kepada kita umat islam mempelajari ilmu-ilmu agama .......
jika telah berlaku zihar maka hukuman hanya dikenakan kepada
suami sahaja .... hukuman ialah mengikut turutan:-

1. Memerdekakan hamba (tiada dizaman ini ) maka hukuman kedua
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika tertinggal sehari wajib diulangi
semula....dan jika tidak mampu
3. Memberi makan 60 orang fakir miskin..

inilah secara ringkasnya dan keterangan lebih lanjut mohon penjelasan
kepada ustaz yang mahir dalam bidang agama.

wallahualam

_________________
thtl

Wassalam

alJawab ringkas:

lafaz zihar yang sarih (jelas) ialah " engkau bagiku spt punggung ibuku" ia adalah ungkapan orang arab jahiliyah bila ia sudah bosan atau benci kepada isterinya.

lafaz yang spt di atas adalah lafaz kinayah (kiasan) yang memerlukan niat. Jika ia hanya memuliakan isteri bertujuan memuji dan menggembirakannya, maka ia bukan zihar. (aljaziri, fiqh ala madzhaahib arba'ah)
sekian

_________________
UZAR

salam,

berikut adalah jawapan saya terhadap soalan yang hampir serupa suatu ketika dulu pernah di utarakan kpd saya.

Jwpn saya seperti berikut :-

RUKUN ZIHAR
1. Suami
2. Isteri
3. Perkara yang diserupakan
4. Lafaz zihar

PERINCIAN
Rukun Pertama: Tidak disertakan kerana meyakini ianya jelas
Rukun Kedua: Tidak disertakan kerana menyakini kejelasannya
Rukun Ketiga: (Perkara yang diserupakan)

Untuk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami:
Syarat yang disepakati oleh jumhur ulama’ :-
1. Anggota-anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan di sekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan, kepala, kaki, rambut, dan lain-lain . Demikian pandangan kebanyakan ulama’, Ulama’ Hanbali dan Maliki mensabitkan seluruh anggota sama ada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar (Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, 9/7173) Pandangan yang rajih adalah pandangan jumhur.

2. Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan si lelaki sama ada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. Seperti Ibu, Anak, Adik beradik, Pak cik, Mak cik dan lain-lain yang berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hasan al-Basri, Ato’ Abi Rabah, As-Sya’bi, An-Nakha’ie, Al-Awza’ie, at-Thawry, Ishak Rahawaih, Abu Ubaid, Abu Thaur.

Pandangan Imam Syafie dalam 'qawl qadim’: Tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja… kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi Qawl Jadid Imam Syafie memindanya ijtihadnya dengan mengatakan jatuh zihar kerana wanita yang diharamkan tadi menyerupai pengharaman ibu (al-Muhazzab, As-Syirazi dan al-Majmu’, 19/45)

Manakala yang tidak muabbad seperti wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dan lain-lain. Tidaklah penyerupaan dengan mereka dianggap zihar. (Lihat Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah 4/500; Ad-Dusuqi ala syarh al-Kabir 2/439; Ashal al-Madarik 2/169; Kifayatul akhyar 2/71)

Ulama Maliki menambah bahawa binatang juga termasuk dalam kategori yang tidak boleh disamakan. Kerana asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dengan binatang. Maliki juga mensabitkan zihar kiranya menyamakan rambut isteri dengan rambut ibu dan lain-lain. Manakala jumhur tidak berpandangan sekian. (Ad-Dusuqi ala syah al-Kabir, 2/439)

Syarat yang diperselisihkan :-
* Mestilah diserupakan dengan anggota wanita.
Kiranya ditasybihkan dengan lelaki seperti “Belakang atau Punggung kamu seperti belakang atau punggung bapaku”. Ulama Hanafi dan Syafie mengatakan TIDAK JATUH ZIHAR.

Bagaimanapun Ulama’ Hanbali dan Maliki mengatakan JATUH ZIHAR DENGAN SYARAT MENYAMAKAN DENGAN SEBATANG ANGGOTA YANG TIDAK HALAL DILIHAT SEPERTI PERUT, PEHA, KEMALUAN, PUNGGUNG dan lain-lain yang seerti. Kiranya menyamakan dengan kepala bapa, rambut, hidung dan lain-lain, TIDAKLAH DIANGGAP ZIHAR (Lihat ashal al-Madarik 2/170; Juga al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah, 4/499). Semua mazhab mempunyai dalil masing-masing.

Ulama Syafi’iyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pada bahagian haram dilihat tadi, ia bergantung kepada niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar. (Kifayatul akhyar, 2/70)

Rukun Keempat: Sighah (Lafaz Zihar)
Syarat lafaz untuk untuk sabit zihar adalah :-
a. Perlu kepada niat, kiranya ia dibuat secara Kinayah (tidak jelas). Sighah Sorihah (terang, jelas) seperti: “ Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”. Lafaz seperti di atas tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.

Kinayah pula adalah lafaz-lafaz yang boleh diandaikan bermkasud zihar tapi mungkin juga tidak seperti:” Dinda ni seperti bondaku”. Lafaz seperti ini kemungkinan bermaksud zihar kemungkinan juga bermaksud memuliakan, hormat, penghargaan dan lain-lain. Maka ia bergantung kepada niat si suami.

Lafaz ini telah ijma’ di kalangan ulama’ tentang sabit zihar. Demikian menurut Ibn Munzir ( Lihat al-Majmu’ Imam Nawawi yang dilengkapkan oleh Syeikh Najib al-Mut’ie, 19/44)

b. Tidak disyaratkan untuk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yang memberi pengertian semasa.
Zihar jatuh dengan lafaz yang membawa pengertain semasa seperti : “Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”

Juga jatuh kiranya diikat dengan waktu tertentu seperti : “Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka Perut Dinda seperti perut bondaku”

Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan datang seperti : “Punggung Dinda seperti punggung bondaku sehingga awal tahun depan” atau “Perut Dinda seperti perut bonda Kanda dalam masa sebulan” .

Semua lafaz tadi cukup untuk menjatuhkan hukum zihar. (Rujuk Al-Bidayah al-Mujtahid 2/117; Matolib Uli An-Nuha 5/507 )
c. Mestilah lafaz tadi disandarkan kepada anggota tubuh wanita samada secara juzu’ atau sepenuhnya. (Bahagian yang diharamkan lihat tadi tanpa boleh di ihtimal lagi). ( Lihat Bada’I as-Sanai’ , 5/2129 )

HUKUM SETELAH JATUH ZIHAR
Setelah cukup syarat dan sabit jatuh zihar maka beberapa hukum berikut sabit :
Haram menyetubuhi isterinya (yang diziharkan) kecuali setelah dibayar kifarat. Ini adalah pandangan jumhur. Menurut tertibnya kirafat adalah membebaskan seorang hamba, puasa atau memberikan sedekah. Dalilnya adalah daripada Firman Allah SWT surah al-Mujadalah ayat 58.

Manakala istimta’ (bersedap-sedap, berseronok-seronok), sentuh dengan syahwat sebelum membayar kifarah juga tidak dibenarkan (Tahrim Wasail) di sisi ulama’ Hanafi dan Maliki ( Bada’I as-Sana’I, 5/2132; Ashal al-Madarik 2/170) Tetapi ianya harus di sisi ulama Syafie (Lihat Rawdah at-Tolibin 8/270; Fath al-Jawad 2/187; ‘Ianah at-Tolibin 4/37)
Pandangan yang rajih adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail, kerana dibimbangi akan tergelincir ke persetubuhan. Pandangan lebih selamat bagi fatwa untuk orang awam. Kiranya sangat yakin tidak akan tergelincir dan tidak dapat menahan kesabaran hingga dibimbangi memudaratkan, maka ketika itu ia menjadi rukhshoh.

Kesimpulan Jawapan Terhadap Soalan (Mengambil Pandangan yang Rajih)

1. Hanya jatuh (sabit) Zihar sekiranya menyamakan isteri dengan ibu, nenek, anak dan semua wanita yang diharamkan suami berkahwin dengannya secara kekal sama ada secara Keturunan, Susuan mahupun Musoharah.

2. Penyamaan anggota tertentu sahaja yang menyebabkan sabit zihar iaitu Seluruh atau juzuk dari anggota yang haram dilihat semasa mahram. Penyamaan dengan anggota selain itu tidaklah sabit zihar.

3. Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dengan mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dengan wanita sahaja sabit. Begitu juga menyamakan suara, rupa dan sebagainya.

4. Istimta’ dengan isteri yang telah dizihar sebelum membayar kifarah adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail. Dibimbangi akan terlanjur.

JUSTERU, MENYAMAKAN RUPA, HIDUNG ISTERI DENGAN RUPA DAN HIDUNG ANAK TIDAKLAH JATUH ZIHAR, BAGIAMANAPUN MENYAMAKAN PUNGGUNG ISTERI DENGAN PUNGGUNG ANAK PEREMPUANNYA, SABIT JATUH ZIHAR. Walaupun si suami tidak berniat. Masalah Kejahilan tentang hukum ini, mempunyai perbincangan yang lain yang agak panjang, kesimpulannya, menurut Tuan Guru kami As-Syeikh Prof. Dr. Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim, tiada keuzuran terhadap kejahilan. Menjaid kewajiban suami isteri sebelum berkahwin mengetahui hal yang berkaitan dengan hubungan suami isteri. Wallahu a’lam.

Yang benar daripada Allah, yang silap atas kelemahan penulis. Sekian,
Al-Faqir Ila Allah,

No comments:

Post a Comment